Ada orang tanya saya:
"Kenapa, kenapa aku rasa susah sangat nak berubah? Kenapa? Kenapa?! Kenapa aku dah taubat, tapi aku ulang semula dosa? Kenapa??!"
Saya jawab:
"Ramai orang yang bila taubat, dia buat balik dosa, bila taubat, dia buat balik dosa, berulang-ulang benda yang sama. Sampai satu masa, dia rasa taubat dia tak berguna, dan rasa down dan lemah semangat untuk bertaubat.
Jangan. Jangan putus-asa wahai kawan. Saya merayu…
Kalau kau sakit, kau mesti akan berterusan makan UBAT, kerana kau nak sihat, nak hidup dengan aman bahagia, tanpa rasa putus asa. Apakah UBAT yang kau makan itu manis? Tidak! Ubat tu pahit! Tapi, kalau kau mampu menelan dan menahan kepahitan ubat tersebut, engkau akan sembuh lama-kelamaan.
Begitu juga maksiat. Maksiat itu tanda diri kita sakit. Dan ubat itu adalah TAUBAT. Dan tanda taubat di terima ialah kita tak ulangi maksiat itu.
Kita taubat, taubat, taubat, sehingga ruh kita sihat dan sembuh dari penyakit maksiat! Walau, kita terpaksa menelan “pahitnya berubah” dengan meninggalkan “manisnya maksiat”, namun akhirnya, KESEMBUHAN dan BEBAS dari maksiat itulah yang kita dambakan di dunia ini…
Sungguh..."
Originally from :https://www.facebook.com/tarbiahsentapp/posts/1615185615367693
Saya hanya Pengcopy dan Pengepaste.
Norhasnita Hassan.
Ini sebagai Tambahan..
Ini sebagai Tambahan..
“Kadang-kadang, kau takut terhadap dosa-dosa besar sehingga kau cemas akan balasannya, lalu kau menjauhinya, serta bertaubat setelah melakukannya. Tapi, pada masa yang sama, kau meremehkan dosa kecil, tak bertaubat darinya kerana di anggap kecil dan remeh. Engkau tak berusaha menghindarinya dan terbiasa melakukannya. SIKAP INILAH yang paling MEMBAHAYAKAN agama seorang mukmin…”
(Ibn Athoillah)

No comments:
Post a Comment