Usai solat Asar di Masjid. Sedang aku muhasabah diri sebelum zikir, terpandang seseorang wanita sebaya mak di kananku. Kami sekadar membalas senyuman. Cantik orangnya!
Aku teruskan dengan bacaan surah Al-Hasyr ayat 22-24 sebelum memulakan doa. Abah selalu memesan ku untuk amalkan ayat ini. Abah kata ada dalam Hadith, Rasul pesan kita amal.
Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
Keistimewaan Surah Al-Hasyr, Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 22-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;
1. Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2. Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda :“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”
2) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
3) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Banyak manfaatnya, jadi aku memang tak ada sebab untuk tidak mengamal surah ini. Selesai berdoa, Makcik itu masih berada di tempat duduknya. Aku datang menghampiri untuk bersalaman dan meminta diri.
“Assalamualaikum makcik.” Tegur ku sebelum bersalaman, sekadar salam biasa, tanda pengenalan.
Makcik : “Waalaikummusalam.. Sembahyang dah yer?” Sambil tangannya menyambut tanganku. Kami bersalaman.
Aku : “Alhamdulillah, dah makcik.”
Makcik : “Kamu dari mana?”
Aku : “Sini saja makcik, saya tinggal di Apartment depan tu.” Jawab ku bersahaja.
Makcik : “Kerja ke masih berlajar ni…?”
Aku : “Saya dalam training makcik.”
Makcik : “ Training apa?”
Aku : “Polis.”
Makcik : “Alhamdulillah… Kerja bagus tu, training baik-baik ye.”
Aku : “In Shaa Allah makcik.”
Sekadar perbualan biasa. Ice breaking...
Kami jalan seiring, menuruni anak tangga Masjid. Aku sudah berstokin dari awal tadi, sebaik sudah selesai solat. Kadang ku berstokin, kadang tidak. Lemah Iman betul.
Sambil beriringan, makcik memandangku, dan tersenyum. Aku biasa sahaja. Memang tak reti nak bersembang. Sekadar beriringan. Sampai di tangga luar Masjid, kami ambil kasut masing-masing.
Makcik : “Kehidupan kita ni, kadang-kadang biasa, kadang-kadang sulit kan?” Tiba-tiba makcik bersuara,
Aku: “Betul makcik.”
Makcik : “Kadang makcik tak faham dengan sesetengah orang, memandang harta sangat. Sampai langsung tak tahu nak fikir yang harta itu juga ujian, rezeki Allah bagi, tapi masih yang belum faham…Tapi itulah, ujian untuk hati kita.
Aku : “ Benar…”
Makcik : “ Kamu sorang ke ni? Dah kahwin?”
Soalan yang seriously aku malas nak jawab, bukan apa, takut slip Iman.
Aku : “Saya single je makcik, betul makcik cakap tu, sokong. Saya ni lasak sikit orangnya. Kadang-kadang saya rasa lelaki takut kot.” Seloroh aku dengan makcik yang baru ku kenal itu. Dia ketawa kecil, melayan karenah aku.
Makcik : “ Kamu ni memilih sangat kot... Umurnya berapa ni.” Sambil ibu jarinya menunding kepada ku.
Aku : “ Entahlah, susah nak jawab. Dah 34 makcik.”
Makcik : “ Muda lagi tu. In Shaa Allah… Makcik doa. Ada yang berkenan di hati?” Sinis je bunyinya.
Aku : “Ada tu ada makcik. Hmmmm.. Tapi entah la. Try juga ‘adjust’, tapi tak jalan la makcik. Kadang tu saya beriya, kadang saya slow sikit. Ikut juga lah, takut nanti orang tu marah pulak. Saya saja buat syok sendiri. Hihi.. Entah la.” Jawab ku penuh kekeliruan di hati. Jujurnya, aku sendiri tak pasti.
Makcik : “In Shaa Allah. Ada nanti tu. Kamu teruskan usaha, kena berani, sebab kita nak yang terbaik, kan….”
Aku : “ Betul tu makcik!”
Makcik : “ Boleh makcik tahu macamana orangnya, training dengan kamu ke?”
