Wednesday, 13 August 2014

Sendiri (◡‿◡✿)...



Assalamualaikum wbt.
Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad (◠‿◡✿)..!!!

Baiklah. Sebelum saya teruskan penulisan, terima kasih kepada yang sudi membaca. Love you lah!
Jujurnya ini adalah penulisan dan juga ingin memberi semangat pada yang masih sendiri menempuh hari, ok, sebenarnya kita tak sendiri, Allah tu ada, cuma lantaran kehidupan berliku, dengan soalan-soalan cepumas, antara nak jawab dengan kata atau nak bagi segenggam penumbuk kat muka si penanya yang tak faham hati kita tu sama banyak je membuatkan kita.. grrrrr...

Baik la, berbalik pada penulisan saya ini. Sendiri.

Rasa sendiri? Rasa sunyi? Rasa bosan? Keseorangan? atau ada rasa mahu berteman tapi belum bersedia dan bukan masanya? Atau rasa diri tak layak, macam saya ni lah! Jangan risau. Siapa kata single tak boleh bahagia?

Relax lah, masukkan ni dalam kepala:
"Pasangan yang ditakdirkan akan datang jua dengan usaha bila tiba masanya yang telah ditetapkan Allah. Sabarlah (◡‿◡✿)..."

Kesepian ini logiknya datang bila kita kelapangan... waktu terbuang. Tak mungkin orang yang sibuk rasa sepi, sunyi tak gittew?
Jadi, cuba fikirlah bagaimana caranya untuk meraih perhatian Allah, dan menempuh hari dengan lebih baik, cuba update diri.... Tak kan nak camtu je, kan? Dunia tak kemana Akhirat melingkup terus? Kan? Jadi mari kita buat sesuatu. Antaranya fikir macamana caranya:

1. Untuk aku menjaga solat 5 waktu dengan penuh ke kekusyukan? Allah je kat hati!
2.Untuk aku jadi lebih soleh dan solehah? Berpurdah! (Aameen andai itu yang terbaik.!)
3. Untuk aku bangkit di sepertiga malam untuk istiqomah Tahajjud? Hmmmm...
4. Untuk cuba praktiskan solat-solat sunat nifail sekurang-kurangnya Solat Sunat Dhuha setiap hari? Gittew.
5. Untuk aku ingat sebuah Al-Quran? Jadi Hafizah/Hafiz Allah. Biarpun tak sekolah agama. Mula kan dengan surah yang pendek, niat nak hafal kerana Allah.
Saya pun tengah cube ni. Doakan ye (◠‿◡✿)..!

Rewrite bak kata omputih! Saya suka guna ayat ni (◠‿◡✿)..!!! susun-atur baliklah hidup. Tulis semula. Biar lebih bermakna dan manfaat setiap hari yang kita lalui tu. Bila kita sibuk berusaha melaksanakan apa yang kita fikir, Al-Quran nak hafal, solat-solat nak buat, Inshaa Allah sudah cukup untuk membuatkan kita tak ada masa nak sunyi dan sepi. Hidup penuh beribadah!

Jujurnya single Ada masa yang cukup untuk anda dan saya menimba ilmu dan menguprade iman semahunya.
Atau
Masa untuk bekerja sebaiknya bersungguh-sungguh sebagai persediaan ke alam rumahtangga, dan membantu keluarga. Tak kesian Abah, Mak jaga kita diri kecik, bila besar sibuk nak kahwin je? Cuba fikirkan tentang Abah dan mak. Bagi yang Yatim atau Yatim Piatu, rajinkan amalan anda di sedekahkan untuk mereka. Ye. Bacaan Al-Fatihan jangan tinggal, samada Abah dan Mak masih ada mahupun sedah meninggalkan kita. Jujurnya, masa single inilah dimanfaatkan sebaiknya untuk memantapkan akhlak dan menyediakan diri sebagai orang yang betul-betul ready menempuh kehidupan berumahtangga yang lebih mencabar.

Perbaiki diri, mulakan sekarang! Samada anda tua ka muda ka, belakang punya cerita. Jika masa muda tak biasa, masa tua dah liat, jangan harap. Logikke masa muda langsung tak usaha pergi kuliah agama, masa tua tiba-tiba menjadi rajin? Kecuali bila betul-betul dah insaf. Dapat Hidayah. Itu ye. Inshaa Allah. Cuba fikir, sejauhmana kita sempat insaf dan berubah time tua nanti? Jangan sampai sakit dan tak berdaya baru kau nak ingat Dia. Ingat, amalan masa muda lebih berkualiti dari amalan masa tua... (Buat mata puppies, blink..blink.)

