Wednesday, 20 August 2014

Jodoh (◠‿◡✿)..!!!

لا اله الا الله ، محمد رسول الله                          

Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad (◠‿◡✿)..!!!

Pada saya, kebahagiaan itu terletak pada siapa yang kita sandarkan kebahagian itu sendiri. Yang lain menyusul kemudian, kerana Allah, DIA Maha Mengetahui. Cukup saya nyatakan yang bahawasanya diri berusaha untuk menjadi yang terbaik.



Assalamualaikum wbt.

Baiklah. Sebelum anda teruskan pembacaan, saya ingatkan ini adalah penulisan mengikut fahaman saya mengenai Jodoh. Jika ingin baca, rajin, bacalah. Saya bukan ustazah, jadi saya tak pandai untuk memberi istilah yang baik sepertimana yang ustaz/ustazah lain mampu mengajar anda. Harap penulisan saya, dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang mencari.
Inshaa Allah. Cukup sekadar saya nyatakan ini untuk diri dan berharap dapat membantu pembaca yang lain, dan memberi sedikit idea untuk anda, dengan Izin Allah. Tafsiran anda di luar bidang kuasa saya, kefahaman kita berbeza.

Itu sekejab tentang diri yang fakir, hina, bodoh dan bahalul ini! Saya memang tak pandai! Boleh la kalau korang nak buka blog lain kalau nak tahu cara yang betul-betul betul (◠‿◡✿)..!!

Ok, nak teruskan bacaan juga? Sila kan, tak marah pun...

Jodoh itu rahsia Allah.

Pada saya, siapapun kita yang dahulu, selagi nyawa di kandung badan, cewah! Maksudnya selagi bernyawa ni, masih ada lagi masa untuk kita perbaiki diri.

Ok, Quote

What did I do to deserve JANNAH?

Tentang jodoh, kebanyakkan kita selalu mengharapkan jodoh yang terbaik, betul? Bagus tu! Kembali pada quote di atas, apa yang saya buat untuk saya mendapat Syurga? Ini termasuk dalam soal jodoh, jelas, kita nak jodoh yang baik sebab nak masuk Syurga kan? So, what did you do to deserve Jannah? Mari kita update status kita dengan Allah, ok?

Start belajar Ilmu, untuk kejayaan Dunia dan akhirat.
'Nak yang baik, jadi baik dulu. Nak yang handsome, handsomekan hati dulu. Nak yang soleh, solehah kan diri dulu.'
~Abah~

Suka saya nyatakan disini:

Allah telah letakkan Kejayaan Jin dan Manusia hanya dalam Agama, manusia yang berjaya di sisi Allah, hanya Nabi dan para sahabat, kerana mereka Yakin pada Hakikat:

1: Kalimah لا اله الا الله ، محمد رسول الله (LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH)







Azam keluar 3 hari wahai sahabat, untuk faham, nak beramal.

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, bukan saya cakap ye, surah ni (◠‿◡✿)..!!! 

Surah Al-'Asr - سورة العصر


Jom start Taat!

(◡‿◡✿)Saya,
Saya hanya manusia biasa, yang sekadar berusaha untuk menjadi lebih baik, dan yang tak faham maksud ‘lebih baik’,jadi dalam kemuskilan itu saya teruskan perjuangan untuk menjadi hambaNYA yang seharusnya...

Pilihan Saya, ni...
Seseorang yang boleh menjaga saya, dari murka Allah.


Atau,
Seseorang yang ingin menjadi seorang Hamba yang Taat. So, let's study together 'Dear'! Forever! 
Remind me of Allah, if your love for me is real.

Ini pada pandangan saya yang daif ini, pada saya semuanya bermula dari dalam diri, tumpang senang dan menyenangi.

Andai sendiri... 
Pasti di 'sana' ada yang sudi (◠‿◡✿)..!, update diri. Tidak dinafi, hidup sendiri ini sunyi, tapi ketentuan Allah, siapalah tahu. Maka kita harus terus usaha, dengan cara yang betul, biasakan dengan doa, solat Hajat, penting, supaya betul cara kita, Inshaa Allah. Penting adalah memperbaiki diri dan berdoa. Allah masih sudi memberi peluang untuk kita, walaupun terkadang manusia tidak beri peluang pada kita. Ingat, kita tak perlukan manusia untuk menilai, bagi peluang untuk diri sendiri berubah... Mulakan sekarang. Jodoh kita dengan syurga neraka itu penting. Saya yang hina lagi bodoh (✿◠‿◠).

(✿◠‿◠)  Sabda Rasulullah S.A.W.  :
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (yakni sahabat-sahabat R.A )” 

~hadith~
Sahabat R.A dapat title R.A , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia. Kita ummat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini dalam Redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat R.A

Banyak rujuk kisah Nabi-Nabi, Rasul-Rasul, keluarga Baginda Rasulullah dan Sahabat, Inshaa Allah hati akan lebih tenang.

Do’a untuk mendapat Jodoh yang Baik:
“Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah”
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisiMu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
Aameenn…

CintaNya infiniti. Cinta kita ? Tak tahu lagi (✿◠‿◠).

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.


No comments:

Post a Comment