Tuesday, 27 January 2015

Darjat.


Assalamualaikum kepada semua kekasih Allah Subhanahuwata'ala.

Nita dapat gambar ni dari whatsapp.

Allahuakbar!

Apa yang korang nampak pada dia? 

Seorang yang bersolat, kan?

Siapa dia?

Nampak apa yang ada ditepinya? Dan isi didalam bakul yang berada ditepinya?

Dia bukan orang kaya Nita fikir.

Dalam 'keadaan' begitu dia mampu untuk solat. Menyembah Tuhan Yang Esa.
Allahuakbar!

Hati dia yang mahal (◠‿◡✿).!

Darjat yang Subhanallah tinggi.
Sangat tinggi! Tinggi sangat!

Kutip semangat sebenarnye...
Untuk dorong diri, semangatkan tengok ketaqwaan. 

Allah bagi kita semangat, untuk cekal. 
Dan cara Allah bagitahu, keadaan luar bukan segalanya. 
Hati yang ingat Allah itu yang bernilai.

Masa lalu, hanya untuk bina semangat kita. Untuk lebih dekat denganNYA.

Kejayaan sebenar bila mampu ingat Allah tiap masa dan keadaan.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
Al-'Anfãl 20

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
Al-'Anfãl 21

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Al- 'Anfãl 27.

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Al-'Anfãl 28.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.


Monday, 26 January 2015

Kita semua manusia!






Kita semua manusia!
Yup. Semua... Semuanya. Semuanya. Semuanya.... Kita semuanya! Hanya manusia.

Saya, Abah saya, mak saya, adik-adik saya, ipar-duai saya, cikgu idaman saya, penyanyi idaman saya, kengkawan saya awak, budak sebelah rumah saya awak, anak pak Imam, anak pak bilal, anak father, budak-budak sekolah rendah menengah, Ustaz, Ustazah, jejaka idaman saya idaman awak, boy/girl friend awak, saya takde boy friend! Ada idaman jek. Lagi?
Dah la kot, banyak sangat dah saya bagi contoh ni. Tak kan nak senarai satu kampung. Adeh...
Jadinya,
Kita semua manusia, takde Malaikat pun! Takde eh! Memang takde.
Selaku manusia, kita semua buat silap! Ada yang perasan silap... Alhamdulillah, cepat minta maaf dan betulkan diri. Ada yang tak perasan, cepat-cepat minta maaf juga, pendek kata rajin minta maaf. Perbaiki diri. Contoh tauladan dah ada. Role model kita Rasulullah, ikut la slowly... In Shaa Allah.
Jangan minta yang sempurna, cukup yang sederhana lebihkan kepada menerima apa adanya, dan perbaiki bersama! Cantik beb!
Masa lalu biarkan berlalu tiada sesiapa yang ingin begitu, saya pun... Andai kamu benar tertarik dengan Pencipta untuk perbaiki diri, belajar Taat, maka berlajarlah terima kenyataanNYA.
Setiap kita punya masa lalu. Usah menilai diri dan usah menilai yang lainnya. Hak mutlak menilai hanya Allah Ta'ala.
Perbaiki diri, perbaiki diri, perbaiki diri, itu adalah yang terbaik sebagai hambaNYA.
Kesimpulannya kita semua manusia. Ada buat silap tahap paling kritikal ada yang sedang-sedang saja. Ada yang ok ok saja.
Tinggi amal itu yang membezakan kita. Andai ada tidak sudi terima, ya udah lah. Tak usah dipaksa dong. Banyakkan amal, samada di terima mahupun tidak.
Allah ada berfirman:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"
Āli Imran 139.
Jangan menuntut kesempurnaan,
Terimalah apa jua kekurangan,
Hargailah setiap kelebihan,
Perbaiki dan tempuhilah bergandingan.
Sweet kot!
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Busy sungguh!




Busy sungguh!
Overtime hari-hari. Kerja sepenuh masa. Part time lagi. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu cemburu orang ini.

Bincang pasal pakwes aweks, ada yang balas ada yang dok buat tertunggu. Separuh dunggu dibuatnya! Pitam..!

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kawad, kursus, keje. Tak kisah bab solat lambat. Balik rumah dah lewat, Zohor ke mana, Asar ke mana. Busy sesangat, aner sempat. Perut lapar, cari makan. Tak rajin nak masak, beli je lah. Penat. Maghrib pukul 8!

Punya kerja, tapi duit, cecukup makan jek. Rasa tak tenang, macam ada yang tak kena, pakai earphone, layan lagu. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Tengok langit, tengok bintang. Al-Quran tak bersentuh, Masjid tak jejak. Hmmm...

Sambil online, terbaca satu quote;
Surah Al-Hadid 16.
"Belum sampaikah lagi masanya untuk orang beriman, untuk khuyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi peringatan (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?. Dan janganlah mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu, melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantaranya adalah orang yang fasik (derhaka)."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,
"Belum lagi la kot."

Teruskan dengar lagu, online lagi.

Tanpa sedar yang hati dah dalam kategori 'keras'. Sikit lagi nak jatuh dalam kategori 'fasik'.

Bila yang nak rasa peringatan Allah... Dah ada yang rajin tulis quote, tweet, status Agama, terjemahan Al-Quran, tapi tak juga dapat lembut...

Sebab hati takda rasa, takda fikir bab mati.

Ada yang terkadang tu...

Sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk usyar kita. Follow rapat jer. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Dengar lagu lagi, mulut pun ikut sekali. Al Quran? Ala nanti boleh baca.
Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba azan. Isya'! Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. "Sepuluh minit lagi, solatlah.!! Sepuluh minit, tengok jam, alasan lain pula. Waktu Isya' panjang.... (Haish...) Tinggal 5minit waktu nak habis, baru terhegeh lari amik wudhu', nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang tak solat sebab alasan terlewat? Guane tu? Sobar je lah.
Malaikat maut ziarah lagi.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Stalker apa yang patut. Wish goodnight kat geng-geng, member group whatsapp. WeChat kejap.

Baru nak lelap. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Hish! Siapa pulak nak kacau aku ni?!

"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang, kononnya ada orang kacau waktu tidur.

"Nak nyawa kamu! Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"

Tergamam.

Adoyai!
Macam mana ni...?
Aku belum sempat baca A-Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal, tak terfikir nak buat, apatah lagi nak ganti macam mana..?!

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh (tepuk dahi)!

Esok dah janji dengan kawan nak tengok wayang.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu minta 'tangguh'kan waktu mati. Boleh ke?

Busy sungguh!
Kita lupa, malaikat maut sentiasa perhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Instagram, Facebook. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu pasti dan bila-bila masa. Tapi.... semuanya dah terlambat...

Teringat post-post pasal mati. Teringat tweet cik tu cik ni asyik cakap pasal Allah je. Bab mati je. Tunjuk 'alim konon'. Baru sedar... Rupanya mereka sedang 'cuba' dan adalah cara mereka untuk sentiasa ingat Allah dan ingat 'mati'! Baru start nak faham. Start berterima kasih. Ustaz Tarbiah Sentap tak penat langsung ingatkan...
Patut Rasulullah pesan bahawasanya Baginda tinggalkan Al-Quran dan Sunnah, supaya tidak sesat.
Baru mula terfikir....

Jadi, mulai dari sekarang, In Shaa Allah... Rancanglah sebaik-baik kematian. Bukan tak boleh overtime, tapi overtime sekali untuk Akhirat, hari-hari buat Taubat, JAGA Fardhu. Jaga waktunya.
Masih belum terlambat.
Belajar Taat...
Tepuk dada, tanya iman.

Dah dekat zohor ni, sebelum zohor boleh buat Dhuha dulu. Mulakan sesuatu amal. Cuba Istiqomah.
In Shaa Allah...

Peringatan untuk diri sendiri. Ganbatte!

Kerana dirimu begitu beharga.


Nukilan asal di Norhasnita Hassan

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Saturday, 24 January 2015

Aku dan Mereka....

Mereka ada yang menyintamu seluas alam,
Maka mereka belajar untuk bijak dalam memiliki keindahan, dan berjaya mencipta keindahan.

Mereka ada yang menyintaimu sedalam lautan,
Maka mereka belajar menyelam dan berjaya menerokai kedalaman dasar lautan.

Mereka ada yang menyintamu setinggi langit,
Maka mereka belajar untuk terbang dan berjaya menguasai angkasara.

Mereka mampu memberi segala.

Aku?

Hanya menyintaimu secara sederhana kerana DIA
Maka aku belajar untuk Ikhlas,
Juga untuk mengakui perasaan dihati.

DIA menguasai semua hatta nadi apatah lagi nyawa.
DIA Mengetahui segala,
Setiap sedetik cinta yang terlintas dihati kita.

Yakin ku, hanya pada DIA.
Maka hanya padaNya ku serah dan ku rebah.
Aku ini fakir, semua padaku milikNya.
Apa yang ada, mungkin ketulusan cinta yang DIA beri untuk ku terus mensyukuri.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Sweet (✿◠‿◠)


Sweet itu....
Bila ramai yang hadir untuk memuja tapi hanya satu yang berusaha, tanpa mudah mengalah.

Sweet juga,
Bila apa sahaja tentang kita tak pernah membuatnya menyampah. Malah sentiasa berusaha untuk 'hadir' dalam kehidupan kita.

Lagi sweet,
Bila dia usaha untuk merealisasikan sesuatu keinginan walaupun tanpa 'hubungan', hanya berlandaskan usaha dan keyakinan.
Memberi 'hadiah' dari kejauhan...
Menulis puisi atau sajak hanya untuk menyakinkan kita bahawa dia tulus dengan kita dan sudi menerima...

Sweet kan,
Andai kita boleh menghargai dan memberinya peluang untuk mengenali,
kerana jodoh itu belum pasti...
Namun syukurlah bila ada yang tulus sudi mendekati.

Paling sweet,
Bila kita start merasakan kehadiran 'satu rasa' yang sama, dan cuba mencari jawapan diatas setiap kelewatan dan mula menghargai setiap usaha 'sweet'nya.
Dan cuba untuk mensweetkan diri untuknya!

Yes! Inshaa Allah.

Hanya hamba.


Kehadiranmu...




Setiap hari yang berlalu,
Semakin dekat pada tempat yang dituju.
Setiap perbuaatan dan amal kebajikan,
Ada balasan dan ganjaran dari Tuhan.

Masa yang pantas berlalu,
Bukan atas dasar cemburu.
Hanya untuk memberitahu,
Yang ia tidak ingin menunggu.

Usaha yang serta dalam tiap hajat,
Disulam niat untuk mendapat Rahmat.
Atas dasar hati untuk Taat,
Inshaa Allah akan bertemu Berkat.

Cinta yang dirindu,
Dalam ketandusan kasih dihati,
Tiada lagi untuk di manggu
Ketulusan, balasanya Cinta yang di impi.

Malam terus berlalu,
Cekal hati menanti kehadiranmu,
Biar dalam kesamaran,
Tapi ku Yakin Janji Tuhanku.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Perpisahan...

