Tuesday, 13 January 2015

Isu K-POP.

Hmmmm... Banyak sangat dah diperkatakan, yang ringan, mahupun yang berat semua di ketengahkan... Faham ke tu? In Shaa Allah. Selagi ada kesungguhan dari semua pihak. Pasti ada.
Sesungguhnya ia bergerak secara perlahan... Moga dimanfaatkan semua post yang di postkan oleh, Ustazah, ustaz.. dan mereka yang bijak pandai dalam agama.

Semuanya betul, tiada satupun salah! Ada yang diberi 'tamparan', ada yang 'perli', ada yang smash habis-habisan, dan yang cuba tarik slow-slow...dan sebagainya.

Saya bukan peminat K-POP dan tidak pula tidak minat! Ala kadar sahaja.

Kejambuan mereka, terkadang membuat diri tertanya sendiri, risau, boleh ke mereka ini menjaga diri dan menjaga pasangan. Mana tahu, kot kena 'kitnap' ke. Berlawan ke...A cewah! macam boleh dapat pulak yer? Bukan apa, saya ni dah la lasak orangnya. Melompat, memanjat tak payah disoallah. Tak berapa nak wanita pun ada juga. So, kesimpulannya, saya sedar la diri saya ini.

Budak-budak K-POP, budak ke?
Oklah, mamat-mamat korean ni, handsome! Mukanya, siyesly manis... Jangan mara ar... Memang saya tak nafikan... Saya sendiri, minat Min Ho. Daniel Henney. Tadi tak minat kan... Tak minat la sangat... Well, saya juga wanita, tak boleh tengok yang handsome, dah watak pun... Allah..Allah... Baik kemain dalam lakonan! Mana tak melting you! Comman sense la kan. Lelaki baik, handsome, kaya siapa yang tak nak. Kalau yang tak kaya pun, handsome tu, sabo je lah! Watak-watak yang dibawakan tu, keberkesanannya, sampai ke jiwa. Mungkin lah. Dah la pandai menari you 'olls. Main instrument music pulak. Alahai... Minta di goda betul! Hahahaha...

Wahai wanita, khususnya yang dapat memeluk atau dipeluk artis korea tu, cuba tengok semula, baca balik. Amati, dengan hati.. Kerana sesungguhnya, mereka benar ingin membantu. Ya. Terkadang pedas kata-kata mereka, sebab apa? Ya, sebab apa? Sebab mereka tak mahu kita ini, samada wanita mahupun lelakinya tersasar jauh! Dan wanita yang saya harap untuk faham usaha-usaha murni ini adalah diri saya sendiri, kemudian keluarga saya dan semua yang di luar sana. Aamiin.

Ada yang ajukan soalan cepumas kat saya semalam. Bukan soalan lah, lebih kepada kenyataan peribadi gittew.
"Ustaz pilih yang Ustazah sahaja, budak-budak Tahfiz, Hafiznya pilih yang Hafizah sahaja, budak sekolah agama pilih yang sekolah agama sahaja, kita yang tak pandai agama ni, belum apa-apa dah kena reject!, itu baru sekadar bagi salam, untuk berkenalan. Kadang-kadang langsung tak di layan... Yelah, kita tak pandai agama, kadang-kadang belum kenal, dorang buat andaian sendiri, kesimpulan sendiri, berdasarkan pemakaian, berdasarkan pekerjaan, berdasarkan apa yang dorang tengok di post, kadang-kadang kita add, di approved, then unfriend! Ada yang terus block pun ada! Langsung tak bagi peluang... Maka tinggallah kita ni, dengan yang se'lagha' dengan kita, kan Nita? Betul tak?"

Apa korang rasa? Betul tak? Sila PM.

A cobaan....

Izinkan saya,
Benar bagai di kata, saya dengarkan sahaja pendapat-pendapat sahabat, atau lebih tepat, rintihan mereka... Pendapat mereka. Biarlah.
Selaku orang biasa, maksudnya, yang belum sedar siapa diri, walau bertudung sekalipun, memang tak boleh lari dari kelalaian dunia, nak-nak dunia hiburan, memanglah! Sebab hati tadak break. Banyak sangat sekarang ni hiburannya, lepas satu, satu di bawa masuk! Memang khas untuk menjatuhkan Ummat!

Jadi kita yang ada sekelumit rasa untuk berubah, untuk jadi baik, sila jauhkan diri, cuba sedaya upaya untuk berubah, cari solusi sendiri, biar diluar ni huru hara, tapi hati awak, tekad awak langsung jangan berubah!
Nak salah kan orang memang senang, salahkan aje! Salah kan pihak yang bawa masuk K-POP, salahkan yang bawa masuk artis Inggeris, salahkan dunia hiburan kita, sebenarnya yang keluarkan artis lagi banyak, di Malaysia ni lah, bersepah! So tak perlu di bahas kan lagi. Enough!

