Tuesday, 27 January 2015

Darjat.


Assalamualaikum kepada semua kekasih Allah Subhanahuwata'ala.

Nita dapat gambar ni dari whatsapp.

Allahuakbar!

Apa yang korang nampak pada dia? 

Seorang yang bersolat, kan?

Siapa dia?

Nampak apa yang ada ditepinya? Dan isi didalam bakul yang berada ditepinya?

Dia bukan orang kaya Nita fikir.

Dalam 'keadaan' begitu dia mampu untuk solat. Menyembah Tuhan Yang Esa.
Allahuakbar!

Hati dia yang mahal (◠‿◡✿).!

Darjat yang Subhanallah tinggi.
Sangat tinggi! Tinggi sangat!

Kutip semangat sebenarnye...
Untuk dorong diri, semangatkan tengok ketaqwaan. 

Allah bagi kita semangat, untuk cekal. 
Dan cara Allah bagitahu, keadaan luar bukan segalanya. 
Hati yang ingat Allah itu yang bernilai.

Masa lalu, hanya untuk bina semangat kita. Untuk lebih dekat denganNYA.

Kejayaan sebenar bila mampu ingat Allah tiap masa dan keadaan.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
Al-'Anfãl 20

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
Al-'Anfãl 21

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Al- 'Anfãl 27.

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Al-'Anfãl 28.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.


No comments:

Post a Comment