Perpisahan berlaku bila fikiran berubah!
Satu Dunia dan Satu Akhirat.
Maka, automatic'nya usaha pun akan turut serta.
Jadi berlakulah perpisahan...
Kau ke kiri, ku ke kanan.
Jadi sentiasa betulkan Niat!
'Untuk cari Redha Allah'...
Solat. Doa. Usaha. Sabar. Tawakkal.
Mohon Allah 'jaga' hati.
Ada sesiapa putus cinta tak kat sini..?
Putus sahabat ke?
Check ar niat korang ok. Niat korang je. Orang lain, itu antara dia dengan Allah. Selalu salahkan diri dan perbaiki diri. Itu lebih baik.
Tahniah saya ucapkan pada siapa yang dapat Dhuha...
Is Shaa Allah...
Jom baca Surah Al-Ikhlas sementara tunggu Solat Zohor..
The end...Peace.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Bacaan Petang - Al-Hasyr 22-24 (✿◠‿◠)

Apa khabar Iman kita hari ini?

Dah Solat Asar tadi?

Alhamdulillah....

Jom bace surah Al-Hasyr..
Auzubillahisammi'il'allimminasyaitonirrajiim.
Ayat 22-24...
Huawallahulazzilaailla..... Korang sambung tau.

Ayatnya ada kat gambar...
Baca 3x yer.

Dapat apa?

1. Dapat Rahmat Allah.
2. Allah menyeru 70k Malaikat berselawat keatas kita.
3. Seandainya kita meninggal, kita dikira mati Syahid.
4. Dimudahkan masuk Syurga pabila meninggal kelak.

Best kan?

Ok.. Dah sekarang baca dan slowly cuba ingat, nanti senang nak baca.

Waktu bacaan adalah selepas Subuh dan sekarang, selepas Asar.

Semoga dapat amal. Semoga manfaat untuk saya dan semua. In Shaa Allah.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.
(Sorry edit tak cantik, itu yang saya mampu)

Apa khabar Iman kita hari ini?
Dah Solat Asar tadi?
Alhamdulillah....
Jom bace surah Al-Hasyr..
Auzubillahisammi'il'allimminasyaitonirrajiim.
Ayat 22-24...
Huawallahulazzilaailla..... Korang sambung tau.
Ayatnya ada kat gambar...
Baca 3x yer.
Dapat apa?
1. Dapat Rahmat Allah.
2. Allah menyeru 70k Malaikat berselawat keatas kita.
3. Seandainya kita meninggal, kita dikira mati Syahid.
4. Dimudahkan masuk Syurga pabila meninggal kelak.
Best kan?
Ok.. Dah sekarang baca dan slowly cuba ingat, nanti senang nak baca.
Waktu bacaan adalah selepas Subuh dan sekarang, selepas Asar.
Semoga dapat amal. Semoga manfaat untuk saya dan semua. In Shaa Allah.

Musafir yang rindu.
(Sorry edit tak cantik, itu yang saya mampu)

Thursday, 22 January 2015

Jom Hidupkan Sunnah (◠‿◡✿).!




Jom Hidupkan Sunnah!

Assamualaikum pada semua,
Buat jiwa yang sudi membaca,
Yang baru yang lama,
Semoga kita mendapat cinta.

Angin petang menghembus lembut,
Bersama kilauan cahaya sang kilat.
Keredupan petang bersinar sekejap,
Namun ia kembali redup dan malap.

Jom Hidupkan Sunnah!
Suara sang guruh, memecah langit,
Berdentum kuat, menyata hajat.
Bersama hujan, menyegar petang yang hangat,
Bersama keredupan hati yang sedang memasang niat.

Hanya padaMu ku rendahkan wajah,
Menyantun kata memohon restu
Biar di depanMu tegar aku Rebah,
Menghidup sunnah hingga bertemu.

Jom Hidupkan Sunnah!
Barangsiapa yang menghidupkan Sunnah, maka dia telah mencintaiku,
dan siapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku didalam syurga.

Musafir yang rindu.
Norhasnita Hassan.

Jangan Putus Asa....


Satu perkara tentang diri yang sedang aku fahami...

Apa???

Erti Putus asa.
Semangat juangku tinggi!
Walau terkadang hidup seolah-olah sudah tercatat memang begitu, biar kadang kala aku down, tapi selebihnya aku tetap aku, masih tersenyum sendiri.

Hidup ini,
aku tanam betul-betul! Kejayaan sebenar hanya di Akhirat nun.
Siapalah aku untuk merubah takdir. Tapi aku boleh merubah bait kata dalam doa. Lantaran itu doaku pohon hanya keampunan Allah bersama semangat Rasulullah dan Sahabat, minta diterap dalam hati untuk kekal Taat dapat Redha dari Illahi.
Rasulullah kekasih Allah. Sahabat dapat Redha Allah...
Aku.. Siapa Aku?
Jadi, aku tak ingin syok sendiri... Contoh sudah ada. Aku hanya perlu ikut laluan yang sama. Ya. Teruskan! Memang susah, Rasulullah dah bagitahu, dalam hadith banyak kisah para solihin dan ujian. Aku on!
Nak Jadi Solehah. Nak cantik macam Bidadari. Nak jadi Hafizah untuk Abah yang selalu doakan aku dan adik-adik!
Ya, aku nak banggakan Abah dan Mak aku.
Moga aku kuat, moga hidupku ini dapat manfaatkan, asbab hidayah seluruh alam.
Macam tak mahu berubah.
Nak ikut serta...? Jom. Tapi jangan mengalah. Jangan banyak bunyik. Kita study sama-sama.
Study apa?
Ni hah... Cara nak tempuh ujian. Istiqomah untuk tunjuk Allah kesungguhan kita nak Taat. Macam Rasulullah buat! Macam Sahabat buat, bagi sama... Nanti boleh jumpa Rasulullah dalam mimpi. Tak kan nak cakap je... Buatnya mana.. Kan...?

