Friday, 15 August 2014

6) Da’wah dan Tabligh - Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat



Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad(◠‿◡✿)..!!!

Inshaa Allah, mari kita Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat yang ke-6,
Hakikat Da’wah dan Tabligh - Jihad Fiisabiilillah



Gambar ni, masa 'Jo'- 'Perjumpaan Terbesar' di Sepang!








Remind me of My Dad, Ya Allah please let me make Him proud, the way He make me proud of Him! Pilij Abah ku lagi dan lagi Ya Allah, kami anak-anak nya dan seluruh Ummat Rasulullah untuk ikut Jejak langkah Baginda.
(My english is not very good looking) (◠‿◡✿)...

Hakikat Da’wah dan Tabligh - Jihad Fiisabiilillah

Maksudnya : Keluar dijalan Allah SWT.

(Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.) Inshaa Allah..


Kelebihan(✿◠‿◠) : 

- Debu-debu yang melekat di badan orang yang keluar jalan Allah diharam walaupun daripada asap api neraka! Merupakan perisai (pelindung).
- Seketika di jalan Allah, seumpama beribadah di depan hajaratul Aswad,pada malam Lailatul- Qadar
- Malaikat akan membentangkan sayap-sayapnya untuk melindung orang yang keluar dijalan Allah.

Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia dan seisinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.” Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi. -(Hadis Riwayat Muslim).

- Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah.

- Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.

- Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.

- Satu perkataan da’wah lebih baik daripada setahun pahala ibadah sunat.


Cara nak dapat(✿◠‿◠) :

Azam! (Tekad dalam Hati nak kuar belajar Agama)
- Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah. - Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar dijalan Allah :

1. Keluar (atas pilihan Allah)
a) Seumur hidup 4 bulan.
b) Setahun 40 hari.
c) Setiap bulan 3 hari.

- Hendaklah hidupkan musyawarah harian
- Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah dekat.

2. Ta'lim
- Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim Masjid

3. Fikir Harian
- Hendaklah hidupkan 2 setengah jam
- Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
- Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang

4. Malam markas.
- Hendaklah hadir pada malam markas

Hendaklah berdo’a agar Allah SWT masukkan hakikat Da’wah dan Tabligh dalam diri kita dan diri Ummat Rasulullah seluruh alam(✿◠‿◠).

Insan Ini Abah ku

Karkun : Hassan Mohd Isa
(wan Hassan)
 

No comments:

Post a Comment