
Mati itu Pasti...
Kita tahu kebenaran tentang mati, tapi tak masuk otak pun bila bercakap tentangnya.
Tak takut?
Tak kisah?
Tak perasan...
Jadi,
Bayangkan ini kamu.
Bagaimana?
Sediakah?
Kehidupan Dunia perlu usaha untuk bahagia. Begitu jugalah kehidupan selepas Mati, Alam Kubur.
Sediakah?
3 perkara yang kita bawa ke KUBUR.
1. Sedekah Amal Jariah.
2. Ilmu yang manfaat.
3. Doa anak-anak soleh.
Teman kita dalam Kubur adalah Al-Quran.
Maka,
Perbanyakkanlah bacaan, pilihlah untuk membacanya dengan suara perlahan mahupun dengan suara yang kuat. Kerana ia adalah peneman yang Tampan di sana nanti.
Teman yang setia disisi menemani.
Jadi,
Siang dan malam. Usahalah.
Perbaikilah bacaan, mohon pada Pencipta agar bisa kita menjadi, Hafiz Hafizah sebelum nyawa keluar daripada jasad, dan terbujur kaku...
Dalam menikmati kehidupan dunia, sentiasalah menjadikan Al-Quran sebagai teman, kerana sesungguhnya ia pemberi syafaat di Alam Kubur dan di Akhirat kelak.
Dakaplah.
Ciumlah.
Bacalah.
Hafallah.
Usahalah, bersungguh-sungguh lah.
Itu sahaja...
Diri ini yang serba lemah. Sentiasa kalah.
Allah....
Moga usaha mendapat Redha. Biar tidak sebaik mana, tapi tengah usaha la...
Jom Hafal Surah Al-Mulk! In Shaa Allah.
Musafir yang bakal mati.
Norhasnita Hassan.

No comments:
Post a Comment