Wednesday, 13 August 2014

Nak Kawan (✿◠‿◠)..!



Alhamdulillah.

Pagi ku kini berteman. Alhamdulillah.
http://selamattinggal.blogspot.com/
Benarkan bantuan Allah itu akan datang bila kita sentiasa yakin. Doa mengiringi usaha. 
Jujurnya, untuk pelihara pagi dari tertidur!

Sudi...
Biar waktu baru bermula, impaknya Allah Taala yang Tahu, mohon agar hati jitu.
Walauapa pun yang bakal berlaku.
Niat hanya untuk Allah, demi Allah. Memperbaiki diri, nak dapat ilmu.
Almaklumlah, kurang dan kekurangan dalam semua aspek dan ilmu.
Mohon restu Pencipta, semoga dapat tingkatkan Iman, saya, anda dan semua teman. 
Abah pesan, kalau berdoa biasakan untuk seluruh Alam. 
Harap di pertimbangkan.

Sudi... 
Soalan demi soalan, aku bertahan menunggu jawapan. 
Sabar itu separuh daripada Iman.
Bertahan untuk semua yang berkekalan, ilmu dan Iman. 
Kejayaan untuk hari kemudian.

Sudi...
Getar di hati sepanjang memikirkan, mohon yang Satu teguhkan Iman.
Karya dan karyawan. Sangat menawan dan tertawan! Hati makin tidak karuan, boleh sampai ke awan. 
Jalan beriringan dan berteman lebih menceriakan 
Semoga dapat mengubat hati yang galau dan rawan.

Sudi (✿◠‿◠)....
Pantas masa berlalu meninggal aku, dah setengah abad aku cekal menanti.
Biar semua belum pasti, 
Tapi ku jelaskan niat pada Ilahi.
Yang pasti, kesempatan telah di beri. 
Cerahkan hari-hari kami.
Biar dapat saling mencukupi.
Hamba hanya Hamba, mohon restu menerus niat meniti hari.
Nikmat yang sedang di syukuri (◠‿◡✿)..! 

Waktu,
Terkadang perlahan, 
Terasa terlalu panjang perjalanan.
Terkadang pantas,
Tak sempat di perkemas.
Semoga berhasil setiap usaha,
Meningkat iman di dada.

Masa,
Mungkin masa sudah tiba,
atau,
Mungkin ujian semata.
Always...

Allah Maha Mengetahui.
(not my quote, it's Allah)

Tulusly nak berkawan, andai sudi.

Jujur tak tahu mana nak mula (◠‿◡✿)...
Harap kita lebih ceria,
Usaha dan Doa penentu hala.
Semoga anda sudi terima..
Saya mungkin baru mengenal anda,
Tapi boleh? Izinkan saya.......
Ajar saya.
Allah kan ada. Saya cuba.

Kenyataan anda, " saya pun terfikir... ada ke orang nak saya ni" 
Tulusly nak jawab straight. "ada...." Saya... Saya... Saya!" (◠‿◡✿)...
Tapi saya wanita, perlu bersopan kan, saya jaga tu.
Takut Anda lari nyorok belakang pintu!
Saya sedang tunggu.
Dengan tiada had, saya menunggu.....
Inshaa Allah...

Terfikir kenapa sahaja tiba-tiba?
Itu semua kerja Allah Taala...
Tiada pengharapan, cukup sekadar mencuba,
Berjaga dalam setiap kata, takut terluka.

Semoga usaha mendapat Redha.

Nak Kawan (✿◠‿◠)..! 
Selama-lamanya.......

Siapa dia?
Dia tahu siapa dia.
Itu sahaja.

HasbunAllah Wani'mal Wakeel.



No comments:

Post a Comment