Masalahnya satu je. IMAN. Iman kita sendiri.

Ustaz nak kahwin dengan Ustazah je ke, Hafiz nak kahwin dengan Hafizah je ke… Pencetus Ummah nak kahwin Pencetuh Ummah je ke, Daei dengan Daei je ke, biarkan mereka, kita sebagai manusia, kena ingat satu je, Jodoh itu RAHSIA Allah. DIA Maha Tahu yang baik untuk kita!
Siapa tahu, datang seseorang yang di iktiraf oleh Allah, sebagai Hafiz, Hafizah… ‘Hafiz Hafizah’ Allah, walaupun dimata manusia dia hanya orang biasa, siapa tahu? Yakinlah dengan Allah. Pernah baca kisah penagih tu, ada kan..? Tengah Viral sekarang ini. Pada saya apa di hati yang penting. Pengiktirafan manusia tidak kemana sebenarnya. Hati dia terpaut pada Agama, dan hanya inginkan keredhaan Allah itu yang penting, biarlah bukan Hafiz Hafizah pun, Ustaz Ustazah pun.. Daie ke… Ahli kitab ke… Siapa kita, dimata Allah itu yang penting!

Maka,
Let’s usaha. Andai benar ingin berubah, tak perlulah nak tunggu orang lain, nak tunggu Hafiz Hafizah, Ustaz Ustazah, Daie kat TV ke. Masing-masing usaha untuk diri, start dengan diri sendiri. Mereka sendiri usaha untuk menjadi seorang yang beriman. Awak pun patut buat begitu, jangan ingat nak tumpang je… Jadi memang layak, andai seorang Ustaz di jodohkan dengan Ustazah pun, itu kesimpulan saya lah. Itu hasil penjagaan diri mereka sendiri. Allah kan suka orang yang berusaha, ada hasilnya, Allah akan bagi. Percayalah!

Nak berfesyen cara apa pun boleh, K-POP, urban, Classic ke, eh?. Buatlah! Asal ikut syariat! Saya pun tengah perbaiki, tak perasan, kan... Itulah, saya pun sama, jadi jom kita perbaiki cara penutupan aurat kita! Lekali dan perempuan. Shall we?
Jaga solat. Lelaki, awak kena solat di mana azan di azankan tau, selagi dengar azan, tak kiralah kat surau or Masjid. Wanitanya, baik kat rumah sahaja. Seorang yang beriman, waktu solat nya, ditentukan oleh Allah. Jangan sengaja lambatkan ok.... Tak boleh! Kecuali tertidur.

Jadi,
Usaha sendirilah, jadikan diri anda seorang Hamba yang Terbaik di sisi Allah. Bangun malam, Tahajjud.. Minta kat Allah, sungguh-sungguh! Minta pada Allah, semangat Rasul dan Sahabat!
Banyakkan baca hadith… Banyakkan baca Al-Quran.
Nak berseronok, berseronok lah, tengok movie ke nyanyi ke, slowly la, In Shaa Allah… Kalau betul nak berubah, nak jadi baik, teruskan usaha, kalau dapat tinggal mana yang tak baik, yang dirasa mengganggu, tinggalkan, slowly boleh, drastically pun boleh. Contoh, uninstall facebook. Tumpukan pada hafalan. Ini kes saya lah, korang, masing-masing ok. Buang gambar di social media. Bidadari syurga, gambarnya memang takda di facebook pun. Kalau nak juga, just incase, untuk si dia, hihihi… Nak kenal, siapa orangnya, sekadar adil kepada dia, tinggallah satu, itupun kalau dia kisah! hahahaha. Ikut sukalah. Niat tu Allah je yang Tahu.

Kesimpulannya….
Nak seribu daya tak nak seribu dalih!

Maksudnya hapa?
Biasa orang guna ayat ni, time nak ngorat je. Hish! Bodoh betul. Sebab apa bodoh? Sebab caranya tak betul. Jangan paksa orang untuk terima awak. Choi!

Nak seribu daya, Perbaiki diri awak tu. Jaga Fardhu, perbaiki solat, cara ambil wudhu’.. Banyakkan Taubat, solat sunat yang lain, Witirnya, Dhuhanya.. Tasbihnya, Isyraqnya.. Kenali solat sunat. Gantikan Puasa yang tertinggal, sibukkan diri untuk jadi lebih baik. Usaha. Doa. Sabar. Usaha. Doa. Sabar. Usaha. Doa. Sabar. Begitulah sam[ai keakhir nafas. Sebab inilah yang Rasulullah buat. Untuk tingkatkan keImanan. Rasulullah solat malam sampai bengkak kaki tau. Awak tahu tak? So, let’s start buat!

