Friday, 15 August 2014

3) Hakikat Ilmu dan Zikir - Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat



Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad(◠‿◡✿)..!!!

Alhamdulillah, saya teruskan dengan Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat yang ke-3, Hakikat Ilmu dan Zikir .


i) Ilmu,

Maksud : - Mengetahui Perintah Allah SWT dan Larangan Allah setiap masa dan keadaan!
(Pengetahuan)
- Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram, Inshaa Allah.

- Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan (✿◠‿◠) :

- Tidurnya seorang yang berilmu ditakuti syaitan lebih dari 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali. 

- Para malaikat sentiasa bersama dengan orang yang menuntut ilmu pengetahuan kerana redha perbuatan tersebut.

- Semua makhluk yang berada di langit, di bumi, dan di dalam air sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT untuk orang yang sedang menuntut ilmu.

- Para Nabi dan Rasul tidak meninggalkan harta pusaka walau sedikit pun kecuali ilmu pengetahuan. 

- Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.

Daripada Anas RA katanya: Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu bererti ia berjuang pada jalan Allah SWT sehinggalah ia kembali. 


 Cara nak dapat (✿◠‿◠) :

Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.

Ilmu Masail kita kena belajar dengan Ulama-ulama, ustaz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya yang mengamal Ilmu yang di ajar, bukan pandai cakap, tegur orang tapi dia sendiri pun tak buat!! Ok..ok..

Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab Fadhail Amal, ataupun muntakab Hadith.

- Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.

- Hendaklah kita berdoa agar Allah SWT masukkan hakikat ilmu ini didalam hati kita dan hati Ummat Rasullullah seluruh alam.


ii) Zikir 

Maksud : Ingat Allah setiap  masa (saat) dan keadaan.


Kelebihan :

- Barang siapa yang  berzikir, maka dia hidup disisi Allah. (Allah akan sentiasa menjaga dia)
- Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah.
(maksudnya, Allah tak peduli lah, sebab dah mati kan? Nak buat apa lagi)

- Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.


Cara nak dapat (✿◠‿◠):

- Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .

- Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 400 pagi dan 400 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Asar :

a)      100 - Tasbiat, (Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah SWT.

b)      100 – Shalawat, (Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW.

c)      100 – Istigfar (Astaqfirullah hal ‘aziim) Tanda cinta kita pada diri

d)      100 – Laaillahailla anta subhanaka inni kuntu minazholimin (zikir Nabi Allah Nuh Alaihissalam) sabagai tambahan, tanda kita benar-benar bertaubat dan memohon bantuan Allah dalam setiap apa bentuk usaha kita

- Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.

- Hendaklah kita berdo’a agar Allah SWT tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita dan diri Ummat Rasulullah diseluruh alam.

No comments:

Post a Comment