Aku : (Eh! Sibuk pula makcik ni.) “ Tak la, saya kenal dia di facebook je makcik. Lama dah saya admire dia. Cuma baru sekarang berani nak tegur. Itu pun, dapat tahu yang dia putus cinta. Dari situ la mula… Tak tahu nak panggil hubungan apa ni makcik. Cuma saya ni, positive je. Kita tak tahu. Jodoh dari Allah kan makcik. Tapi sebab saya ni perempuan, itu yang saya bataskan sikit. Tapi kengkadang tu saya beranikan diri je. Tak tahu apa pandangan dia tentang saya makcik.” Sambil kaki kanan ku berpusing di tanah, ala-ala berfikir gitu.
Aku : “Boleh saya tanya satu perkara tak makcik?”,
Makcik : “ Boleh, tanyalah, apa dia tu..”
Aku : “Makcik ni mix ke?”
Makcik : “ Taklah, makcik Chinese. Mualaf orang kata kan? Makcik Lafaz kalimah syahadah sebelum makcik kenal arwah suami makcik lagi. Arwah suami makcik melayu.”
Aku sekadar mengangukkan kepala. Patutlah. Aku ingatkan mix (darah campuran)
Makcik : “Sebenarnya lelaki suka perempuan yang berani, setidak-tidaknya, menunjukkan kamu ada pendirian dalam hidup, takpalah. Kamu berani bertempat. Dia faham nanti tu. Dia ada balas kamu? Dia kerja apa?”
Macam di pukau, aku selamba betul menceritakan kisah cinta alam maya kepada makcik yang baru ku kenal di Masjid Al-Ikhlas ni. Sambil membetulkan kasut, mulut ku terkumat kamit bercerita. Boleh tahan juga makcik ni bertanya, kena betul pada isunya.
Aku : “Ada juga. Cikgu sekolah menengah. Yang penting nya makcik kan, dia tak marah saya hantar message dia di facebook. Itu yang saya suka dia tu. Mulanya sembang biasa je, sekadar nasihat dan dorongan. kemudian jadi lain! Sebab saya memang sudah lama suka kan dia. Cari sebab je. Saya memang suka berterus terang, langsung tak selindung, tapi itu pun lepas peringkat pertamalah. Dia budak Tahfiz makcik.” Sambil pejamkan mata (malu konon) muka penuh mengharap siot!
Makcik : “ Tahfiz? Baguslah tu… Orang-orang alim ni nak, mereka ni suka baik sangka. In Shaa Allah. Mencari yang baik itu tidak salah. Kamu pun sedang perbaiki diri kan… Apa maksud kamu ‘lepas perigkat pertama’?”
Aku : “ Tulah makcik, Abah saya selalu cakap macam tu. Abah selalu pesan, nak yang baik-baik, kena usahalah. Tapi jangan usaha untuk dia, betulkan niat tu hanya nak baiki diri kerana Allah, selebihnya biar yang Allah yang tentukan. Saya pun tak pandai, jadi, sekarang saya lebihkan kepada upgrade diri, bukan untuk sesiapa, selain untuk diri jadi yang terbaik. Itu saja makcik. Memang la soal hati kan…. Dah terberkenan, saya teruskan saja, kadang risau juga nanti dia fikir saya ni apa-apa pula. Tapi saya teruskan juga, saya yakin pada Allah makcik, saya pun message kadang-kadang sahaja, kadang-kadang tu saya taipkan cerita untuk dia, lantaklah dia baca ke tak. Peringkat pertama tu maksudnya, ‘rupa’, semua orang ada taste tersendiri. Penting sangat rupa paras ni makcik. Hihihi…”
Makcik memegang bahu ku, sambil menggosokkan lenganku atas dan kebawah.. Tersenyum dia mendengar cerita ntah hapa-hapa aku ni. Lantaklah, tanya sangat tadi. Adoi… Aku pun tak berlapik, terus je… Biarlah, dah selamat diceritakan pun. Getus hati ku. Astagfirullahal ‘azim…. Adoi, rasa macam nak sorokkan muka pun ada ni. Astagfirullahal ‘azim….
Makcik : “ Oh, jadi dia tu taste kamu lah yer? Budak ni… Tapi kamu ni positive orangnya, Bagus sangat tu.”
Aku sekadar memuncungkan mulut je.