Bangun malam, istiqomah Tahajjud tu! Then susuli dengan bacaan Al-Quran, habiskan dengan hafalan yang berbaki, pilih surah mana yang korang nak. Hafal. Bagi satu tarikh untuk diri. Buat la macamana pun asal dapat hafal! Dalam tempoh sebulan, nak hafal Al-Mulk, ini contohlah, korang je yang tahu kekuatan korang kat mana! Keep it up!
Cuba ingat surah dalam Al-Quran, berkawan dengan Al-Quran.. Cakap dengan Al-Quran, cium Al-Quran. Hadith. Hidupkan Sunnah Rasulullah. Camana…? Cari buku. Baca. Baca Hadith, dalam google pun banyak.
Awak nak jadi Taat kan, tiru cara Rasulullah, memang itulah ikutan kita pun. Jadi slowly, perbaiki solat. Ikut cara Rasulullah.. Macamana? Doa. Sekarang ni semua di hujung jari. Google pun boleh, ikut certain ustaz pun boleh. Then, awak terus je, kurangkan mana yang perlu di kurangkan… Jangan lupa, makan dan minun tu kena duduk! Just incase tak perasan la.. Bagitahu je...

Dan.
Dan cuba terima nasihat. Perlu tetap dengan pendirian sendiri. Nak jadi baik…. Nak jadi Taat… Usaha untuk Redha Allah. Bangun malam. Itu adalh satu pengobanan cinta. Cinta pada diri sendiri, tanak masuk neraka. Nak selamat diri, Abah, mak. Kakak, Abang, adik-adik… dan ummat seluruh alam. Doa, agar usaha kita adalah satu asbab hidayah tersebar di seluruh alam.
Jangan suka menyalahkan, kembali pada diri, awak tu kat mana… Perbanyak Ilmu manfaat. Azam keluar, untuk belajar ilmu. Mulakan dengan 3 hari. Itu asas, ikut usaha Dakwah Tabligh Rasulullah. Sri Petaling tu, tempat berkumpulnya Daie-Daie pilihan Allah. Bertemu dan berpisah, hanya kerana Allah.

Mungkin orang lain, tak mahu bagi awak peluang, awak yang patut mula bagi peluang pada diri. Kenali Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat. Pengasih lagi Penyanyang… Maha Bijaksana. Maha Mencipta. DIA maha Tahu hati awak, hati saya… Hati dia. Belajar Yakin. Belajar bertahan. Belajar kuat. Buatlah kerana Allah. Untuk diri lebih menghargai Cinta Ilahi. Seorang Islam belum tentu dia beriman, tapi seorang yang Beriman sudah tentu dia seorang Islam, melayu ke, Mix ke, Cina, India…bla..bla...

Siyes eh korang dapat jumpe artis K-POP tu, pergh!
Saya dapat jumpa Ustaz Adnin Roslan, baru ingat nak ngorat...
Belum sempat atur ayat, esok lusa nya, dah kahwin, Adoyai! Hahaha...
Saya dengan mengorat memang tak pernah lulus, Tak reti.
Aku direct to the point je terus.! Itu yang berdesup dorang lari.
Nak berbunga, boleh.. kat sini pun banyak. Berdepan ni. Hampeh! Malu kot.
Belajar dari Sayyidina Khadijah Rahdiallahuanha. Tapi cara tak betu jugek. 
Saya yang manusia biasa, penuh kelemahan, Hamba akur Wahai Allah. Sabar...
Best Baiki diri dululah. Usaha dan Tawakkal kat Allah. cukup.
Ok, iklan jap. Carry on..

Pengorbanan, maksudnya. Adalah pengorbanan disisi Allah. Manusia tak mungkin akan memahami. Alang-alang nak korbankan diri, korban betul-betul! Korbankan malam, korbankan tidur, korban masa, tak perlukan duit pun... Hah! DIA akan hargai, setiap airmata, setiap masa, setiap kata-kata… Pasti kan terjawab nanti, keberhasilan yang sebenar adalah di akhirat nanti, disini semuanya pinjaman! Dunia ni sementara, bukti sementara? Tadi makan sekarang dah lapar balik. Oklah saya nak pergi cari roti jap. 

Start with your very ownself.

Rabbi Yasir Wala Tu'asir.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

https://www.facebook.com/notes/norhasnita-hassan/isu-k-pop/10153687312054386

No comments:

Post a Comment