Pemberian Allah.
Rahsia Allah.
Hargailah. Kadang di beri apa yang di hajati Atau tak terfikir di akal untuk dapat dimiliki (◠‿◡✿)...
Contoh: Atas usaha yang DIA berkati, Allah bagi kerjaya yang kamu nak sangat! Atau, Peneman hati untuk menerus hari. Atau, Boleh pegi Gaza free.(Aameen... nak sangat ni. Syahid!) Atau, apa sahaja yang terkadang kamu rasa kamu patut dapat atau kamu rasa kamu tak berhak, percayalah DIA Maha Tahu gelora hati HambaNYA(◠‿◡✿).Maka, janganlah kamu sangkal...
Bersyukurlah! Hargailah.! Hanya DIA yang Tahu, apa yang terbaik untuk mu. Susah senang, kaya miskin, cantik handsomenya hati kamu, DIA Maha Tahu. Pemberian Allah. Rahsia Allah. Aku, mungkin ilham dalam penulisan, kamu mungkin keputusan exam, lainnya mungkin kerjaya yang di hajati. Cara Allah. Siapa kita, kamu untuk menyoalNYA. Jujurnya, kita sering terlupa siapa kita, syukur, DIA setia pemimpin.
PemberianMU(✿◠‿◠). Alhamdulillah. Setiap satunya, Nyawaku. Denyutan jantungku. Hatiku. Imanku. Abahku Mak ku. Adik-adikku. Anak-anak ku (anak sedare) Saudaraku. Sahabat-Sahabat Aku terima dengan Redha. Alhamdulillah...
Yang lainnya, biarlah Allah tentukan, kerana diri telah berusaha, sampai terkadang di salah teka, menimbulkan syak wasangka, maka diri berundur, jaga Iman, jaga Hati untuk cekal dan yakin dengan Allah. Itu sahaja.!Pemberian Allah. Terkadang, dalam bentuk yang menyedihkan hati. Jujurnya untuk kita sedar siapa diri, untuk mendahului Allah. Memang tak salah berangan! Cuma kena sedar kita kat mana.
Dalam kekalutan diri menerima ketentuan Allah, maka teringat kisah Saiyidina Aisyah yang di fitnah, untuk muhasah diri, untuk bertahan dalam keadaan yang telah di tetapkan. Jujurnya kisah ini adalah fitnah terbesar dalam sejarah Islam! Isteri Rasul, saya sertakan diri kisahnya untuk manfaat diri dan semua.
Peristiwa ini berlaku apabila perang selesai dan dalam perjalanan ke kota Madinah.
Maka Rasullulah saw pun mengerakkan angkatan tentera islam ke Kota Madinah. Padahal waktu itu, sedang matahari terik berdiri di atas kepala. Ia adalah satu langkah yang amat bijak diambil oleh Rasullulah saw. Baginda berjalan-jalan bersama-sama para sahabat Baginda sehingga benar-benar letih dan berehat. Kerana sangat letih Baginda tertidur dengan nyenyaknya. Rasullulah saw dan angkatannya seramai lebih kurang 1,000 orang berehat disuatu tempat, yang jaraknya kira-kira satu malam perjalanan untuk ke Madinah. Oleh kerana keletihan, pada malam itu Saidina Aisyah telah keluar kerana hendak berhadas kecil, tanpa memberitahu sesiapapun, dia terus keluar dan pergi agak jauh.
Ketika sebelum kembali ke rombongan Rasullulah saw Saidatina Aisyah tersedar yang kalung kepunyaan Asma, kakaknya yang dipakai dileher tercicir, kalung itu jenis manik Yaman, maka terus mencari. Apabila Saidatina Aisyah kembali ke rombongan Rasullulah saw didapati rombongan angkatan tentera itu telah pergi meninggalkannya. Namun, Saidatina tidak berputus asa dan berharap agar rombongan angkatan tentera suaminya akan datang mencarinya dan mengambilnya di situ. Ketika menunggu itulah Saidatina Aisyah merasa sangat letih dan tertidur diatas pasir.
Menjelang Subuh, tiba-tiba datang seorang sahabat nabi yang sengaja ditugaskan berjalan dibelakang rombongan tentera islam yang bertujuan berjaga-jaga jika ada barang yang tercicir atau serangan balas musuh daripada belakang bernama Safwan bin Mu'attal as-Sulami.
Safwan bin Mu'attal as-Sulami telah mendekati saidatina Aisyah yang sedang terbaring menyelubungi seluruh badannya. Ini kerana kerana sebelum turun ayat hijab, safwan pernah melihat wajah Saidatina Aisyah sekali.
Safwan bin Mu'attal as-Sulami merasa terkejut dan hairan melihat Ummul Mukminin yang tidur seorang diri tanpa berkata apa-apa hanya kalimah istijrah iaitu kalimah 'innalillahi wainna illahi rajiun'. Tujuannya Safwan bin Mu'attal as-Sulami berkata demikian supaya Saiditina Aisyah terjaga. Memang benar ucapan Safwan bin Mu'attal as-Sulami menyebabkan Saiditina Aisyah terjaga sambil bangun dan menutup wajahnya. Safwan bin Mu'attal as-Sulami menarik unta sambil mengarahkan agar saidatina Aisyah menunggang untanya itu. Kemudian Safwan memalingkan mukanya ketempat lain.Begitulah waraknya Safwan ketika dia berdua-duaan dengan Saiditina Aisyah pada malam itu.