Jom kotakan Janji Pada Allah yang Menciptakan. Buat dan ikut macamana Rasulullah dan Sahabat buat. Bagi Allah suka kat kita. Slowly la... Bila lagi nak mula, sekarang la... Jalan terus Abah pesan semalam. Rajin baca Al-Quran.. ikut Sunnah, baca hadith. Istiqomah solat sunats, terutama sekali Tahajjud! "Doa Abah dapat Istiqomah tahu." Abah ku bersungguh-sungguh. Rasulullah bersungguh-sungguh. Sahabat bersungguh-sungguh. Siapa aku yang nak sambil lewa ni? Vongok ke hapa?

Memang tak faham.
Faham kita kerana Yang Memahami.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Mati itu Pasti...





Mati itu Pasti...

Kita tahu kebenaran tentang mati, tapi tak masuk otak pun bila bercakap tentangnya.

Tak takut? 
Tak kisah?
Tak perasan...

Jadi,
Bayangkan ini kamu.

Bagaimana?

Sediakah?

Kehidupan Dunia perlu usaha untuk bahagia. Begitu jugalah kehidupan selepas Mati, Alam Kubur.

Sediakah?

3 perkara yang kita bawa ke KUBUR.
1. Sedekah Amal Jariah.
2. Ilmu yang manfaat.
3. Doa anak-anak soleh.

Teman kita dalam Kubur adalah Al-Quran.

Maka,
Perbanyakkanlah bacaan, pilihlah untuk membacanya dengan suara perlahan mahupun dengan suara yang kuat. Kerana ia adalah peneman yang Tampan di sana nanti.
Teman yang setia disisi menemani.

Jadi,
Siang dan malam. Usahalah.
Perbaikilah bacaan, mohon pada Pencipta agar bisa kita menjadi, Hafiz Hafizah sebelum nyawa keluar daripada jasad, dan terbujur kaku...

Dalam menikmati kehidupan dunia, sentiasalah menjadikan Al-Quran sebagai teman, kerana sesungguhnya ia pemberi syafaat di Alam Kubur dan di Akhirat kelak.

Dakaplah.
Ciumlah.
Bacalah.
Hafallah.
Usahalah, bersungguh-sungguh lah.

Itu sahaja...

Diri ini yang serba lemah. Sentiasa kalah.
Allah....
Moga usaha mendapat Redha. Biar tidak sebaik mana, tapi tengah usaha la...

Jom Hafal Surah Al-Mulk! In Shaa Allah.

Musafir yang bakal mati.

Norhasnita Hassan.

Sabar, Wahai hati yang di uji...


Wahai hati yang di uji,
Tabahkan hatimu untuk ganjaran Ilahi.

Perbaikilah diri,
Atas yakin yang diberi.

Terus tingkatkan jati diri,
Sesunguhnya kamu sedang di perhati.

Biar sejuta halangan,
Cekallah kamu bertahan.

Biar hanya di depanNYA kamu rebah,
Dan bangun sebagai hamba yang tabah.

Ku tahu itu bukan mudah,
Ketahuilah aku juga sedang meredah.

Biar bercahaya cinta,
Di pupuk angin di akhir waktu malamNYA.

Bangunlah usah gentar,
Kerna DIA mengajar sabar.

Tabahlah kamu dalam meniti hari,
Sesungguhnya DIA sedang menanti.

Mungkin jiwa yang di uji bukan hasilnya disini,
Maka mantapkan diri untuk yang kehidupan yang hakiki.

Siapalah diri untuk meneka apa yang di tetapkan olehNYA.

Musafir Cinta.

Hanya Saya (◠‿◡✿)..!



Dalam kekerdilan saya, saya cuba sampaikan Ilmu yang saya pelajari. setakat yang saya tahu. Faham itu sungguh mahal. Ilham penulisan semua dariNYA.

Pesanan yang saya tulis bukan sebab saya alim tapi dalam proses membaiki diri, dan sebagai dorongan kepada mereka yang berada sejalan dan sefikir dengan saya, sekadar perkongsian Ilmu, dan cara untuk memantapkan diri. Harap bermanfaat!
Itu saja yang saya mampu.

Cara saya untuk terus mengingatiNYA dalam tulisan dan kehidupan harian.
Sekadar usaha untuk mencari dan mendapat RedhaNYA. Mengajak manusia kepada mengingati Allah.

Ada puisi ada juga sajak tentang cinta, cinta kepada Pencipta dan KekasihNYA, serta tak lari dari cinta untuk manusia, ada yang memujuk, merayu dan selebihnya. Sekadar usaha menyakinkan rasa cinta kepada insan-insan yang masih meragui.

Tidak lari juga dengan luahan perasaan tentang segala keindahan malah kecantikkan.

Apa dihati pasti ternyata ditulisan malah terungkap dibibir, kan?
Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terkecuali....

Andai ada kekurangan daripada saya, itu adalah kelemahan saya. Mohon untuk nyatakan sekiranya terdapat kesilapan dalam setiap nukilan dan pesanan.