Petang tu, macam biasa, redup. Kami masih di tangga luar Masjid. Masing-masing sudah siap berkasut, aku rasa dia sedang menunggu seseorang. Nampak dia memandang ke kiri. Mungkin Abang, takpun anaknya, atau adik lelakinya. Mulanya aku ingin meminta diri, (takkan nak biarkan dia sendirian) bisik hati ku.
Aku : “Makcik tunggu sesape ke?”
Makcik : “ Tunggu anak makcik, dia tengah solat lagi rasanya, ada kat dalam Masjid tu.” Sambil memuncungkan mulutnya, sebagai isyarat menunjuk.
Aku : “Oh, okla… Saya ada kereta, kalau makcik nak tumpang, saya boleh tolong hantarkan, saya pun tak ada urusan pun lepas ni… Kalau macamtu saya temankan makcik lah sementara tunggu anak makcik datang.”
Sekali lagi dia memegang lengan ku. Tanda setuju. (Cantik betul makcik ni.)
Aku : “Tadi makcik ada cakap, orang sekarang ni suka fikir pasal harta, apa maksud makcik ye, nak tahu pula saya di buatnya. Makcik ok ke?”
Makcik : “Alhamdulillah, ntah la nak, zaman sekarang ni kan, Ibu Bapa banyak lebihkan orang berharta untuk anak mereka, baik anak lelaki, apatah lagi untuk anak perempuan.
Aku : “ Itu sangat betul makcik! Saya sokong sesokong sokongnya!” Bersemangat pulak aku tetiba.
Makcik : “ Makcik tengok tadi, panjang doa kamu.”
Aku : (Itu je huraian? Aku juga yang di suruhnya bercerita, tak boleh jadi ni.) " Doa biasa je makcik. Abah selalu pesan, doa ni, kena sungguh-sungguh, panjang lagi bagus. Makcik pula?” Sambil sepetkan mata. Buat muka comel gittew.
Makcik menoleh kekiri, sambil mengangkatkan kepalanya.
Makcik : “ Boleh bagi no telefon kamu? In Shaa Allah. Itu pun kalau kamu sudi berkawan dengan makcik lah, tak paksa…”
Eh…Eh.. Makcik ni, direct betul dia minta, tak sampai hati pula aku nak menolak. Tanpa menghampakan, aku bagi saja no aku. Dia ambil, kemudian buat miss call.
Makcik : “ Makcik Aishah.” Makcik bagitahu namanya, belum sempat aku tanya.
Aku simpan dengan nama, ‘Makcik Aishah.Masjid’ senang nanti nak kenal. Dia pun menyimpan namaku di telefon nya. Slide phone. Tiba-tiba aku dengar telefonnya, berbunyi. Aku biarkan dia bersembang di telefon.
Aku sempat juga check whatsapp. Kurang sopan kalau bersembang dengan orang sambil main telefon. Macam takde adab. Aku ada meeting malam ni. Whatsapp ku memang rancak berbunyi, tapi aku silentkan masa nak solat, sampai sekarang masih silent.
Makcik : “ Anak makcik. Baru sudah solat katanya.”
Aku : “ O… Kalau macamtu, saya gerak dulu ye makcik.”
Makcik : “ Ok.. ok.., terima kasih temankan makcik. Hati-hati bawa kereta ye.”
Aku : “ In Shaa Allah makcik. Terima kasih” Aku bersalaman sekali lagi dengan makcik, buat kali terakhir.
Sambil berjalan ke kereta yang tidak jauh dengan aku, aku ternampak sebuah Proton Myvi putih lalu di belakang ku, sekadar memandang, “ mungkin ni kereta anak makcik tu kot”. Aku masuk kereta, start enjin, kemudian terus berlalu. Makcik sudah masuk ke kereta Myvi. Aku perasan jejaka dalam kereta itu memandang aku. Cerminnya tinted, agak gelap, jadi kurang jelas untuk aku nampak mukanya. Biarlah.
“Malam ni nak pergi IPK lagi. Adoyai..”
Dua bulan masa berlalu, tanpa sebarang berita dari makcik, dan aku sendiri juga langsung tak ingat tentang peristiwa pertemuan kami. Latihan fasa satu, sudah tamat, kini aku sedang tunggu untuk fasa dua.
