Tuesday, 20 January 2015

Nak jadi baik!


Banyak perkara, yang pada kita mudah, padahal saaaaangat susah!

Nak berubah jadi baik, sedang kita ni saaangat jahil satu ketika dulu, dan sekarang masih kurang mampu perform, cuma sekadar mampu berusaha, perbaiki diri, jaga waktu solat, dan sunat-sunat untuk up grade diri.

Siyes.

Bukan mudah nak jadi baik, soleh dan solehah. Akan ada yang menghalang, bukan halangan dari luar, tapi dalam hati... Masalah negara betul!Nak pakai stoking tu( bagi wanita), beratnya Ya Allah, hanya Dia je lah yang tahu! Yang jahat akan berbisik, "tak payah la, keluar sekejap je. Senang keluar gitu je, bukan ada orang nampak pun!" Gitu lah lebih kurang. relax je menghasut.

Dan, bila dah berjaya di hasut, yang baik pulak cakap, "kata nak taat?, Apa sudah jadi?"

Jujurnya sahabat, dalam usaha anda untuk Taat, jadi baik. perlu kepada ketegasan dalam diri, slowly, buat yang mana patut, untuk tampung yang tak baik tadi.

Contoh, banyakkan sunat taubat, dan banyakkan belajar ilmu, dan mengamal ilmu yang di pelajari itu, slowly apply....Memang susah, jadi perlu 'overtime', dan cover up.

Contoh overtime, Tahajjud atau solat sunat yang lain, Tasbih ke, witir ke, dhuha ke.. Inshaa Allah.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Cover up pulak, khidmat untuk diri kita, contoh nampak sampah tepi jalan, angkat buang, makan dan minum tu, belajar untuk duduk (◠‿◡✿)..!! Yang ringan pada diri kita untuk buat, tolong orang ke, ringankan tulang untuk menolong. Jaga diri untuk tidak buang sampah keluar daripada tingkap, nanti menyusahkan orang, walaupun pada kamu itu tugas dia, tapi yang kamu nak tambah berat kat dia tu? Tak baik kan? Cuba dan terus cuba...Bantu orang, dengan cara apa pun, duit ke, kederat ke (kampung saya cakap kederat, saya tak sure sini cakap ape, mungkin tenaga, kot..)

Inshaa Allah, dah boleh sikit-sikit tu, cuba untuk istqomah.

Jujurnya Islam itu cantik, tak kasar, tak menilai orang, malah, Islam itu berhemah, sopan, bersih, cantik, maksud saya, ikut apa yang di tinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat. Orang beriman... Tak sama dengan manusia biasa.

Semua kita ada limit kesabaran kecuali mereka yang beriman.

Jujurnya, nak ikut dekat Rasulullah tu, memang tak mudah,. Jadi, cuba untuk ikut amalam sahabat baginda, contoh, Jaga Wudhu', itu amalan Saidina Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi. Slowly la, ikut semua contoh, amik yang mana mudah(mudah ke? Hihihi... Pasang niat, follow... Macam korang follow artis kat insta ke, twitter), dan istiqomah.

Tentang ilmu agama, kita belajar kan untuk update diri... Agak tak boleh nak co-op dengan orang yang mempersoalkan, tinggalkan, tak perlu gaduh, tak perlu debat... Tapi hati kamu perlu jaga, supaya tak menyakitkan yang lain. Jaga diri, jaga Iman.. Perlu tegas untuk ini, contohnya, dah masuk waktu, sedang kita diluar, atau shopping mall, terkadang ada yang simply cakap nanti lah. Maka kamu harus cari jalan untuk Solat juga. Biarkan dia. Jangan marah dia, tak guna.. Kamu tu perlu tegas. Nak jaga diri kan... Jadi, itulah ilmu, mengetahui perintah Allah, dan larangan Allah, Inshaa Allah.