Semoga hanya yang terbaik dari saya, untuk diri, untuk anda, untuk dia kiki emoticon walau dimana jua kamu berada dan untuk semua yang sudi membaca, mengamal...

Doakan saya untuk dapat Taat.

Bukan sekadar omongan.

Sesungguhnya pasti akan ada keberhasilannya, DIA Yang Maha Tahu sesungguhnya Maha Memahami...
Usahalah selagi terdaya, betulkan niat panjatkan doa, sertai dengan tawakkal, disusuli dengan sabar, pasti kejayaan dan kebahagiaan menanti.

Setiap usaha ada nilainya.
Setiap pengorbanan ada harganya.
Yakinlah dengan Yang ESA

Hanya Saya!

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

If someone doesn't Appreciate you....

Let me break it down for you.
Losing someone who doesn't respect or appreciate you is actually a gain, not a lost. They not meant for you. Either they like you or they don't. Never try to convince somebody of your worth. If a person doesn't appreciate you, they doesn't deserve you..
Respect yourself and be nice to yourself, respect their decision. Be nice, learn to let go.
Yang 'terbaik' hanya untuk yang 'terbaik'. Dan yang nilai maksud 'terbaik' itu hanya Allah.
Who is the most excellent among the Muslims? "One from whose tongue and hands the other Muslims are secure."
-Bukhari and Muslim-
Hold on to our believe, Allah is the One who create you, HE knows Better.
It's never wrong to convince them, but it's better to convince Allah, that you, try as hard as you can to be the best. Solat. Doa. Tawakkal لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ
Setahu saya la kan, Allah itu sebaik-baik teman. Sedangkan anda memilih.... Sedangkan pasangan anda juga memilih... Maka begitu jugalah dengan Allah. Bukan soal siapa tidak baik... Bukan soal siapa tidak layak... Tapi Allah Maha Mengetahui. Itu saja. Hargai jiwa anda... Hargai hati anda... Hargai masa anda... Serahlah sebulat-bulatnya, atau sebujurnya, semelintangnya pada DIA. Doa sungguh-sungguh! Jaga diri, maksud saya solat, zikir... Sesungguhnya, ada yang lebih baik untuk kita. Ye, untuk awak, untuk saya dan untuk keluarga kita.
Allah yang mendidik Rasulullah. Maksud saya hati baginda, hati sahabat... Kejayaan Mereka diiktiraf! Tak caya? Ada dalam Al-Quran. Percayalah, bahawa sesungguhnya, Allah sedang mendidik hatimu. Kesatlah airmatamu, kalau ingin benar kamu menaruh harapan, taruhkanlah harapan itu pada Pemberi harapan.
Sandarkan semua pada Allah, semua sesemuanya kepada Allah. Anda usaha, saya usaha... Sekarang jaga diri. Jaga Akhlak, jaga 'maruah diri'. Mala dan berani itu jauh bezanya. Saya juga sudah usaha dengan dia.. Tapi saya lebih focus usaha untuk DIA.
Ok, lah...
Saya nak pergi Sungai Besi ni. Sengsorang tau. Ye, naik Komuter kat Batu3 ke Bank Negara, then kena amik LRT ke Sungai Besi, juga sorang diri!
Awak nak temankan saya? hahahahahaha.... Ganbatte sedara sedari...
Terlepas Komuter, akan ada komuter lain, yang penting dah 'beli tiket' dan saya dah 'tercongok' kat stesyen tu, betul tak? In Shaa Allah, bila Komuter sampai, saya cuma naik je... Then, Pilot akan bawa, sampai ke destinasi, saya turun. Then selamatlah saya. Pastu tunggu untuk balik pula dari Sungai Besi, ke... Ke mana tadi saya cakap? Bijak! ke Batu 3.
Ada sesuatu dalam ayat diatas. Kalau korang teror tahap Iron Man, Black Widow, or Doctor Hulk tu, korang carilah maksudnya. Okla, bye. Cakap saja tak gerak memang tak sampai mana lah kan? Hihu....
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan

Mengejar seseorang.

Assalamualaikum...

Apa khabar Hati...


Alhamdulillah...

Terbaca post seseorang di facebook. Postnya biasa sahaja, cuma menggerakkan hati ini untuk menulis apa yang dirasa, kerana ada sedikit kesamaan.

Jujurnya tiada siapa yang boleh menduga apa yang dirase, soal hati hanya Allah yang Maha Mengetahui.. 

Dalam usaha anda mengejar cinta seseorang, jangan sampai menjelekkannya, jangan sampai menghitung sifatnya, hormatilah..... Soal hati...Anda juga sedang laluinya.... Simple.
Letakkan diri kita ditempatnya.
Pada saya la, mungkin keadaan kita berbeza, tapi bersangka baiklah dengan Allah. Sentuhan hati daripada Allah itu lebih baik. Kamu sendiri sendang merasakan? Kamu suka tapi dia tak suka.. Ada yang kamu tidak suka, tapi ada sibuk memaksa.... Apa perasaan kamu? Tak sukakan? di paksa bagai! Jadi, biarkanlah insan yang kamu suka itu dulu. Ada kemungkinannya dia sedang muhasabah diri, tengah memilih barangkali... Jadi kamu pastikan diri kamu yang dipilih! Boleh...? Berlembutlah. Kamu tak akan rugipun... Allah suka sifat lembut itu, (tapi bukan auw lah! hihihihi....) Mungkin dia perlukan masa... Mungkin... Apa-apa sajalah.. Pada saya kalau dah jodoh tidak kemana. Dan.. Dan.. Allah Maha Mengetahui. Kamu berlajar yakin ok, boleh? Saya pun sama ni. Allah sahaja yang Tahu hati. Relax dulu. Belajar terima ketentuan... Slowly... Penantian itu Indah. Mana saya Tahu? Hahahaha... Focus saya lain... Saya yakin, andai kita perbaiki diri, jadi yang terbaik untuk Allah, tak dapat yang saya hajati kat sini, saya akan dapat kat sana (◠‿◡✿)..! Maksud Nita di Akhirat nanti. Pasti! Jangan berubah kerana Insan. Melainkan Insan yang kamu pilih itu adalah Rasulullah.
"Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sifat lemah lembut. DIA memberi terhadap kelemnutan apa yang tidak diberi kepada kekasaran dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan)
-Sahih Muslim No. 2593-

Masa... Masa itu bukan milik kita...

