Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakattuh.
Saya sekadar ingin berkongsi tentang istilah "Perigi mencari Timba".
Al kisah petang yang tenang saya tetiba di ganggu seorang sahabat, bertanya tentang isu ini...
Member: Nita, kalau kite (perempuan) tegur ke... message ke... dalam erti kate lain approach lelaki dulu, perigi cari timbe ke?
Al jawab.
Kamu tu perigi ke?
Member:...... Terkebil-kebil bijik mate. A'a la kan...
Aku: hmmmmmmmm......
(sambil saya tengok muka dia, bercahaya! Dia boleh faham maksud 'hmmmmm' saya tadi, so, ok lah)
Memang tidak ada pun istilah ini, di ulang... Tidak ada!
Pada saya, sama sahaja, baik lelaki mahupun perempuan, setiap kita inginkan yang terbaik untuk diri, 'Grab fast' istilah Budak Tahfiz sorang ni.
Jadi, seharusnya lah kita berusaha! Tidak salah.
Mulakan langkah, sedarkan dia tentang kewejudan anda. Ambil perhatian dia, ambil hati dia, study sikit, stalker apa-apa yang patut, mana tahu, kot serasi... Lain semua kerja Allah. Kita.... Kita ni, hanya mampu berusaha, Doa banyak-banyak pada Allah, sebab kita memang berhajat untuk memilikinya. Solat Hajat lah kamu!
Jujurly, memang takde istilah perigi cari timbe(✿◠‿◠)..
Sebab zaman sekarang kita dah gune shower!
or Baldi and gayung (cebuk).
Gittew...
Check balik niat, kalau memang kerana Ilmu Agamanya, kerana Akhlaknya, hatta rupa parasnya, dan memang ingin memiliki kerana Allah, untuk memperbaiki diri, Iman, apa salahnya.! Apalah salahnya! Wahai sedari-sedari..... Teruskan usaha, saya sangat menggalakkan! Go ahead! Allahuakbar!
Allah berfirman:
".....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya....."
~Ar-Ra'd 11
Tidak di sebut lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Tapi semua hamba NYA, ummat Islam. Bukan sekadar berdoa semata kepada Allah, tanpa adanya usaha yang bersunguh-sungguh (✿◠‿◠).
Hatta Siti Khadijah isteri Baginda Rasulullah sendiri memulakannya. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.
Baiklah mari kita hayati kisah Kekasih Hati Baginda Rasulullah ini.
Khadijah RA, merupakan wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Dia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.
Rasulullah pada ketika itu digelar ‘al-Amin’ bermaksud seorang yang jujur, memperdagangkan barangan Siti Khadijah. Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu. Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi jika aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”
Let's grab fast(✿◠‿◠)!
Begitulah terpesonanya Siti Khadijah terhadap Rasulullah! Dan Dia berusaha memiliki Rasulullah. ok? Amacam dapat semangat tak? Jujurnya, usahalah.!!
Mari saya kongsikan sebuah kisah di zaman Rasulullah tentang isu ini bagi menyemarakkan persaan kamu tu.
Rasulullah saw terkejut, lalu Rasulullah saw berkata kepada wanita tersebut , "Maaf,aku tidak berhajat untuk menikahimu".
Lalu,seorang pemuda bangun dan berkata : "Ya Rasulullah,jika kau tidak menikahi wanita itu,kahwinkan aku dengan si dia Ya Rasulullah".
Rasulullah saw menjawab kepada pemuda itu dgn berkata : " Wahai pemuda,kau pulanglah ke rumah,dan ambil apa-apa benda sekali pun yang kau miliki untuk dijadikan mas kahwin untuk aku nikahkan kau dengan wanita ini".
Lalu pulanglah pemuda itu ke rumah dan mencari harta yang dimiliknya untuk dijadikn mas kahwin. Cari punya cari,tiada apa pun harta yg dimiliki pemuda tersebut dirumahnya. Pemuda itu segera mendatangi Rasulullah saw semula dan menyatakan hal tersebut. Dan,
Rasulullah saw berkata kpd pemuda tersebut, "Wahai pemuda,carilah besi daripada apa pun yg kamu miliki untuk dibentuk menjadi cincin untuk dijadikan mas kahwin pernikahan kamu dengan wanita itu".
Pulanglah semula pemuda itu ke rumahnya untuk mencari besi sepertimana yang diminta Rasulullah saw. Pencarian lagi bagi pemuda itu. Namun hampa, ternyata dia tidak memiliki apa hatta besi sekali pun. Pergi semula pemuda tersebut berjumpa Rasulullah dan menyatakn hal tersebut.
Rasulullah saw pun berkata : " Apa yang ada dalam diri kamu daripada Al-Quran? "
Pemuda itu menjawab pertanyaan Rasulullah dengan membaca surah Al ~ Ikhlas (qul huwallahu ahad).
Rasulullah saw pun berkata : " Aku nikahkan dikau dengan ber-mas kahwinkan Surah Al-Ikhlas yang engkau hafal itu".
Akhirnya, pemuda itu sah dinikahkan dengan wanita tersebut dengan hanya ber-mas kahwinkan Surah Al-Ikhlas (◠‿◡✿)..!
MashaAllah....
So,apa yang kita dapat dari kisah benar ini?
1-Tiada Langsung istilah "Perigi Cari Timba" dalam Islam! Ia hanya ideology orang Melayu semata-mata.
2. Nikah/ Kahwin itu sgt mudah dalam Islam.Tapi masyarakat Melayu kita, kitalah! Menyusahkan pasangan untuk bernikah.
3- Apa-apa yang bermanfaat, boleh dijadikan mas kahwin.
4- Jangan takut untuk bernikah sewaktu tiada duit kerana Pernikahan itu membuka pintu rezeki.
5- Be Gentleman/Gentlemowan utk menyatakan hasrat ingin bernikah.
Peace y'oll!!
Honestly, I would accept that man, why? Read this story again, then you'll understand.
If still no... Then, I don't need to explain myself to you. Hah!
(✿◠‿◠) Last sekali, dan... dan jangan anda merasa marah atau kecewa seandainya dia menolak, mungkin bukan jodoh anda, samada bukan untuk waktu itu, atau mungkin bukan jodoh anda. Ingat! Apa yang penting adalah usaha, tawakkal pada Pencipta Hati. Tolong jangan dipaksa! Atau buat yang menyalahkan agama. Kesian Jejaka itu, balik pada Agama, Iman... Berhaluslah... Berlembut lah, tawan hatinya sebaik mungkin. Dan cuba melihat feet back andai hambar, maka berjangak lah anda, usah di paksa, takut lain pula yang jadi, berdoa dan tawakkal, cara baik akan dapat terbaik, Yakinlah! Yakinlah, ada seseorang untuk anda. Teruskan usaha. ok? Allah Maha Adil sedari (◠‿◡✿).

No comments:
Post a Comment