Sunday, 24 August 2014

Ketenangan Dari Surah Al-Insyirah (◠‿◡✿)..!!!

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakattuh ツ..!
Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian, kita yang kerdil ini sangat memerlukan ketenangan dalam diri dalam usaha menempuh kehidupan harian. Setiap hari, akan ada sahaja keputusan yang perlu di buat, atau suatu keputusan yang terpaksa kita terima, walaupun seberat-berat alam! Kena Redha! Atau belajar Redha. 
Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian.Itu adalah hakikat! Selagi hidaup bernyawa, akan ada ujian. Kesusahan, Kesenangan, Kesihatan, Kesakitan, Kemudahan mahupun Kesulitan. Selagi berusaha untuk nak Taat, jadi Hamba yang beriman. Yakinlah selepas kesusahan akan ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang nyata dan hakiki (kekal)
Sekiranya anda mengalami kesusahan, kesulitan dalam kehidupan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah ringan sikit hati, cepat lambat aja jangka waktu, kesusahan yang kita alami akan diganti dengan kesenangan.

Tidak Allah namakan Surah ini 'Kelapangan' kalau Ia tidak dapat melapangkan kita (◠‿◡✿)... Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Ia terdiri dari 8 ayat hati kita dan sering dibawa dijadikan bacaan dalam solat. 
Baik, mari kita hayati terjemahan surah Al-Insyirah ni.
 Terjemahan Surah Al-Insyirah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1) Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)
2) dan Kami telah meringankan daripadamu; Bebanmu (menyiarkan Islam)
3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4) dan Kami telah meninggikan bagimu; sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
-------------------------------
Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”
-------------------------------
Saya ada highlight kan beberapa ayat untuk surah ini, kenapa? Untuk memudahkan anda melihat, untuk dapat Yakin yang ketenangan terkandung dalam ayat ini. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya(◠‿◡✿)..!!!.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Penting untuk kita tahu FADILATNYA, maka saya sertakan disini :-

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai 
(✿◠‿◠).

3. Amalkan membaca surah ini, insyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit
!

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkanAllah SWT.

~ Caranya:

Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut
(◠‿◡✿)..!!

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib
(◠‿◡✿)..!!

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya. (Penting)

No comments:

Post a Comment