
Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad(◠‿◡✿)..!!!
Alhamdulillah, bertemu lagi untuk Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat yang ke-2


Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
Maksudnya : Bawa keTaatan dalam sembahyang(solat) di luar sembahyang, iaitu dalam hidupan harian kita..
- Tutup aurat, macam dalam sembahyang,(tengah usaha!)
- Bacaan dalam sembahyang, berzikir setiap masa, macam dalam sembahyang.
- Tundukan pandangan, maka diluar Solat pun kita hendaklah menundukan pandangan, jangan pandang lelaki lain, perempuan lain yang bukan muhrim pendek kata..
- Mengucapkan salam, maka diluar Solat juga hendaklah kita mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.
Ok, sedikit penerangan,
Solat, Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta) yang menyinta Khusyu’ Maksudnya : Kosentrasi (tumpuan) Khudu’ Maksudnya : Tertib
Tertib solat :
1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal Waktu
2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid/ Surau bagi lelaki, di rumah bagi perempuan, iaitu di tepi katil, supaya bila turun Rahmat Allah terus sampai kat kita.
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjemaah bagi lelaki, perempuan takpe sesorang.
Kelebihan (✿◠‿◠):
- Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur
2. Terbebas dari sifat munafik
- Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
a) 1 kat Dunia,
b) 1 kat Alam kubur,
c) 3 Allah simpan kat Alam Akhirat.
1. Pasti diberi Keberkatan rezeki
2. Pasti diselamatkan dari siksa kubur
3. Pasti diberi catatan Amalan dari tangan kanan
4. Pasti meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Pasti masuk Syurga tanpa hisab.!
Cara nak dapat (.◡‿◡✿):
- Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).-Lelaki.
`Perempuan di rumah, di tepi katil dalam bilik, paling cantik.
`Perempuan di rumah, di tepi katil dalam bilik, paling cantik.
- Hendaklah Solat di sof yang paling depan.-Lelaki.
- Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
- Hendaklah berdo’a agar Allah SWT masukkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ didalam diri dan seluruh Ummat Rasulullah seluruh alam(✿◠‿◠).

No comments:
Post a Comment