Jaga diri anda, hiasilah sebaiknya, andai dia untukmu, pastikan terpancar cahaya cinta yang selama ini anda usahakan untuk menerangi hatinya. Cahaya, sentuhan sayang dari Ilahi, tidak sama dengan sentuhan bait kata kita kepada si dia. Madah pujangga dari hati yang suci kerana Ilahi untuk meraih Cinta Ilahi, perlu ditapis oleh Ilahi itu sendiri! Yakinkan DIA!

Banyakkan berdoa untuk dia, dan minta agar diri kita sendiri redha menanti dan mengharungi perjalanan waktu hingga sampai tikanya.
Percayalah, si dia juga memikirkan... Jangan kusuti fikirannya, hadirlah sebagai ketenangan, kedamaian untuk si dia juga anda. Andai anda tidak mampu bertahan dengan keadaan, ambillah masa untuk diri, jangan sampai melukakan hati si dia apatah lagi hati anda sendiri.
Sayang sayangi diri sendiri... Senyum!
Mengalah? Siapa kata?
Tidak! Tak mungkin! Muhasabah diri lah.!
Muhasabah cinta itu mahal! Apatah lagi untuk meninggikan Iman dihati... Satu cinta yang dipohon kepada Allah, dan ilham permohonan itu sendiri daripada DIA, masakan DIA sengaja melambatkan.....Sesungguhnya DIA Mengajar Sabar! Tarbiah Allah tidak sama sedara sedari...
Ketulusan itu diberi! Penghargaan dari Ilahi kerana berusaha...
Sabar lah... Sabar lah...
Betul nak?
Jadi...
Sabar! Doa!
Jom tidur Awal!
Bangun untuk Tahajjud.
P/S: Jangan bertahajjud semata-mata untuk dia... Betulkan niat, kerana Allah Ta'ala. Boleh buat camtu?
Kenapa Tahajjud?
Kenapa kerap diulang?
Sebab ia saaangat MAHAL!
Pengorbanan untuk bangun malam dan berqiamulail, disaat yang lain nyenyak di buai mimpi, sedang anda bangun merendah diri mengharap keampunan, menagih kasih Ilahi untuk membaiki diri!
Tanda anda sedang belajar terima bahawa anda hanya seorang hamba, bersyukur dengan nikmat dan mengharap berkat. Agar denganNYA kamu selalu dekat!
Subhanallah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pemberi ganjaran. Maha Memahami. Maha Mengetahui hati.
Jagalah.
Istiqomah lah.
Selamat malam wahai sahabat ku semua.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Kalau betul dia untuk anda, saya berani potonglah.... Potong kek Kahwin korang! Ahahahahaha....
Musafir Cinta yang sedang Muhasabah Cinta.
Saya ni lemah, jadi saya perlu jauh dari cinta manusia, takut tak mampu jaga... Cukup dengan Abah, Mak dan adik-adik saya. Saya doakan anda yang sedang berusaha, dapat apa yang sedang anda usahakan!
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

The Love you have is Undescriable!

Have you ever closed your eyes and wished for someone to feel the exact feeling of yours.

Have you ever felt completely out of your mind! But still trying to figure out how to stand.

Have you ever tried to find the words, but they don't come out right.

Have you ever had someone steal your heart, but you willing to surrender so they can have it right.

Have you ever searched for words to get in their heart but you still don't know what to say.

Have you ever found the one you've prayed for all your life, 
That you'd do just about everything to look in their eyes.

Have you ever continuously look down and pray just to be able to Redha for what ever that comes your way. 
And you continuously improve to be HIS better slave.

Have you ever hold your hand firmly and believe that something is coming and you are so ready to claim that reward.

The love you have is undescribable.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.
Have you ever closed your eyes and wished for someone to feel the exact feeling of yours.
Have you ever felt completely out of your mind! But still trying to figure out how to stand.
Have you ever tried to find the words, but they don't come out right.
Have you ever had someone steal your heart, but you willing to surrender so they can have it right.
Have you ever searched for words to get in their heart but you still don't know what to say.
Have you ever found the one you've prayed for all your life,
That you'd do just about everything to look in their eyes.
Have you ever continuously look down and pray just to be able to Redha for what ever that comes your way.
And you continuously improve to be HIS better slave.
Have you ever hold your hand firmly and believe that something is coming and you are so ready to claim that reward.
The love you have is undescribable.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Hmmmm.....

Pagi ni, hujan bagi salam jer tadi...

Assalamualaikum...
Apa khabar Iman, Cik hati ok? tadi Subuh doakan saya tak?

Hmmmm.....

