Wednesday, 21 January 2015

Sampaikan Rasa...



Suasana sepi begini
Rembulan terang berseri
menghibur hati yang bermimpi
untuk terus melayari impian hati.

Bayu malam membisik kata,
Biar rawan dan gelora bercanda,
Namun tak gentar rasa dijiwa,
Biar teruja tetap membara.

Panahan rindu menusuk hati,
Tak mungkin kau sedari,
Dengarkan puisi kasih,
Agar gelora tidak merintih.

Duhai malam gulita,
Bawa rasa pada dia
Agar tenang dibuai lena(◠‿◡✿)..!.
Sejahtera kerana tulusnya rasa.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.


No comments:

Post a Comment