Wednesday, 13 August 2014

Cinta (◠‿◠✿)..!!!



Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad (◠‿◡✿)..!!!

Bercakap tentang cinta, hmmmmm... Saya tak tahu apa yang sedang saya alami, tapi berhajat benar. Macam dah jumpa, atau mungkin dijumpa kan Pencipta, siapa tahukan? Itu Rahsia.


Tentang 'dia', kenape?

Siapa 'dia'?
Jujurnya 'dia' seperti yang ku damba.
Selalu ku ucapkan di bibir, namun tak sangka di pertemukan jua, harap betul orangnya, same-same membahagiakan, berjaya.

Baiklah,
1. Kehadiran 'dia' paling penting mengingatkan pada Allah Taala,
bukan selama ni lupa, cuma lack sikit.
2. Dia seorang Tahfiz.
3. Handsome
4. Penulis, same seperti ku.
5. Pemalu.

itu mukaddimahnya.


Saja layan jiwa ni...Oklah. Berbalik tentang tajuk ku hari ini. CINTA.


Ada beberapa definisinya, sebelum sampai ke destinasi. 


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu. tersekat di dadamu? 

Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? 
Itu bukan Cinta, itu KESUNYIAN.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? 
Itu NAFSU. 

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

 Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai 

hatinya?
Itu juga bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Hehe, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Kasih Allah kan? Kita nak jadi baik.. Allah bagi jiwa pemaaf, no. still bukan Cinta. itu PERSAHABATAN. 

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? 
Itu KEMURAHAN HATI. 

Akan tetapi adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang 

membutakan dan tak terfahami ...menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? 
ITULAH CINTA.

Adakah kamu menerima walau siapa pun dia tanpa penyesalan? Terima Seadanye.

Jika demikian, ITULAH CINTA. 

Apakah kamu menerima kesalahannya memaafkan kerana Yakin pada dirinya? 

Andai ya jawab kamu, ITULAH CINTA. 

Adakah kamu masih menunggu walau dia tidak hiraukan?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA. 

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? 

ITULAH CINTA. 

Adakah sinar matanya menyentuh hati dan jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk tertusuk di kalbu? 

dan Kamu Ingin dia berjaya Selamanya?
Yang demikian itulah namanya CINTA. 

CINTA Allah pada kita, Hamba nya.!

Itulah, dan begitu lah Cinta Allah pada kita, 5 kali sehari DIA gerakkan Bilal, untuk memanggil kamu untuk berjumpa, barang 10 minit, dan kamu buat bodoh je! Sekarang faham? Marah pulak... Sorry. Just nak sedarkan diri, dan anda jugek! Inshaa Allah.

Apa yang penting, adalah CINTA Allah pada kita, hargailah... Agung CINTANYA, Bersyukur lah dengan ujian yang diberi, kerana DIA Maha Mengetahui yang terbaik untuk mu. Yakin lah. Bertahan.



Love.

No comments:

Post a Comment