Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Surah Al-Kausar ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah.Al-Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu.Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi (✿◠‿◠)!
Surah al-Kauthar -سُوۡرَةُ الکَوثَر
Bismillahirrahmanirrahim...
1) "Innaa 'ak thoinaaaa kalkautsar,
2) fashollilirobbikawanhar,
3) innashaa ni a ka huwal abtar".
(Terjemahan Al-Quran Rasm Uthmani)
1)Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang banyak.
2)Maka, laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)
3)Sesungguhnya orang yang membenci mu, Dia lah yang terputus (dari Rahmat Allah).
Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad(◠‿◡✿)..!!!
Surah Al-Kausar ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW. Kerana bahasa dan ejekkan kaum Quraisy. Tikaman bahasa mereka hanya semata untuk menggoreskan hati beliau dan mendukacitakannya. Memperkecilkan Baginda Rasul disebabkan kematian putera-putera Baginda, iaitu al-Qassim di Makkah dan Ibrahim di Madinah.
Baiklah. Inshaa Allah, mari kita hayati kisah penurunan Ayat Penghibur hati Kekasih Allah ini.
Nama Surah
Dinamakan al-Kauthar kerana ia dimulakan dengan firman Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad saw iaitu firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu `al-Kauthar' (ni'mat yang melimpah-ruah / sebuah sungai di syurga)". Yakni kebaikan yang banyak serta berterusan di dunia dan akhirat, antaranya sungai al-Kauthar yang terdapat dalam syurga.
Imam Muslim dengan lafaznya, Abu Daud dan al-Nasa'i telah meriwayatkan daripada Anas berkata: "Ketika Rasulullah saw berada bersama kami dalam masjid, tiba-tiba Baginda melelapkan matanya seketika, kemudian mengangkat kepalanya dalam keadaan senyum.
Kami bertanya: "Apakah yang menyebabkan anda senyum, wahai Rasulullah saw. "Baginda menjawab: "Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku sebentar tadi satu surah, lalu Baginda membaca:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1.إِنَّا أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ
2.فَصَلّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
3.إِنّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ
Seterusnya Baginda bertanya: "Apakah kalian tahu apa itu al-Kauthar? Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Nabi menjawab: " Sesungguhnya ia adalah sebuah sungai yang dijanjikan oleh Allah kepadaku dan mempunyai banyak kebaikan. Di situ, ada takungan air (minum) yang dikunjungi ummatku pada hari akhirat, bekas air yang disediakan sebanyak bintang di langit, sebahagian daripada ummatku ditegah mendapatkannya." Aku berkata: "Tuhanku, sesungguhnya mereka adalah ummatku." lalu Allah menjawab: "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan sepeninggalanmu."
Baik, ada sesiapa teringin dengan sungai yang di janjikan Allah ini? Inshaa Allah, mari kita perbaiki diri, jadikan ketidaksempurnaan kita sebagai batu loncatan untuk lebih dekat kepada Allah Ta'ala. Allah Maha wahai sahabat... Berusahalah (✿◠‿◠)!
Latar-belakang dan sebab turun surah
Surah ini dihadapkan khusus kepada Rasululullah saw sama seperti Surah adh-Dhuha dan Surah asy-Syarh. Dalam surah ini, Allah hiburkan Rasul-Nya dan menjanjikan ni'mat kebajikan tidak terhingga, dan mengancam musuhnya dengan malapetaka dan mengarahkan Baginda dan orang mu'min untuk bersyukur.
Surah ini merupakan gambaran kehidupan da'wah dan penda'wah dan gangguan-gangguan yang dihadapi Nabi saw; juga gambaran dari pemeliharaan Allah terhadap hamba-Nya. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan fikirannya, memberi janji yang baik kepadanya. Allah memberikan ni'mat yang melimpah-ruah dan tidak putus. Manakala kesesatan dan kejahatan bersifat sebaliknya; tiada nilai dan terputus amalannya walaupun orang-orang lalai mempunyai tanggapan berlainan.
Tokoh-tokoh Quraisy yang biadap selalu menganggu Rasulullah saw dengan pelbagai tipu-daya, sendaan, ejekan, dan penghinaan untuk menjauhkan orang ramai dari mendengar da'wah Allah. Di antaranya ialah al-'As ibn Wa'il (ayah kepada `Amru bin `As), Abu Jahl (ayah Ikrimah), Abu Lahab, `Aqabah ibn Abu Mu'ait dll. Mereka mencemuh Rasulullah saw sebagai manusia yang putus keturunan (batar), kerana semua anak lelakinya wafat.
Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan Ibn al-Munzir telah menampilkan riwayat daripada `Ikrimah, katanya: "Setelah diturunkan wahyu kepada Nabi, Orang Quraisy berkata: "Muhammad orang yang terputus berkat dan tidaklah berketurunan berbanding kita", lalu turunlah ayat : "Sesungguhnya orang-orang yang membenci engkau (wahai Muhammad) dialah yang terputus dari ni'mat Allah." (al-Kauthar 3)
Ibn Abi Hatim telah mengajukan riwayat daripada al-Suddi, katanya: "Orang Quraisy berkata apabila anak lelaki mati terputuslah keturunan si polan." Apabila anak lelaki Nabi saw meninggal dunia (al-Qasim), lantas al-`Asi bin Wa'il berkata: "Muhammad telah terputus (tidak lagi berketurunan)." lalu turun ayat berkenaan.
Ibn al-Munzir mengajukan riwayat daripada Ibn Jurayj bahawa ia berkata:"Pernah sampai berita kepadaku bahawa apabila Ibrahim anak Nabi Muhammad saw meninggal dunia, orang Quraisy berkata:"Sesungguhnya Muhammad sudah `batar' dan Nabi menjadi marah. Lalu turunlah ayat: " Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga." (al-Kauthar) sebagai takziah dan pengubat hati Baginda yang tersinggung.
Tipu daya orang-orang Quraisy mempunyai kesannya dalam masyarakat Arab yang memang berbangga-bangga dengan anak-anak lelaki yang ramai. Tikaman ini digunakan oleh musuh-musuh nabi saw untuk menggoreskan hati beliau dan mendukacitakannya. Memperkecilkan Baginda disebabkan kematian putera-putera Baginda, iaitu al-Qassim di Makkah dan Ibrahim di Madinah. Mereka bergembira dengan penderitaan orang-orang mukmin.
Kerana itulah turunnya surah ini untuk menenang dan menghiburkan hati Rasulullah saw. Juga untuk menerangkan hakikat ni'mat kebajikan yang kekal berterusan yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Kematian putera-putera Baginda tidak dapat melemahkannya. Sebaliknya orang-orang yang membenci Baginda adalah orang-orang yang terputus (batar) dan tidak meninggalkan sebarang sejarah dibanggakan dan jauh dari segala kebaikan. Mereka adalah orang-orang hina dan rugi lantaran mereka tercantas daripada setiap kebaikan di dunia dan akhirat.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat ツ..!.
Bismillahirrahmanirrahim...
1) "Innaa 'ak thoinaaaa kalkautsar,
2) fashollilirobbikawanhar,
3) innashaa ni a ka huwal abtar".
(Terjemahan Al-Quran Rasm Uthmani)
Dinamakan al-Kauthar kerana ia dimulakan dengan firman Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad saw iaitu firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu `al-Kauthar' (ni'mat yang melimpah-ruah / sebuah sungai di syurga)". Yakni kebaikan yang banyak serta berterusan di dunia dan akhirat, antaranya sungai al-Kauthar yang terdapat dalam syurga.
Imam Muslim dengan lafaznya, Abu Daud dan al-Nasa'i telah meriwayatkan daripada Anas berkata: "Ketika Rasulullah saw berada bersama kami dalam masjid, tiba-tiba Baginda melelapkan matanya seketika, kemudian mengangkat kepalanya dalam keadaan senyum.
3.إِنّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ
Seterusnya Baginda bertanya: "Apakah kalian tahu apa itu al-Kauthar? Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Nabi menjawab: " Sesungguhnya ia adalah sebuah sungai yang dijanjikan oleh Allah kepadaku dan mempunyai banyak kebaikan. Di situ, ada takungan air (minum) yang dikunjungi ummatku pada hari akhirat, bekas air yang disediakan sebanyak bintang di langit, sebahagian daripada ummatku ditegah mendapatkannya." Aku berkata: "Tuhanku, sesungguhnya mereka adalah ummatku." lalu Allah menjawab: "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan sepeninggalanmu."
Baik, ada sesiapa teringin dengan sungai yang di janjikan Allah ini? Inshaa Allah, mari kita perbaiki diri, jadikan ketidaksempurnaan kita sebagai batu loncatan untuk lebih dekat kepada Allah Ta'ala. Allah Maha wahai sahabat... Berusahalah (✿◠‿◠)!
Latar-belakang dan sebab turun surah
Surah ini dihadapkan khusus kepada Rasululullah saw sama seperti Surah adh-Dhuha dan Surah asy-Syarh. Dalam surah ini, Allah hiburkan Rasul-Nya dan menjanjikan ni'mat kebajikan tidak terhingga, dan mengancam musuhnya dengan malapetaka dan mengarahkan Baginda dan orang mu'min untuk bersyukur.
