Monday, 26 January 2015

Busy sungguh!




Busy sungguh!
Overtime hari-hari. Kerja sepenuh masa. Part time lagi. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu cemburu orang ini.

Bincang pasal pakwes aweks, ada yang balas ada yang dok buat tertunggu. Separuh dunggu dibuatnya! Pitam..!

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kawad, kursus, keje. Tak kisah bab solat lambat. Balik rumah dah lewat, Zohor ke mana, Asar ke mana. Busy sesangat, aner sempat. Perut lapar, cari makan. Tak rajin nak masak, beli je lah. Penat. Maghrib pukul 8!

Punya kerja, tapi duit, cecukup makan jek. Rasa tak tenang, macam ada yang tak kena, pakai earphone, layan lagu. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Tengok langit, tengok bintang. Al-Quran tak bersentuh, Masjid tak jejak. Hmmm...

Sambil online, terbaca satu quote;
Surah Al-Hadid 16.
"Belum sampaikah lagi masanya untuk orang beriman, untuk khuyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi peringatan (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?. Dan janganlah mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu, melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantaranya adalah orang yang fasik (derhaka)."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,
"Belum lagi la kot."

Teruskan dengar lagu, online lagi.

Tanpa sedar yang hati dah dalam kategori 'keras'. Sikit lagi nak jatuh dalam kategori 'fasik'.

Bila yang nak rasa peringatan Allah... Dah ada yang rajin tulis quote, tweet, status Agama, terjemahan Al-Quran, tapi tak juga dapat lembut...

Sebab hati takda rasa, takda fikir bab mati.

Ada yang terkadang tu...

Sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk usyar kita. Follow rapat jer. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Dengar lagu lagi, mulut pun ikut sekali. Al Quran? Ala nanti boleh baca.
Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba azan. Isya'! Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. "Sepuluh minit lagi, solatlah.!! Sepuluh minit, tengok jam, alasan lain pula. Waktu Isya' panjang.... (Haish...) Tinggal 5minit waktu nak habis, baru terhegeh lari amik wudhu', nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang tak solat sebab alasan terlewat? Guane tu? Sobar je lah.
Malaikat maut ziarah lagi.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Stalker apa yang patut. Wish goodnight kat geng-geng, member group whatsapp. WeChat kejap.

Baru nak lelap. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Hish! Siapa pulak nak kacau aku ni?!

"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang, kononnya ada orang kacau waktu tidur.

"Nak nyawa kamu! Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"

Tergamam.

Adoyai!
Macam mana ni...?
Aku belum sempat baca A-Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal, tak terfikir nak buat, apatah lagi nak ganti macam mana..?!

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh (tepuk dahi)!

Esok dah janji dengan kawan nak tengok wayang.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu minta 'tangguh'kan waktu mati. Boleh ke?

Busy sungguh!
Kita lupa, malaikat maut sentiasa perhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Instagram, Facebook. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu pasti dan bila-bila masa. Tapi.... semuanya dah terlambat...

Teringat post-post pasal mati. Teringat tweet cik tu cik ni asyik cakap pasal Allah je. Bab mati je. Tunjuk 'alim konon'. Baru sedar... Rupanya mereka sedang 'cuba' dan adalah cara mereka untuk sentiasa ingat Allah dan ingat 'mati'! Baru start nak faham. Start berterima kasih. Ustaz Tarbiah Sentap tak penat langsung ingatkan...
Patut Rasulullah pesan bahawasanya Baginda tinggalkan Al-Quran dan Sunnah, supaya tidak sesat.
Baru mula terfikir....

Jadi, mulai dari sekarang, In Shaa Allah... Rancanglah sebaik-baik kematian. Bukan tak boleh overtime, tapi overtime sekali untuk Akhirat, hari-hari buat Taubat, JAGA Fardhu. Jaga waktunya.
Masih belum terlambat.
Belajar Taat...
Tepuk dada, tanya iman.

Dah dekat zohor ni, sebelum zohor boleh buat Dhuha dulu. Mulakan sesuatu amal. Cuba Istiqomah.
In Shaa Allah...

Peringatan untuk diri sendiri. Ganbatte!

Kerana dirimu begitu beharga.


Nukilan asal di Norhasnita Hassan

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

No comments:

Post a Comment