Tiada lagi apa-apa percakapan di antara Saidatina Aisyah dengan Safwan selain perkataan istirja itu sahaja. Safwan menarik unta itu dengan cepat untuk mengejar angkatan tentera islam. Dia sempat bertemu dengan angkatan tentera islam sebelum memasuki Kota Madinah tetapi waktunya sudah tengahari.
Pada mulanya mereka tidak merasa apa-apa kerana hati mereka ikhlas dan Rasullulah saw tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap isteri Baginda dan sahabat Baginda itu sehingga Rasullulah saw dapat menyelesaikan pembahagian ghanimah bani Mustaliq dan juga dapat melangsungkan perkahwinan dengan Siti Juwairiyah binti al-Harith . Tetapi peristiwa itu mula diperkatakan oleh kaum munafik yang suka merosakkan rumahtangga Rasullulah saw yang dketuai oleh Abdullah bin Ubai. Beliaulah yang memburukkan peribadi Saidatina Aisyah dengan Safwan.
Sebaik sahaja tiba di Madinah, Saidatina Aisyah demam dan tinggal dibiliknya sahaja tanpa keluar ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular yang mana sebenarnya fitnah itu pada mulanya hanya bermain di bibir Abdullah bin Ubai .
Kemudian berita itu mempengaruhi 3 sahabat lain iaitu Hisan bin Thabit , Mistah bin Usasah dan Hamnah binti Jahsyi. Walaupun sahabat Nabi (selain dari 3 orang ini) tidak turut memperkatakan tentang fitnah itu tetapi mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian kepada fitnah itu. Setidak-tidaknya hati mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian tentang fitnah walaupun mereka menepis . Bagi penduduk Madinah tidak dapat lenyap daripada desas-desus fitnah jahat itu.
Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasullulah saw dan baginda tidak percaya bahawa isterinya membuat perkara sekeji itu. Mustahil mereka yang soleh dan bertakwa itu tergamak melakukan perbuatan keji, sedikit sebanyak perasaan sedih melanda juga jiwa Rasullulah saw. Baginda merasakan tempias fitnah itu, ini kerana fitnah itu melibatkan isteri yang paling baginda sayangi.
Oleh kerana Saidatina Aisyah demam dan tidak tahu menahu tentang fitnah itu dan merasa hairan melihat Rasullulah saw melayan dirinya lain daripada biasa. Dengan rasa pilu, Rasullulah saw mengizinkan Saidatina Aisyah untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Setelah sembuh dari demam Saidatina Aisya telah keluar untuk berhadas besar bersama-sama dengan ibu Mistah bin Usasah yang juga adalah sanak saudara ayahnya. Setelah selesai dalam perjalanan pulang kaki ibu Mistah telah tersangkut sehingga dia terjatuh lalu menyumpah anaknya Mistah.
Saidatina Aisyah terkejut dan berkata:"Mengapa engkau mencaci lelaki yang turut berperang di Badar?"
"Adakah engkau belum mendengar tentang fitnah dirimu?" sangah ibu Mistah.
Saidatina Aisyah terkejut dan sedih sekali apabila mendengar cerita ibu Mistah tentang fitnah itu dia pulang dan bertanya kepada ibunya Ummu Ruman.
Rasullulah saw amat sedih memikirkan perkara yang sedang menimpa isterinya itu. Sukar baginda untuk menyelesaikannya, wahyu belum turun untuk memberitahu cerita sebenarnya. Namun, baginda yakin isterinya tidak melakukannya kerana Aisyah adalah isteri yang disayangi dengan sebab itu Rasullulah saw merasa cemburu. Namun, akhirnya kesucian Saidatina Aisyah benar-benar terserlah setelah Allah membersihkan nama Aisyah dengan turunnya wahyu Allah.

Kisah
ini bermula apabila perang Bani Mustaliq atau Muraisi' berlaku pada bulan
Syaaban tahun ke 5 Hijrah ada riwayat yang mengatakan perang ini berlaku pada 2
Syaaban tahun ke 6 Hijrah .
Lalu
Ummu Ruman mencerita perkara yang berlaku, wajah Saidatina Aisyah murung
sekali. Air matanya mulai mengalir deras membasahi pipi sehingga semalam dia
tidak dapat tidur.
Begitulah cekal dan tabahnya Saidina
Aisyah menerima berita itu dengan hati terbuka dalam menerima dugaan Allah swt.
Kesan peristiwa ini telah memberikan kesan kepada Rasullulah saw dan
menimbulkan keraguan untuk mempercayainya . Sehingga Allah swt telah menyucikan
dan membersihkan nama Saidatina Aisyah dengan turunnya ayat Allah (surah
an-nur ayat 11)
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(surah an-nur ayat 11)
Demikianlan diri akhiri karangan hari ini, maka teruskan bersangka baik dengan Allah, bertahan... Usaha kita mahal disisi Allah. Sebab kita sertai selawat, doa, sujud, zikir memuji, tanda mendahului Allah, dan kerana Allah usaha kita. Biarpun rumit, biarpun sesukar mana, untuk terima, maka tabahlah. Hati kamu tu, bertahan ok, banyakkan Tahajjud, zikir.. Ynag penting Fardhu, JAGA. Sunat, sunat juge, Fardhu itu Fardhu! Lainnya, semua Allah... Allah, Dia Pencipta. Dia Maha Tahu. Jaga Diri Kekasih Allah.
No comments:
Post a Comment