Satu petang, aku singgah lagi di Masjid yang sama. “Belum masuk waktu” bisik hati ku. Aku ke tempat wudhu’, berwudhu’ dan masuk ke dalam Masjid. Tangga ke tingkat atas hanya disebelah kiri pintu masuk Masjid. Sedang aku memakai kain telekung, azan Asar berkumandang. Hmmmmm…. Aku suka di awal waktu, dapat dengar azan, bukan apa, doa diantara azan dan iqomat mudah dimakbul oleh Allah! Best kan. Ambil kesempatan betul!
Selesai kami solat sunat Asar. Kami rapatkan saf. Jemaah wanita tak ramai, hanya 5 orang. Aku paling hujung, di sebelah kiri. Selesai solat. Berdoa… Kami bangun untuk bersalaman. Sedang bersalaman, tiba di jemaah keempat aku terkejut, makcik Aishah! Dia memelukku, kemudian aku bersalaman dengan Jemaah yang akhir. Masing-masing dengan hal masing-masing. Aku tak bersembang, begitu juga dengan makcik Aishah. Aku ambil tempat… Beristigfar, meneruskan beberapa bacaan kemudian baru aku berdoa. Selesai berdoa, ku tanggalkan kain telekung, simpan semula dalam beg sandang ku.
Aku terdengar seseorang sedang berbual di telefon. Aku biarkan sahaja. Aku cantikkan diri, betulkan tudung, bedak sikit dan lips gloss. Cukup! Elok aku berpusing, aku nampak makcik Aishah sedang menunggu.
Sambil tersenyum menyambut kedatangan ku. “Jom” kata makcik Aishah.
Aku tersenyum. Kami menuruni anak tangga bersama.
Makcik : “ Kamu kemana-mana selepas ni.”
Aku : “ Tak makcik, nak terus balik je, kenapa? Makcik nak tumpang ke?”
Makcik : “Kalau boleh. Anak makcik ada hal. Tapi makcik nak tanya kamu dulu, kalau tak, makcik ambil teksi sahaja.”
Aku : “Boleh je makcik. In Shaa Allah.”
Makcik : “Kamu betul ni, tak kisah ye makcik tumpang? Tak takut ke makcik nak kidnap kamu?”
Aku : “Makcik ni, kita pun berjumpa di Masjid. Hish! Boleh je makcik. In Shaa Allah. Jom!”
Dalam kereta, aku banyak diam, giliran makcik pula bercerita, boleh tahan juga makcik bercerita. Aku layankan aja. Kadang-kadang ada juga aku buat lawak, saja menyakat makcik Aishah. Perjalanan kami lancar, hari sabtu tak banyak kereta.
Dalam setengah jam kami sudah sampai. Rumah teres dua tingkat. Kereta anak makcik sudah ada. Makcik menjemput aku masuk. Aku ikut saja. Ok juga, mana tahu dapat makan kueh, karipap ke… Bisik hati ku.
Sampai dalam rumah, mata ku kagum dengan susunan rumah makcik, tenang ku rasa, sebab rumahnya tak sarat dengan perabot. Ruang tamu satu bahagian, makcik jemput aku duduk. Sementara dia ke kebelakang. Aku ikut sahaja. Sambil meletakkan beg sandang ku, aku ambil kesempatan untuk melihat rumah makcik.
Aku duduk di meja makan, sebelah sahaja dengan ruang tamu. Sebentar kemudian, makcik datang dengan talam di tangan, ada cawan dan teko. Makcik tuangkan air kedalam cawan, ‘ada puding caramel!’,bisik hati ku. Aku memang suka puding caramel, sirap gula… pergh…. tapi ku cuba tahan nafsu. Aku sekadar buat relax. Ada mee goreng semangkuk. Mmm….mmmm…
Makcik : “ Jemput la minum, anak makcik dah siapkan. Makan la puding ni, puding ni memang dia pakar lah!”.
Aku senyum, sambil minum nescafe yang dituang makcik sebentar tadi. Masing-masing menjamu selera. Kemudian makcik sendukkan mee goreng, dan bagi padaku.
Aku : “ Mana anak makcik? Dia tak minum sekali ke?”
Makcik : “Nanti dia datang la, ada kat taman belakang rumah, bagi makan kucing dia lah tu. Kamu suka kucing?”