Jujurnya, kalau dah tahu kita ini hanyalah hamba, maka hiduplah cara hamba. Taat pada Allah, taat pada Rasulullah, taat pada al-Quran dan Hadis, taat pada ibu bapa dan guru, taat pada ulama-ulama. Banyak zikir, hidupkan zikir tu dalam hati, cuba...tiap masa! Banyakkan bersolat. Kenapa perlu banyak bersolat? Dalam solatlah masa yang paling banyak sekali kita sebut nama Allah. Kitakan pemalas, kitakan jarang berzikir. Jadi, dengan bersolatlah cara paling berkesan.
Banyakkan muzakarrah sifat sahabat. Tak tahu? Hah! Biar saya bagitahu... Azam dulu, Inshaa Allah dalam hati nak keluar jihad fisabilillah, ikut usaha Dakwah Tabligh. Andai anda di KL,  dan sewaktu dengannya, rajinkan ziarah, paksa diri, curi masa yang Allah bagi untuk ziarah Masjid kat seri Petaling, Allah..... Sana berkumpul Ahli Syurga.! Mereka yang menghidupkan usaha Dakwah Rasullullah. Pergi je, dan ikut majlis dorang, volunteer. Subhanallah, terbaik ni, tapi untuk lelaki sahaja lah! Lelaki paling baik start kan, nanti nak ajar Mak, ibu, mama, serterusnya Isteri dan anak-anak, Inshaa Allah.

Habib Ali al-Jufri berkata:
"Ini hakikatnya. Samada kamu ingat ataupun terlupa, kamu akan mati..kamu akan mati..Selepas kamu meninggal dan disemadikan, kamu akan dihakimi. Kamu akan bangkit berdiri untuk dihakimi oleh Yang Maha Menghakimi, Allah Azza Wajalla. Dia  (Allah) akan mengimbas kembali, mengingatkan kembali, menyoal kembali setiap hari yang kamu pernah lalui, setiap jam, tiap detik, tiap waktu. Dia akan menyoal kamu, Dia akan menghakimi kamu! Apabila kamu dah ingat semula apa yang kamu lakukan dulu, maka di sinilah (neraca) yang akan menentukan arah kamu ketika meniti di Sirat nanti. Samada ke Syurga, atau jatuh ke dalam api Neraka. Inilah yang patut kita renungkan dan perhatikan sekarang. Bila kamu dah faham tentang ini (mati dan hari kebangkitan) dan percaya ianya pasti akan berlaku, hati akan mulai tersedar kembali dan mahu patut taat kepada Allah semula. Rasa untuk mentaati Allah inilah yang kita mahukan, ia tercetus dari gerun dan takut. ( Gerun pada azab Allah, takut pada Allah )." 

Sahabat.
Kesimpulannya, Hidup berseorangan, sebelum tibanya waktu kamu hidup berdua dan berkeluarga adalah waktu terbaik untuk melihat diri, sejauhmana kita yakin pada ayat-ayat Al-Quran. Al-Quran kalam Allah! Rajin baca ok, saham paling mengutungkan dunia dan akhirat.

Maka, demikianlah panjangnya huraian saya, yang single berusia 33 tahun ini... Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menulis sepanjang ini, andai kata tiada yang sudi membaca, tak apa kerana diri saya sendiri membacanya berulang kali sebagai tambahan ilmu. Untuk menaikkan semangat! Jadi, Inshaa Allah, Aameen. Pada yang sedang membace, Thank you awak...

Akhir sekali, saya harap kita berusaha untuk kita lebih bijak hidup sebagai orang bujang. Tidak membuang masa fikirkan benda yang tidak pasti, fikirlah barang yang pasti antaranya mati, hari kebangkitan, Syurga dan Neraka. Jodoh itu tidak pasti ada. Tapi jodoh kita dengan Allah, dengan Syurga dan Neraka, dengan kematian, dengan akhirat itu sangat-sangat pasti! Jaga.

Kesimpulannya, hidup single itu indah bila kita sedar; cinta pada Allah dan Rasulullah SAW itu Agung dari cinta kepada orang yang belum pasti adalah pasangan hidup kita.

Janganlah di salah anggap apa yang saya cuba sampaikan, dari sisi pandangan saya sendiri, mencuba untuk memperbaiki diri untuk jadi Hamba Allah yang Taat, adalah Subhanallah.... InsyaAllah...Sebab kita ni Hamba, lojik sangat lah kita berusaha untuk Taat. Saya Yakin dengan Allah, Dia Maha Mengetahui segala. Betul? Maka saya serahkan semua pada DIA. Saya berusaha, dan hanya DIA yang tahu, cukuplah dengan saya menyatakan begitu. Inshaa Allah, andai tiada peneman di dunia ini, tak apa... Janji saya usaha untuk Alam kubur dan akhirat saya, tak gitu? Saya berharap penulisan saya dapat manfaat untuk diri saya dulu, dan yang lainnya Inshaa Allah.
Setakat inilah sahaja...

No comments:

Post a Comment