Satu perkara tentang diri yang sedang aku fahami...
Apa???
Erti Putus asa.
Semangat juangku tinggi!
Walau terkadang hidup seolah-olah sudah tercatat memang begitu, biar kadang kala aku down, tapi selebihnya aku tetap aku, masih tersenyum sendiri.
Hidup ini,
aku tanam betul-betul! Kejayaan sebenar hanya di Akhirat nun.
Siapalah aku untuk merubah takdir. Tapi aku boleh merubah bait kata dalam doa. Lantaran itu doaku pohon hanya keampunan Allah bersama semangat Rasulullah dan Sahabat, minta diterap dalam hati untuk kekal Taat dapat Redha dari Illahi.
Rasulullah kekasih Allah. Sahabat dapat Redha Allah...
Aku.. Siapa Aku?
Jadi, aku tak ingin syok sendiri... Contoh sudah ada. Aku hanya perlu ikut laluan yang sama. Ya. Teruskan! Memang susah, Rasulullah dah bagitahu, dalam hadith banyak kisah para solihin dan ujian. Aku on!
Nak Jadi Solehah. Nak cantik macam Bidadari. Nak jadi Hafizah untuk Abah yang selalu doakan aku dan adik-adik!
Ya, aku nak banggakan Abah dan Mak aku.
Moga aku kuat, moga hidupku ini dapat manfaatkan, asbab hidayah seluruh alam.
Macam tak mahu berubah.
Nak ikut serta...? Jom. Tapi jangan mengalah. Jangan banyak bunyik. Kita study sama-sama.
Study apa?
Ni hah... Cara nak tempuh ujian. Istiqomah untuk tunjuk Allah kesungguhan kita nak Taat. Macam Rasulullah buat! Macam Sahabat buat, bagi sama... Nanti boleh jumpa Rasulullah dalam mimpi. Tak kan nak cakap je... Buatnya mana.. Kan...?
Jom kotakan Janji Pada Allah yang Menciptakan. Buat dan ikut macamana Rasulullah dan Sahabat buat. Bagi Allah suka kat kita. Slowly la... Bila lagi nak mula, sekarang la... Jalan terus Abah pesan semalam. Rajin baca Al-Quran.. ikut Sunnah, baca hadith. Istiqomah solat sunats, terutama sekali Tahajjud! "Doa Abah dapat Istiqomah tahu." Abah ku bersungguh-sungguh. Rasulullah bersungguh-sungguh. Sahabat bersungguh-sungguh. Siapa aku yang nak sambil lewa ni? Vongok ke hapa?
Memang tak faham.
Faham kita kerana Yang Memahami.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

No comments:
Post a Comment