Aku : “O… Suka sangat makcik, kat kampong saya selalu tidur dengan kucing! Ada berapa ekor kucingnya makcik, kucing biasa ke, kucing parsi, ke kucing yang sekucing kucingnya?”. Sambil mengangkat kening. Main-main pula aku dengan makcik ni. Mungkin aku selesa dengan dia kot.
Makcik : “ 3 ekor… Dia tu pun sama juga. Kadang-kadang makan sepinggan dengan kucing, puas makcik marah, bukan apa kucing tu kan merayau keluar, entah apa yang dia makan, bukan kita tahu.”
Hmmm.. Dah macam mak pula bunyi ayat makcik ni. Bisik hatiku.
“Hah! Macamana kamu dengan budak Tahfiz yang kat facebook tu?”.
Aku : “ Ingat lagi makcik ye?” Sambil ku tarik satu nafas, lepas.. Ala-ala mengeluh. “ Takde la makcik, dia tu ramai peminat, saya yang seorang ni, apalah sangat makcik.” Sambil mengangkat kening dan muncungkan mulut.
“ Jujurnya, harapan saya hanya pada Allah, DIA Maha Tahu makcik. Jadi saya ok saaaaja.” Jawabku bersahaja.
Makcik : “ Training pulak?”
Aku : “ Alhamdulillah… Nanti saya nak masuk PULAPOL pulak, In Shaa Allah. Makcik doalah, bagi semuanya berjalan lancar..”
Seriously aku memang sangat santai berbual dengan makcik cantik ni. Dia langsung tak ada loghat chinese, dah hilang kechinesean dia.
Makcik hanya tersenyum, kami masing-masing menyambung makan, aku memang hadap ke pudding karemel tu aje, satu-satu masuk mulut. Makcik sekadar memandang sambil menghabiskan mee goreng dalam pinggan. Aku minta izin untuk tuang nescafe secawan lagi. Makcik pula sibuk nak tuangkan. Jadi ku biarkan aje. Takkan dua-dua nak pegang teko kot…
Makcik : “ Kamu masih single la sekarang ni?” Tiba-tiba makcik mengutarakan soalan. Hampir tercekik pudding karemel aku di buatnya.
Aku : “ Saya makcik, begitulah ada nya.”
Makcik : “ Makcik nak tanya kamu ni.” Sambil dia mencuit tanganku. “ Kamu suka lelaki macamana?”
Sambil memandang muka makcik, aku sempat lagi buat muka comel ku. Senyum sambil mensepetkan mata.
Aku : “ Saya jawab terus terang je lah ye makcik?”
Tanpa segan dan silu, aku utarakan soalan cepumas bertahta belian dan delima tu pada makcik yang cantik di depan ku ini.
Makcik : “ Cakap je. Makcik nak tahu juga ‘taste’ kamu.” Kali ni dia pula yang mengeyitkan mata.
Aku : “ Saya suka yang handsome la mula-mula sekali, tapi yang sesuailah dengan saya ni, ala-ala Tom Cruise ke, Bradley Cooper ke, Daniel Henney artis korea tu, lebih kurang la,”
Gile punya kenyataan! Semua nama artis aku sebut. Nasib tak masuk nama artis Rookie Blue si Nick tu. Memamng kadang-kadang aku kurang waras.
Sambil memejamkan mata, ala-ala malu tak berapa nak malu gitu. Kemudian aku sambung...
“ Yang paling penting, dia memang sedia untuk berumah tangga, boleh terima saya apa adanya. Saya ni dari family susah makcik, saya rapat dengan family, terutama sekali Abah saya tu. Suka kucing! Itu penting! Sebab saya ni, memang sangat suka kucing. Dalam beg saya selalu ada makanan kucing. Saya pantang tengok kucing makcik. Mesti berhenti pegang dulu, sembang la apa yang patut, lepastu baru saya gerak, paling penting saya memang nak yang boleh pimpin saya, atau pun yang dalam proses perubahan, nak jadi baik, jadi boleh sesama perbaiki diri. Romantik, gentllement.. Saya ni anak sulong, jadi saya harap dia boleh jadi abang untuk adik-adik saya yang pelbagai perangai, gitu makcik….”
Panjang betul hujahku, siap gulung terus! Makcik dengar dengan penuh khuyuk. Sambil bercakap tu, macam biasa, aku siap kira lagi dengan jari, itu, ini…
Makcik : “ Kamu sedia ke sekarang?”
