Friday, 15 August 2014

6 Sifat Sahabat (✿◠‿◠)

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah S.W.T. telah letakkan kejayaan manusia hanya dalam agama(✿◡‿◡) .
 Siapa sahaja yang mentaati  perintah Allah dan beramal dengan cara Rasulullah, Allah beri kejayaan di dunia dan di akhirat. Untuk memudahkan kita amal keseluruhan agama, kita perlu usahakan beberapa perkara yang telah menjadi sifat-sifat Sahabah Radhiallahu' Anhum Ajma'in yang mana mereka telah diredhai oleh Allah S.W.T.. Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang, Adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A. Kerana mereka di cintai Rasulullah SAW...


(✿◠‿◠)  Sabda Rasulullah S.A.W.  :
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (yakni sahabat-sahabat R.A )” 
Sahabat R.A dapat title R.A , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia. Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini. Dengan dapat redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat R.A

(✿◠‿◠) Sabda Rasulullah S.A.W. : 
 “SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat.”
Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia. Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia dan perlu kita usahakan, iaitu :

1. Hakikat Yakin dengan kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH


2. Hakikat Solat yang Khusyuk dan Khuduk
 

3. Hakikat Ilmu dan Zikir
 

 4. Hakikat Ikramul Muslimin


5. Hakikat Niat Yang Ikhlas


6. Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )



Jadi, InShaa Allah keenam-enam sifat inilah yang kita kena usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita, maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama, InsyaAllah(✿◠‿◠).

Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita untuk betulkan salah faham kita tentang agama (✿◠‿◠)
Dakwah dan Doa.

No comments:

Post a Comment