Janji Allah itu pasti(◠‿◡✿)..!!!
Walau terkadang ujian menundukkan kita,
Biar terkadang kekecewaan menyedihkan,
Terkadang rawan hati mengganggu perasaan,
Tidak pernah salah untuk terduduk,
Mungkin dah lama berdiri,
Ambil masa melepaskan lelah (✿◠‿◠)....
Sebelum memula suatu yang baru dan mengatur langkah.
Janji Allah itu pasti.
Biar terbuang teruskan perjuangan,
Biar sedih teruskan perjalanan,
Biar rebah cekalkan hati, simpan perasaan.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Taàla,
Semakin dekat dan rapat kepadaNya,
Semakin lebat hujan dan ribut taufan melanda(◠‿◡✿)...
Surut laut bisa bah terus bergelora,
Menguji setiap Hamba yang berusaha dan berdoa,
Bagi meningkat Iman di jiwa.
Rohani jasmani perlukan cara,
Untuk memantap ketahanan jiwa raga.
Janji Allah itu pasti.
Usah resah bila diuji,
Tanda doa telah di dengari (✿◠‿◠)....
Maka ujian datang menghampiri,
Susun langkah menghampiri destinasi,
Pasti kejayaan boleh di miliki
Kerana janji Allah itu pasti!
Pinky.. Pinky... Pinky Promise (◠‿◡✿)....
No comments:
Post a Comment