Nah!
"Mempelam!" Jerit aku dan Suri serentak.
"Nyam...Nyam...Nyam..."
Kata kawan ku Suri.
Sedap kami menyicah mempelam dengan kuah rojak petang tu, berteman air sirap satu jug.
" Aku tengok perempuan sekarang ni, bertudung semua sebab ikut fesyen."
Tiba-tiba si Nuri bersuara.
Aku : kenape ko cakap camtu plak?
Nuri : Ye lah, takkan tak perasan kot, terbaru ni aku tengok kat facebook, tudung anaconda, inner ketat, melekat kat leher, yang kat atas kepale tu, sebakul besar! Melilit, macam anaconda lah! Pelik aku tengok!
Bab pakai tudung rambu-ramba singkat, pin besar kat dada lah, itu lagi satu!
Dah la berlapis-lapis..!
Pastu tu yang bebelit, loose-loose tu...
Hish, tak faham la aku!
Aku : ape yang ko tak faham tu?
Tanya ku ringkas.
Nuri : Yelah, cara bertudung tu! Maksud aku... nak ikut fesyen sangat... Susah la cakap ngn korang nih! Tak betul la macam tu. Ber ‘trend’ sangat! Salah!
Sambil menjeling tajam! kearah aku dan suri, Suri relax je layan mempelam dengan kuah rojak, berselang seli dengan air sirap. Sedap betul la tu, sampai tak bunyi apa.
Aku : mmm....
Angkat kening, sambil sengetkan mulut dan mengangkat bahu.
Nuri : Ape yang mmm... Nye?
Kata Nuri sedikit marah.
Di tenung nya kami berdua, aku dan Suri, buat dek je. Seolah-olah menanti jawapan aku dan Suri.
Suasana diam sekejap, Suri masih dengan mempelam di jari, menyicah, satu persatu. Yelah, 2 kilo si Nuri ni beli, habis semua di kopeknya, dihiris kecil-kecil, sejak selepas solat Asar tadi, dia masuk dapur, mengerjakan mempelam tu. Siap dengan air sirap, semua dia sediakan, untuk member umah. Sayang benar dia pada kami.
Kami memang gemar mempelam, itu yang boleh duduk semeja beradap antara satu same lain, sambil tangan bersilang-silang menyicap mempelam, hidung berair dek kepedasan kuah rojak,! 'Sempoi betul' bisik hati ku.
Suri : Pada aku la kan...
Tetiba si Suri bersuara.
Suri : Aku, yang aku ni! Biarlah dorang nak pakai macamana pun, fesyen tetap fesyen, itu aku ngaku, betul, cuma yang bagusnya dorang ni, walaupun kite nampak, maksud aku, yang ko nampak macam fesyen, menyakitkan mate, still, satu je aku respect. Jihad dorang tu, itu semua usaha untuk memperbaiki diri, yelah, biarpun pada mulenya agak kurang betul pun. Aku yakin, Allah akan betulkan jugek.
Satu je, cube tangok time masuk waktu, dorang solat ke tak?
Banyak je, aku tengok kat surau, masjid, surau kat shopping mall tu, penuh dengan orang bebelit tudung, melingkar tudung ke! Relax je dorang buka tudung, ape-ape tudung pun lah, amik wudhu', tunduk pandangan, solat. Istiqfar, angkat tangan berdoa, zikir kejap... Pakai semule tudung. Dan andai kate tak solat pun, perempuan kan, ade 'time off' nye.
Sambil mengenyit mate.
Suri : "The fact dia mampu singgah kat surau atau masjid itu pun, dah Subhanallah bagus! Bersangka baik la... Sebab dorang tak kacau orang! Biarlah dorang nak obsess dengan fesyen!
Ye, ilmu itu berperingkat, ikut dapat la, faham kan berperingkat... Pade aku la, sedar itu sendiri... Nak berubah, tersalah ikut... Itu hal lain, tapi nak buat, cekal nak berubah, azam untuk berubah tu... I respect!
Percayelah, bile kite mencari Allah, pasti DIA bantu! Janji Allah itu pasti. Kite pun tak pasti ibadah kita kan... So, relax la, banyakkan senyum, andai hati tak mampu tengok, alihkan pandangan... Istiqfar, jaga hati, itu penting. Nilai ibadah tu hanya Allah yang tahu.
Ingat, Allah tengok hati. Itu pendapat aku la. Aku pun bukan pandai sangat. Memang iyer, boleh tegur, tapi care menegur tu... Tapi menilai dorang, bukan cara yang bagus la..., cume di sebabkan cara bertudung tu, kite nak nilai dorang, aku rase macam tak adil la, sebab dorang baru nak mule, biaselah tersalah silap langkah tu, biaselah kan.... Masa zaman Rasulullah pun, Saidina Hamzah tu, garang, kalau ikutkan, Islam bukan macamtu, yang betul hanya cara Rasulullah, tapi Rasulullah tak tegur, sebab care tu yang sesuai buat masa tu. Tapi slowly… Perubahan ni perlukan masa, sebab dating dari hati.
Kita semua suke ikut, ikut ramai! patutnye, ikut contoh yang Allah sediakan... Rasulullah, Keluarga dan Sahabat Baginda. Tapi, takpe la, tersalah ikut pun, niat nya yang penting! Salah dan silap tu, itu yang membentuk diri kite, baik dorang, ko, aku dan si nita ni. "
Aku : Aik? Aku pulak..!
Sambil suri buat muka agak poyo. Kemudian mencapai gelas sirap dan meneguk air sirap yang berbaki dalam gelas di sebelah kanannya.
Terkasima sekejap si Nuri, mendengar jawapan Suri. Aku akui betul kata-kata si Suri, kita sama-sama belajar, berubah kearah yang lebih baik, cara tu... Tersalah sekejap pun, itu cuma cara pemakaian sahaja, bila niat di hati itu betul, Inshaa Allah, akan di 'betulkan' Allah juga nanti. Sebab orang yang nak berubah, Allah akan bagi satu sentuhan, sentuhan di hati, 'gigih' untuk belajar. Belum pernah ada pokok yang baru tanam, terus tumbuh! Siap berbuah terus! Belum ada lagi. Semua perlukan masa, Inshaa Allah. Teruskan memelihara solat, doa, usaha dan tawakkal. Slowly, perbaiki bacaan Al-Quran, di tambah dengan solat sunat taubat, cuba hafal surah-surah dan ayat-ayat lazim.
Allah Subhanahuwata'ala berfirman yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
Surah Al-Baqarah ayat 222
Memang susah untuk menjadi taat, sebab benda baik!
Jadi betulkan niat, setiap kali berdoa, minta Allah bantu kita untuk taat, ilhamkan cara, dan cekal hati untuk berubah, untuk dapat Redha Allah, akhir kalam Laaillahaillallah..
Inshaa Allah, usaha, doa dan tawakkal.... Pasti akan nampak kesan, luaran ambil masa, tapi bila hati dah terpaut pada Allah dan Rasul, Inshaa Allah. Slowly... Semua akan jadi betul dan sempurna di sisi Allah, tarbiyah Allah. Memang tak pernah sama dengan cara fikir kita yang hanya Hamba.
Nama dan watak hanya rekaan semata-mata. Harap dapat beri manfaat.
Penulis : Norhasnita Hassan.

No comments:
Post a Comment