Aku : “ Ai makcik?” Sambil kepala ku sedikit belakang, macam ada calon pula, pertanyaan berani mati tu.
Makcik : “ Kalau ada yang sudi meminang, kamu sudi tak?”
Aku : “ mmmmmm… Kalau dia melepasi syarat dan terma, In Shaa Allah makcik. Maksud saya boleh terima saya lebih dan kurang saya nanti. Macamtu la lebih kurang. Ala makcik ni, selebihnya makcik mesti faham apa yang saya cuba sampaikan, dan In Shaa Allah saya pun akan buat yang sama. Adil dan saksama.”
Makcik hanya diam, caranya tu, macam sedang mencatat sesuatu di kepalanya.
“Assalamualaikum” Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki memberi salam, dari belakang ku. Aku dan makcik menjawab serentak! Aku menoleh ke arah datangnya suara tadi. Handsome! Allah.. Allah… Hanya Allah yang tahu perasaan aku tika tu. Agak terperanjat. Sebab dia muncul tiba-tiba, jadi aku terkedu. Keduanya, pemuda itu sangat handsome.
‘Subhanallah’ Bisik hatiku.
Makcik : “ Hafiz! Mari makan sayang.” Jemput makcik, sambil menggamit dengan tangannya.
Pemuda : “ Amboi rancak umi bersembang?” Sambil menarik kerusi, dan duduk di sebelah kanan makcik. Merangkap uminya. Sekarang pemuda itu berada betul-betul di depan muka ku, kami saling berpandangan. Aku larikan mata, begitu juga dengan pemuda tersebut. Pemuda itu berkopiah putih, berbaju teluk belanga biru laut.
Makcik mengambil pinggan, dan menceduk mee goreng untuk anak. Darah kacukan, sememangnya pemuda ini handsome. Lebih kurang Daniel Hanney orangnya. (Oops! Jaga pandangan)
Makcik : “ Makan sayang. Sembang biasa saja. Kucing dah makan dah, buat apa je anak-anak kamu tu?”
Pemuda : “ Dah umi. Tadi si kelabu sibuk main dengan si putih, yang si hitam tu bergolek main sekor-sekor dengan bola dia.” Sambil senyum memandang aku. “ Umi dan cik ni dah makan?”
Makcik : “ Sudah, tunggu kamu lambat sangat.” Sambil menuangkan nescafe dalam cawan untuk anak lelakinya.
Aku : “A’ah.”
Makcik kebelakang, ke dapur barang kali, tinggal kami berdua di ruang makan.
Pemuda : “ Habis pudding karemel ni? Cik suka ya?” Sambil memandang ku. “ Umi kurang sikit makan manis.”
Aku : “ Ye, suka la sikit-sikit.” Sambil senyum dan menganggukkan kepala. “Pandai sedara buat ye?”
Pemuda : “ Boleh la, bukan pandai sangat pun. Saya suka pudding ni, itu yang berlajar buat masa saya di Darul Quran hari tu. Lama dah tak buat ni. Sedap tak?”
Aku : “ Sedap. Itu yang sepinggan saya sorang yang habiskan.” Oops, baru aku sedar, memang dari tadi, pudding tu yang aku pulun makan, memang makcik langsung tak sentuh! Sedap kot.
Pemuda : “ Alhamdulillah. Ada lagi kalau cik nak. Saya simpan dalam peti ais.”
Aku : “Eh, taka pa sedara. Saya nak beransur dulu ni. Sudah 6.30 petang ni.”
Makcik : “ Solat magrib sinilah. Makcik belum puas berbual dengan kamu, nanti si Hafiz nak ke Masjid, tinggal makcik sorang aje.” Tiba-taba makcik muncul dari belakang.
Aku : “ Tak la kot makcik. Minta maaf banyak-banyak makcik”.
Pemuda dan makcik saling berpandangan. Makcik kebelakang, tinggal aku dengan anaknya. Aku ambil pinggan dan cawan yang aku makan, dan bawa kebelakang. Tinggal si pemuda sorang diri.
Makcik : “ Letak je pinggan dan cawan dalam singki tu, nanti makcik basuh. Betul kamu nak balik ni? Solat sini saja lah, nanti boleh kamu berkenalan dengan kelabu, putih dan hitam kat belakang tu.”
