Maka mereka belajar untuk bijak dalam memiliki keindahan, dan berjaya mencipta keindahan.
Mereka ada yang menyintaimu sedalam lautan,
Maka mereka belajar menyelam dan berjaya menerokai kedalaman dasar lautan.
Mereka ada yang menyintamu setinggi langit,
Maka mereka belajar untuk terbang dan berjaya menguasai angkasara.
Mereka mampu memberi segala.
Aku?
Hanya menyintaimu secara sederhana kerana DIA
Maka aku belajar untuk Ikhlas,
Juga untuk mengakui perasaan dihati.
DIA menguasai semua hatta nadi apatah lagi nyawa.
DIA Mengetahui segala,
Setiap sedetik cinta yang terlintas dihati kita.
Yakin ku, hanya pada DIA.
Maka hanya padaNya ku serah dan ku rebah.
Aku ini fakir, semua padaku milikNya.
Apa yang ada, mungkin ketulusan cinta yang DIA beri untuk ku terus mensyukuri.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

No comments:
Post a Comment