Tentang manusia, kamu pun lemah, tambah yang lain! sama je kita ni...Biasa orang kasar dengan kamu, kamu tak suka kan, jadi kamu jangan berkasar.
Biar Iman dorang... dorang jaga. Iman kamu jaga... Iman kamu dulu. Ini bukan bermaksud tak tegur ke tak hape, tapi 'masa tu'. time yang korang nak pergi solat tu.  Dorang tak nak, takpe lah! Allah nak jumpa kita, Allah kot... Allah nak jumpa kita. Dorang tak nak, kita nak cakap apa? Dah kalau paksa pun tak lut juge! Sebab itu bukan caranya. Ikut cara Rasulullah. Cara itu sahaja yang bawa kejayaan. Maintain your Iman. Gear up! Steady.. Go! (Dah macam fast furious the series pulak aku ni.)

Sifat mahmudah adalah sifat berlapang dada , penyantun dan pemaaf (◠‿◡✿)..!!!

Tentang nasihat, jujurnya, kalau orang tu minta, baru bagi... Kamu sendiri pun tak mampu dengar nasihat, betul tak? Sebab tu Rasul kita seorang manusia, bukan Jin atau Malaikat, sebab senang untuk mengajar, untuk tunjuk jalan, manusia dan manusia, senang ikut! Allah dah fikirkan soal itu.
Jadi,
Slowly, yang penting usaha untuk tunjukkan rasa cinta pada Allah, jaga Fardhu... Perbaiki wudhu'.. Perbaiki solat. Mohon Allah masukkan hakikat kalimah Laailahaillallahmuhammadurrasulullah... Kalimah Iman dan kalimah amal ni. Hakikat Solat dalam diri, usaha untuk perbaiki diri, azam untuk ikut usaha Da'wah Tabligh Rasulullah, itu untuk perbaiki hati kita. Inshaa Allah ok. Jadi, mari kita azam keluar bekajar ilmu, 3 hari, Inshaa Allah.

Kebaikan ni..
Allah S.W.T. berfirman maksudnya :“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan dari bisik-bisik mereka, kecuali siapa yang menyuruh bersedekah, kebaikan, atau mendamaikan antara manusia. Dan barangsiapa yang melakukan hal itu dengan mencari redha Allah, maka Kami akan memberikannya pahala yang besar.” (Surah an-Nisa ayat 114)

Jaga hati kamu, tegaskan diri, perubahan untuk Allah kerana Allah. Bila hati kamu, firm, Inshaa Allah, walaupun keadaan tak mengirinkan sekali pun kamu akan tetap dapat jaga solat, walau dalam kenderaan yang bergerak! Dapat jaga subuh walau tidur lewat, sebab hati kamu tu, tegas nak berubah!

Cinta Allah kan... Cinta Rasulullah kan.. Buktikan! Walau tinggal anda sendiri. Hadith tu jaga, banyak kisah boleh bantu naikkan semangat diri, jati diri. Rewrite your life story!

Ku ingin hidup bahagia,
Ku ingin bebas dari dosa,
Kerna hatiku terseksa,
Ku tak ingin jauh dariMU Wahai Pemilik Cinta.

Akhir kalam Laaillahaillallah!

Nak jadi baik! Tak kira! Lantak lahhhh!

Cakap dan Buat.. Buktikan.

Aku anak Hassan!
Daie untuk Abah dan mak!
Untuk seluruh Ummat Muhammad kekasih Allah,
Maka, Aku nak usaha!
Usaha sampai berjaya!
Biar Malaikat kenal!
Sorang atau berteman, itu urusan Allah.
Nak kawan silakan, tak nak kawan jangan kacau jalan!
Bergeraklah kamu ketepi sebelum kamu ku tinggal pergi.
Bukan hadir untuk menggantikan sesiapa, tapi hadir untuk menyerikan hidup dan menikmati erti Cinta!
Cinta pada Maha Cinta.
Tak kuasa aku nak gantikan sesape!
(Ni quote saya, korang cari quote sendiri, ok)
https://www.facebook.com/notes/norhasnita-hassan/nak-jadi-baik/10153700882779386

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

No comments:

Post a Comment