Banyak orang ingin tahu tentang banyak perkara,
Tanpa sedar... Mereka sebenarnya belum sedia.
Apa jadi seterusnya?
Mereka merana.
Habis cerita.
Selamat pagi semua.
Saya harap, setinggi-tinggi harapan doa saya Allah makbul, semuanya!
Bagitu juga doa anda semua...
Muhasabah cinta kita pada Maha Esa.
Mungkin kita belum dapat semua,
Terima apa yang ada,
Bersyukur dan belajar Redha,
Jom Isyrak! Tapi tunggu sampai habis waktu syuruk jap ok. Then, ada Dhuha,
Usaha dan terus usaha untuk meraih Cinta Yang Esa.
Lebih bermakna dari segala perkara.
Moga bersemi cinta,
Mengucap hanya satu Nama...
Memuji hanya DIA
Hari ini dan selamanya...
Mulakan hari anda dengan senyuman paling lawa...

Dah hujan! 
Lebat kemain!
Allahumma Shoyyiban Nafi'an...

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.
Pagi ni, hujan bagi salam jer tadi...

Assalamualaikum...
Apa khabar Iman, Cik hati ok? tadi Subuh doakan saya tak?
Hmmmm.....
Banyak orang ingin tahu tentang banyak perkara,
Tanpa sedar... Mereka sebenarnya belum sedia.
Apa jadi seterusnya?
Mereka merana.
Habis cerita.

Selamat pagi semua.
Saya harap, setinggi-tinggi harapan doa saya Allah makbul, semuanya!
Bagitu juga doa anda semua...
Muhasabah cinta kita pada Maha Esa.
Mungkin kita belum dapat semua,
Terima apa yang ada,
Bersyukur dan belajar Redha,
Jom Isyrak! Tapi tunggu sampai habis waktu syuruk jap ok. Then, ada Dhuha,
Usaha dan terus usaha untuk meraih Cinta Yang Esa.
Lebih bermakna dari segala perkara.
Moga bersemi cinta,
Mengucap hanya satu Nama...
Memuji hanya DIA
Hari ini dan selamanya...
Mulakan hari anda dengan senyuman paling lawa...
Dah hujan!
Lebat kemain!
Allahumma Shoyyiban Nafi'an...
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Surah Al-Ikhlas...

Surah Al-Ikhlas....

Siapa nak pahala Khatam Al-Quran?
Sila Baca Al-Ikhlas 3kali!

Tak perlu angkat tanganla...! Hihihi saya bukan nampak pun.

"Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 10 kali, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di  Syurga."
-HR.Ahmad-

In Shaa Allah...

Sebenarnya, surah Al-Ikhlas ni banyak kelebihannya, saya pernah terbaca, dalqm blog la... Kisah seorang lelaki kaya, yang memang sangat kaya tapi relax je... Humble, rajin sangat bersedekah, paling penting... Langsung tak berlagak! Cakap berhemah... Terutama sekali dengan ahli keluarga! Peribadi dia diluar pula, dia dikenali sebagai seorang yang sangat dihormati. 

Beliau orang Masjid! 
Ye seorang lelaki. Perlukan seorang lelaki berlama diMasjid. Ehem...

Mengikut cerita, antara rahsia kekayaannya adalah rajin baca Surah Al-Ikhlas. Langsung tak berhenti... Gitu.
Korang boleh google... Ada banyak lagi yang beliau bagitahu, cuma pembacaan surah ini yang paling beliau tekankan.

Rasulullah bersabda,
"Bacalah surah QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ  dan QUL A'UDZU BIRABBINNAAS ketika pagi dan petang sebanyak 3kali, maka dengan ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukkan."
-HR. Abu Daud dan An Nasai-

Sekian Tazkirah pagi (•_*), tetibe tazkirah pula ye... Saya tak layak pun.

Sekadar berkongsi pada yang sudi membaca. Tanda terima kasih, jadi saya kongsikan ilmu.

Semoga manfaat. Semoga kuat!

In Shaa Allah kejap lagi dah boleh buat sunat Dhuha...

Banyakkan bersabar. Husnuzon dengan Pencipta ya. Allah Maha Tahu! Pengasih Penyayang... Maha Bijaksana! Maha Kaya lagi Maha Memberi...
Mintala pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah...

Sabar dalam penantian. In Shaa Allah.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.
Surah Al-Ikhlas....
Siapa nak pahala Khatam Al-Quran?
Sila Baca Al-Ikhlas 3kali!
Tak perlu angkat tanganla...! Hihihi saya bukan nampak pun.
"Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 10 kali, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di Syurga."
-HR.Ahmad-
In Shaa Allah...
Sebenarnya, surah Al-Ikhlas ni banyak kelebihannya, saya pernah terbaca, dalqm blog la... Kisah seorang lelaki kaya, yang memang sangat kaya tapi relax je... Humble, rajin sangat bersedekah, paling penting... Langsung tak berlagak! Cakap berhemah... Terutama sekali dengan ahli keluarga! Peribadi dia diluar pula, dia dikenali sebagai seorang yang sangat dihormati.
Beliau orang Masjid!
Ye seorang lelaki. Perlukan, seorang lelaki berlama diMasjid. Ehem...
Mengikut cerita, antara rahsia kekayaannya adalah rajin baca Surah Al-Ikhlas. Langsung tak berhenti... Gitu.
Korang boleh google... Ada banyak lagi yang beliau bagitahu, cuma pembacaan surah ini yang paling beliau tekankan.
Rasulullah bersabda,
"Bacalah surah QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ dan QUL A'UDZU BIRABBINNAAS ketika pagi dan petang sebanyak 3kali, maka dengan ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukkan."
-HR. Abu Daud dan An Nasai-
Sekian Tazkirah pagi (•_*), tetibe tazkirah pula ye... Saya tak layak pun.
Sekadar berkongsi pada yang sudi membaca. Tanda terima kasih, jadi saya kongsikan ilmu.
Semoga manfaat. Semoga kuat!
In Shaa Allah kejap lagi dah boleh buat sunat Dhuha...
Banyakkan bersabar. Husnuzon dengan Pencipta ya. Allah Maha Tahu! Pengasih Penyayang... Maha Bijaksana! Maha Kaya lagi Maha Memberi...
Mintala pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah...
Sabar dalam penantian. In Shaa Allah.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

AJL.... GST...