Surah ini merupakan gambaran kehidupan da'wah dan penda'wah dan gangguan-gangguan yang dihadapi Nabi saw; juga gambaran dari pemeliharaan Allah terhadap hamba-Nya. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan fikirannya, memberi janji yang baik kepadanya. Allah memberikan ni'mat yang melimpah-ruah dan tidak putus. Manakala kesesatan dan kejahatan bersifat sebaliknya; tiada nilai dan terputus amalannya walaupun orang-orang lalai mempunyai tanggapan berlainan.
Tokoh-tokoh Quraisy yang biadap selalu menganggu Rasulullah saw dengan pelbagai tipu-daya, sendaan, ejekan, dan penghinaan untuk menjauhkan orang ramai dari mendengar da'wah Allah. Di antaranya ialah al-'As ibn Wa'il (ayah kepada `Amru bin `As), Abu Jahl (ayah Ikrimah), Abu Lahab, `Aqabah ibn Abu Mu'ait dll. Mereka mencemuh Rasulullah saw sebagai manusia yang putus keturunan (batar), kerana semua anak lelakinya wafat.
Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan Ibn al-Munzir telah menampilkan riwayat daripada `Ikrimah, katanya: "Setelah diturunkan wahyu kepada Nabi, Orang Quraisy berkata: "Muhammad orang yang terputus berkat dan tidaklah berketurunan berbanding kita", lalu turunlah ayat : "Sesungguhnya orang-orang yang membenci engkau (wahai Muhammad) dialah yang terputus dari ni'mat Allah." (al-Kauthar 3)
Ibn Abi Hatim telah mengajukan riwayat daripada al-Suddi, katanya: "Orang Quraisy berkata apabila anak lelaki mati terputuslah keturunan si polan." Apabila anak lelaki Nabi saw meninggal dunia (al-Qasim), lantas al-`Asi bin Wa'il berkata: "Muhammad telah terputus (tidak lagi berketurunan)." lalu turun ayat berkenaan.
Ibn al-Munzir mengajukan riwayat daripada Ibn Jurayj bahawa ia berkata:"Pernah sampai berita kepadaku bahawa apabila Ibrahim anak Nabi Muhammad saw meninggal dunia, orang Quraisy berkata:"Sesungguhnya Muhammad sudah `batar' dan Nabi menjadi marah. Lalu turunlah ayat: " Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga." (al-Kauthar) sebagai takziah dan pengubat hati Baginda yang tersinggung.
Kerana itulah turunnya surah ini untuk menenang dan menghiburkan hati Rasulullah saw. Juga untuk menerangkan hakikat ni'mat kebajikan yang kekal berterusan yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Kematian putera-putera Baginda tidak dapat melemahkannya. Sebaliknya orang-orang yang membenci Baginda adalah orang-orang yang terputus (batar) dan tidak meninggalkan sebarang sejarah dibanggakan dan jauh dari segala kebaikan. Mereka adalah orang-orang hina dan rugi lantaran mereka tercantas daripada setiap kebaikan di dunia dan akhirat.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat ツ..!.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Inshaa Allah.. Jujurnya penulisan ini adalah usaha saya untuk meningkatkan Ilmu, harap dapat membantu pembaca yang sudi meluangkan masa membaca Ayat Penghibur hati ini!
Baiklah, dengan izin Allah, mari kita sama-sama mengamalkan dan diberikan kerajinan untuk sentiasa membaca surah ini, atau surah-surah lain secara kerap agar tercapai maksud hidup dan di kurniakan kebahagiaan dan kerahmatan di dunia dan juga di akhirat.
Jujurnya wahai pembaca,
bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan kesan, namun semua itu berlaku dengan kehendak, serta keizinan dan kekuasaan Allah. Kesimpulannya,supaya kita tidak mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah AzzaWajalla.
Allah kuasa! Makhluk langsung Tak kuasa!
Ingin saya ingatkan bahasa sesungguhnya, Ayat Al-Quran ini adalah Kalam Allah, maka sertailah dengan tawakkal kerana banyak kelebihan yang tersembunyi dari apa yang saya kongsikan di atas. Yang penting Iman kita, betul? Kita membaca dan cuba menghafal, berusaha kerana apa? Yakin kan? Jadi itulah yang paling penting, YAKIN pada Allah!
Setiap kesedihan, akan ada kegembiraan, bila sahaja yang kita usaha kerana Allah... Ujian itu hanyalah untuk memantapkan Iman, dan mencekalkan Hati kita. Bertahanlah, Inshaa Allah.
Mari kita menghibur hati, rajinkan membaca surah ini
(◠‿◡✿)..!!!