Aku : “ Minta maaf la ye makcik, saya rasa saya nak balik dulu la, dah lewat sangat ni.” Sambil ku basuh pinggan dan cawan yang ku guna tadi.
Kami sama-sama ke depan, ke ruang tamu. Aku ambil beg sandang ku, galas dan meminta diri. Kami bersalaman. Makcik dan pemuda tadi hanya akur dan menemani ku sampai ke muka pintu.
Sampai di rumah, aku dengar Azan Maghrib berkumandang di surau berhadapan pangsapuri ku.
Malam itu, aku tidur lewat. Macam biasa. Habiskan bacaan ku sekejap. Kemudian baru aku tidur.
....
Jam menunjukkan pukul 11.00 tengahari, telefon bimbit ku berbunyi. Sekadar no, “sapa pula ni”
Aku : “ Assalmualaikum.”
“Waalaikummussalam.. Apa khabar cik?
Aku : “ Alhamdulillah, sihat. Ni siapa ya?”
“ Saya Hafiz, anak makcik Aishah, saya harap cik tak marah, umi bagi no telefon cik kat saya.?”
Aku : “ O.. Hafiz. boleh je, tak apa, makcik sihat ke?”
Pemuda : “ Sihat, Alhamdulillah. Boleh ke berbual sebentar, atau saya mengganggu ke?”
Aku : “Boleh je. In Shaa Allah. Saya di rumah saja. Ada apa sedara?”
Pemuda : “ Sebentar ye, umi nak bercakap dengan cik. “
Perbualan kami mengambil masa lebih dari setengah jam. Rupanya mak cik Aishah berhajat meminang aku untuk anaknya, Hafiz. Setelah berbual panjang, tanya itu dan ini, tahulah aku rupanya pemuda ini adalah seorang Tahfiz. Patutlah aku perasan dia menyebut, yang dia berlajar pudding karemel itu di Darul Quran. Aku tahu Darul Quran, sebab adikku juga berlajar disana dulu.
Setelah perbincangan, Aku setuju menerima offer. Giler tak setuju?! I must be out of my freaking mind!
Eh!
Rupanya makcik sudah berkenan dengan ku di hari pertemuan kami lagi. Cuma masa tu Hafiz baru sudah putus cinta, menurut makcik mereka sudah lama bercinta, keluarga sudah kenal tetapi hubungan terputuskan kerana Hafiz tidak mampu menunaikan permintaan pihak perempuan.
Ya. Aku teringat makcik ada mengeluh tentang harta masa mula kami bertemu dan berbual. Well, memang dia untuk ku. Rugi menolak seorang Budak Tahfiz over duit, harta dan pangkat di dunia! Dunia tak kekal beb!
Dia doa ku, Doa yang diilhamkan oleh DIA. Satu perjumpaan di atur antara keluarga Hafiz dan keluarga aku. Acara merisik dan bertunang. Keluarga bertemu keluarga, satu persetujuan telah kami capai. Pada hari itu, aku sudah menjadi tunangan ‘orang’ dan pada pertengahan bulan November bersamaan hari lahir ku, aku selamat di akad, oleh Abah ku sendiri, di Surau tempat Abah dan adik-adik ku selalu menjadi Iman. Rumah ku hanya sebelah surau.
Kami sepakat untuk mengadakan satu Majlis persandingan, bukan untuk jimat kos, tapi itu yang sebaiknya. Majlis kecil, simple je, tapi impaknya pada hati kami, cukup Subhanallah. Semuanya berlaku sangat pantas. Aku sendiri hampir tidak percaya!
Aturan Allah, sungguh indah, perkenalan yang singkat, pertemuan atas aturan Pencipta. Dan kini aku, adalah seorang isteri kepada budak Tahfiz!
Aamiin.
Sebuah Cerpen Rekaan.
Norhasnita Hassan.

Subhanallah sweet.. Mcm lbih kurang la cerita saya 😂 tp masih pending doa nya.. Moga dipermudahkn bgku. Amiin ☺
ReplyDeleteSubhanallah sweet.. Mcm lbih kurang la cerita saya 😂 tp masih pending doa nya.. Moga dipermudahkn bgku. Amiin ☺
ReplyDelete