
Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad(◠‿◡✿)..!!!
Alhamdulillah, lets Muzakarrah 6 Prinsip Sahabat ok. Yang pertama adalah Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah” Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:

i) - Laailahailallah, adalah kalimah Iman.
Maksudnya : Allah Kuasa, Makhluk langsung tak kuasa.
(Tiada Tuhan melainkan Allah)
Kena usaha supaya kalimah ini masuk ke dalam hati kita untuk keluarkan kebesaran makhluk dari hati.
Kita ni ada ke tak ada, langsung tak beri kesan kat Allah, malah kita yang sentiasa berHajat kepada Allah. Tanpa belas Ehsan Allah kita tak mampu pun nak angkat tangan menadah doa.
Allah boleh buta apa saja tanpa bantu makhluk, kita? Lu fikir la sendiri….! Ada asbab, tak da asbab, malah bertentangan dengan asbab, Allah boleh buat! Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu.Dia langsung tak terkesan dengan apa yang berlaku, kita sebaliknya yang memerlukan Allah, apa jadi kalau tangan tak mampu bergerak? Mata tak dapat melihat? Sesungguhnya Pelihatan itu milik Allah, biar pun kita ada mata! Allah Taala dapat melakukan sesuatu tanpa pertolongan makhluk sedangkan makhluk tidak dapat berbuat sesuatu tanpa izin Allah swt.
Contohnya, kisah Nabi Allah MUSA Alaihissalam. Kisah Nabi Musa a.s beserta pengikutnya dikejar oleh Firaun dan tenteranya, yang mana ketika dia memohon bantuan Allah, Allah perintahkan Nabi Musa a.s untuk mengetuk Laut dengan Tongkat, maka terbelak 12 lorong untuk Nabi Musa dan pengikut dapat melintas Laut Merah dengan selamat, tetapi laut yang sama telah ‘menelan’ Firaun dan tenteranya atas perintah Allah swt.
Atau,
Kisah Nabi Allah IBRAHIM, Sepertimana yang kita tahu bahawa sifat api ialah panas akan tetapi ketika Raja Namrud melemparkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam timbunan api, api tersebut tidak dapat membakar tubuh Nabi Ibrahim sedikitpun, malah Nabi Ibrahim disediakan Allah makanan ketika di dalam marakkan api.. Jujurnya, ketika Nabi Allah Ibrahim di lemparkan ke dalam Api, Allah telah hentikan seketika saat, untuk Malaikat berbicara dengan Nabi Ibrahim, yang mana Malaikat offer bantuan, tetapi Nabi Ibrahim tanya, “adakah ini daripada Allah?” Malaikat menjawab “ tidak, kami dating atas izin Allah, untuk membantu kamu wahai Nabi Allah.” Lantas Nabi Ibrahim menolak dengan menjawab “Hasbiyallahuwani’mal wakill”. Ketika itu turun ayat yang bermaksud ‘Sejahtera ke atas Ibrahim,sebaik Nabi masuk kedalam api, api bukan menjadi sejuk, malah sejahtera… Nabi Ibrahim siap dapat beribadah lagi dalam api, relak jer bro.. Baik, api dan air dapat mendatangkan kebaikan dan juga kemudharatan hanya dengan izin Allah. Semuanya tergantung kepada Qudrat dan Iradat Allah swt. Maka, keyakinan mesti kita usahakan bahawa Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Oleh sebab itu, dalam kehidupan sehari-hari kita harus yakin bahawa rezeki itu berasal dari Allah swt dan bukanlah dari wang gaji suami/isteri kita. Suami/isteri kita hanyalah perantaraan asbab. Apabila sedang makan, kita harus meyakini bahawa yang mengeyangkan perut kita adalah Allah swt, bukan makanan. Semua perbuatan kita dapat terjadi dengan izin Allah swt. Apabila kita menjauhkan keyakinan dari kekuasaan makhluk dan menumpukan keyakinan hanya kepada zat dan kekuasaan Allah swt, maka Allah swt akan menundukkan makhluk untuk kita. Jadi, keyakinan seperti inilah yang sedang kita usahakan agar masuk ke dalam hati kita kaum keluarga kita dan Ummat Rasulallah saw.
Kelebihannya(✿◠‿◠) :
Jika di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah, lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi!
1. Rasulullah saw bersabda : “man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.” Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayatnya dengan kalimah laailahailallah wajib masuk syurga!
2. Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulallah saw bersabda." Tidak ada seorang pun yang mengucapkan Laa ila ha illallah pada satu waktu pada malam hari ataupun siang hari, melainkan dihapuskan keburukan-keburukannya (dosa-dosanya) dari buku catatan amalnya sehingga keburukan itu digantikan dengan kebaikan."
3. Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulallah saw bersabda. " Demi dzat yang jiwaku ditanganNya, seandainya langit dan bumi dan segala isinya serta segala yang ada di dalamnya diletakkan di dalam sebuah timbangan(dacing) dan kalimah syahadah Laa ila ha illallah di sebelah yang lain, maka akan lebih beratlah timbangan yang berisi kalimah itu."
Cara nak dapat :
Ada empat sumber:
a) Otak – Fikir keBesaran Allah
b) Mata – Lihat keBesaran Allah
c) Telingan – Dengar keBesaran Allah
d) Mulut – Cakap keBesaran Allah,
- Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
- Hendaklah memperbanyak mengucapkan kalimah laailahailallah.
- Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita diseluruh alam.
- Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita serta didalam diri saudara kita diseluruh alam.
ii) – Muhammadarasulullah adalah kalimah Amal.
Maksudnya : Hanya cara Rasulullah bawa Kejayaan Dunia Akhirat, lain..Wallahu’alam!
(Muhammad Rasul (utusan) Allah.)
- Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.
Kelebihannnya :
Sabda Rasulullah SAW : “Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.” Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW : “Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.” Maksudnya : Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.
Para ulama berkata bahawa pada akhir zaman ini Allah swt lebih sayang 70 kali kepada hamba-hambaNya daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Tetapi anehnya, masih ramai manusia yang tidak mahu mengikuti sunnah Rasulallah saw dalam kehidupan mereka. orang yang mengikuti sunnah Rasul, nanti di akhirat Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. Satu sunnah lebih baik daripada 7 dunia dan 7 syurga. Jika kita dapat hidupkan satu sunnah Rasulallah saw, di akhirat nanti Rasulallah saw akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari telaga Kauthar dengan tangan baginda sendiri. Mereka yang mengikuti sunnah Rasulallah saw akan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di akhirat.
4 ganjaran di dunia ialah:
- Dia akan disayangi orang - Dia akan ditakuti musuh - Hidupnya akan diberkati - Agamanya tidak akan dicemari dalam kehidupannya
4 ganjaran di akhirat pula ialah:
- Rasulallah saw akan dapat mengenalinya - Rasulallah saw akan memberi syafaat untuknya - Di dalam kubur dia dapat mengenali Rasulallah saw - Dia akan berjiran dengan Rasulallah saw di syurga
Cara nak dapat (✿◠‿◠) :
- Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
- Hendaklah menghidupkan sunnah, dari mula tidur, bangaun tidur hingga tidur ( sejak lahir - Meninggal dengan Sunnah) baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
- Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam.
- Hendaklah berdo’a agar Allah swt masukkan Hakikat Amal didalam diri dan diri saudara kita diseluruh alam.

No comments:
Post a Comment