Saya yang sangat jarang tengok tv ini, agakla.. Kalau tengokpun semua dah memalam hari, itu pun cerita Rookie Blue, CSI, NCIS.. Hawaii Five O. Biasanya saya tengok movie je... Tapi movie pun dah kurang tengok... Hmmmm.... 

Tak, saya belum masuk gua lagi, ada ni hah... Macam bagus juga kan masuk gua, jadi macam Ashabul Kahfi tu. Sebab pe eh dorang lari masuk gua?
Yes, sebab nak jaga Iman, pelihara Agama!
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.
Al-Kahfi 9.
Jujurnya,
Agak terpanggil dengan isu GST. Hmmmm betul ke cam kat tv kata pasal GST tu?
Hmmmm...
Hmmmm...
Hmmmm...
Ntahla kan...
Tapi kalau dorang tipu, dorang yang kena jawab kat Akhirat esok. Biarlah!
Dah dorang orang besar, buat la pape pun... saya ni orang kecik je... Siyes, saya memang kecik pun.. Berat pun susah nak naik, metabolisma tinggi. Sesapa yang seuntung saya, fahamlah... hihihi...
Banyak jer isu yang nak diperkatakan, baru ni isu QU Putih tu, Allahuakbar! Cukup lah sampai situ jek. Kang naya Si Handsome Iman saya. Apa hah rancangan yang dorang taja? Ntah la.. Antaranya AJL kan? Saya tak tengok pun, eh tipu..! Tengok juga, kejap je, sebab time kuar toilet tu, member dah pasang, nampak M. Nasir. Tengok kejap lah! Then agak-agak nak habis lagu M.Nasir tu, saya blah!
Saya memang suka music, suka sangat! Pantang dengar... Mesti ikut nyanyi... Tolong lah!
So, kena usaha untuk perbaiki...
Tapi bab anugerah-anugerah camtu saya memang tak minat, apa jer yang dorang tu buat? Hmmmm.....
Bukan salah orang yang tengok tapi salah Majlis tu. Kalau skip tak boleh ke? Memang wajib buat eh? Anugerah tu.
Kan negara kita dah teruk sangat ni, masih nak berseronok lagi ke?
Allah bersih satu...satu..satu... masih nak wat majlis gitu lagi?
Nik Aziz sakit tu, pergila ziarah, saya pun rasa nak pergi ziarah...
Bagi duit bebanyaktu bagi kat mangsa banjir, beli barang-barang, gantikan yang rosak, buat rumah ke... Saya rasa, lagi baik... Itu je... Nyaris nak message kat facebook TV3.
Saya minta maaf andai ada yang terasa, tapi keadaan sekarang ni, macam-macam jadi, patutnya kena banyakkan Istigfar... Solat Hajat Setahun! Dua Tahun ke, bertahun-tahun ke...
Media paling penting war-warkan majlis ni.
Islam, Buddha, Hindu... Semua kena ambil bahagian. Minta pada yang Satu. Polihkan Malaysia. Pulihkan Dunia. Minta Hidayah Allah...
"Kena banyak sembahyang ma, apa pasal ini macam ar amoi? Lu tada tengok ka sikarang apa suda jadi, itu pun nyanyi lagi ka? Mahu bagi itu apa? Anugera ar? Lu kasi sakap la sama itu worang, jangan itu macam buat, pergi Masjid kasi sembahyang la... Wa tengok itu orang janggut ala latang wa punya kedai, beli barang, muka ada sinyum... Kasi hati banyak sinang o. Duduk Masjid Sembahyang, Zikir... Doa sama Tuhan Allah. Wa mahu ikut itu orang la amoi! Itu macam ar baru Dunia aman! Itu pun tatau fikir ka Amoi"
Kata satu Uncle, saya pula yang kena! Hihihi... Jujurnya saya terkejut dengar! Saya tahu 'orang Janggut tu', Jemaah Dakwah Tabligh. Belum sempat sahut, uncle sambung....
"Ini petang saya mau pergi jumpa dia, mau belajar sembahyang! Saya mau ikut itu worang, masuk Islam! Dia sakap boleh, datang jumpa ini petang. Lu doa! Lu doa!" Sambil tunjuk tangan saya dengan tangan dia (cana ar nak cakap, tak pandai nak terangkan ...). Satu arahan uncle bagi kat saya. Adoyai! Asyik kene ikut arahan jek! Tapi arahan tu saya ikut.
Jujurnya saya macam nak saksikan keislaman dia, cuma keadaan tidak mengizinkan..Tapi saya hantarkan doa untuk dia dalam hati agar Allah mudahkan segala urusan. Berkobar dia! Saya pun terkena tempias kekobaran dia
Begitulah keadaannya saya di luar semalam, bersyukur sangat! Alhamdulillah... Berbaloi jalan jauh sorang-sorang, Allah bagi semangat!
So,
Yang pasal GST tu, pape nanti korang tolong la eh update kan saya, saya tak register pape pun...
Bye.
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.