Tuesday, 2 September 2014

Kehidupan dan Ujian (◠‿◠✿).

Assalamualaikum…

Air mata dan hanya air mata…. Terus menemani mewakili semua rasa yang ada tersurat dan tersirat di hati.

“Air mata hamba ini Wahai Pencipta Air Mata, ia mewakili semua rasa yang tersirat di hati, dari sudut yang paling dalam, dari perasan yang paling berat. Sukar untuk hamba gambarkan, Hanya PadaMu hamba menyerah Hat, perasaan,pilu…

bahgia,kecewa,gembira,kehilangan,kerinduan,ketakutan,kesakitan,kesedihan

dialah juga peneman setia...”

Penangan ujian kan…

La Tahzan InnAllaha Ma'ana, dalam bahasa melayunya membawa maksud Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.

Jujurnya penulisan saya tentang ujian ini panjang, kalau anda benar rajin dan ingin meringankan diri, baca lah, saya cuba yang terbaik untuk memujuk anda dan juga diri…

Terima kasih atas kesudian (◠‿◠✿).!

Baiklah,
Hakikat kehidupan itu sendiri adalah Ujian.

Semula,
Hakikat kehidupan itu sendiri adalah Ujian.

Puas fikir macamana nak memula.
Ujian ini ada banyak category Senang, susah, kaya, miskin, lapang, sempit, Cuma hanya ujian kesedihan atau kesusahan yang paling menarik minat kita! Menjadi focus utama.

Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: 

"Besarnya kesedihan seseorang itu bergantung kepada berapa besarnya keinginannya pada sesuatu." Yakni, keinginan 'tuk mendapatkan al-wahnu.
Al-Wahnu: Cinta dunia dan takut mati.

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri sendiri..Merenung jauh mereka di sana hidup penuh kesenorokan dan kegembiraan..Namun , kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar-benarnya...

Biarlah mereka, rezeki masing-masing, ingat tu.
Ujian perasaan, memerlukan perasaan untuk memahami.
Tanda Allah luahkan kasihNya pada anda.
Bersyukurlah mereka yang di uji. Emotionally.

Ujian…

Jujurly solusinya Sabar dan solat

Ye, jawapannye itu sahaja, Sabar dan Solat,

Kenapa?
Dalam solat ada al-Quran, dalam solat ada zikir, dalam solat ada taubat dan keampunan. Pakej lengkap!

Semua yang berlaku adalah ujian. Tabahlah!
Tanda Allah kasih, bukan tanda Allah benci.

Ilham dari diri memberikan jambatan yang terbaik untuk memiliki cinta dari ilahi… Kerana yang beri Ilham itu adalah Allah Ta’ala.

Dunia cuma untuk di uji, adakah kamu yang terbaik? Ye atau tidak…

Tidak?!
O... Patutlah cepat sangat ngalah.

Ye?
Teruskan usaha, doa dan tawakkal.

Ujian akan datang macam air hujan, Sabda Rasulullah pada Sahabat, bagi menunjukkan sukarnya kehidupan bagi mereka yang ingin beriman! Allah tengah pilih kan..?
Harus lah gitu.. Macam interview kat dunia ni. Itu pun siap test autocad, sketch up bagai... Tak kan nak jadi kekasih Allah tak kene ujian kot.?

Allah tahu kelemahan kita tapi...tapi Allah Maha Pengasih! Maha Pengampun! Maha Mengetahui! Lemah lembut, kite yang kasar ngn Allah... Cer doa cakap baik-baik, di uji? Biasela tu, saya pun kene, abah saye pun kene... Rasul pun kene! Takkan awak tak kene... Kan... Rajin taubat, baca Al-Quran.. Jaga Solat, banyak muhasabah diri.. Takpe terduduk pun, Allah sayang kamu, itu yang dia uji! Kamu tu je yang tak faham... Banyak ikut nafsu kot...? 

Jangan tewas dengan syaitan!
Jangan tewas dengan nafsu!
Kamu cukup beruntung kerana di uji, kenapa?

Hoi! boleh tanya lagi tu!?
Ada berapa kerap sangat manusia yang sedar bahawa dia di uji? Kamu sedar, dan berusaha perbaiki diri, Subhanallah! Kamu sangat bagus! Teruskan! Teruskan! Itulah adalah sebab Allah memilih kamu! Sebab kamu itu Hebat! Cantik mungkin.. Handsome mungkin.. Tak lah! Kamu sedar maksud Hidup. Mungkin antara doa kamu, untuk taat kan, Cuma kamu tidak cukup kuat, jadi Allah bantu kamu. Allah bagi hadiah, ‘Ujian’ untuk kamu rapat dengan Allah. Tak nak? Fikir balik, slowly Cuma fikir balik…. Yang kamu ada itu, membuatkan kamu lupa Cinta Allah, cakap je, tapi tak bersungguh! Jadi Allah tolong kamu, Jangan tengok apa yang di ambil, cuba tengok apa yang Allah beri. Tengok balik… Slowly… Berapa orang yang nak membaca Al-Quran? Berapa orang sangat nak berzikir-Istiqfar… Berapa kerap sangat yang solat? 

Positif lah dengan Allah. Bertahan. Saya ada ni hah. (Tuuu dia..usik je ok. Jangan la marah!) Inshaa Allah.

Baik,
Syeikh Muhammad al-Ghazali menukilkan dalam karya terakhirnya: 

Pada suatu hari, Nabi mendapat wahyu. Baginda terdiam seketika, kemudian Baginda gembira sangat-sangat. Baginda membaca:

Surah Al Mu’minun سُوۡرَةُ المؤمنون

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠))ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)

Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,

11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."
Surah Al Mukminin dimulakan dengan menyatakan sifat-sifat para mukminin yang merupakan golongan manusia yang beruntung.
Ia adalah janji yang benar dan pengakuan yang tegas terhadap keberuntungan yang akan dicapai oleh para mukminin. Itulah janji Allah dan Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.
Itulah keberuntungan di dunia dan akhirat untuk individu muslim dan kelompok muslimin. Itulah keberuntungan yang dirasai orang yang beriman di dalam hatinya dan mendapat bukti kebenaran dalam kenyataan hidupnya, iaitu keberuntungan yang diketahui dan tidak diketahui oleh manusia yang disimpan oleh Allah untuk para hamba-Nya yang mukmin.
Siapakah para mukminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan taufiq dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini?
Siapakah para mukmin yang ditulis untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala keredhaan Allah di akhirat? Dan lain-lain balasan yang baik di dunia dan akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?
Merekalah orang-orang yang dijelaskan sifat-sifat mereka selepas ayat pembukaan surah ini iaitu mulai ayat 2 hingga 9.
Sifat-sifat ini menggambarkan syaksiah seorang muslim pada parasnya yang paling tinggi iaitu paras Nabi Muhammad s.a.w selaku Rasulullah dan sebaik-baik makhluk Allah yang diasuh Allah dengan sebaik-baik didikan. Allah sendiri memuji di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung.”(Surah al Qalam ayat 4)
Ketika ditanya kepada Siti Aisyah r.a. tentang akhlak Rasulullah s.a.w. jawab beliau, “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)
Apakah nilai sifat-sifat tersebut dalam kehidupan individu muslim, kehidupan kelompok muslimin dan kehidupan umat manusia?

Kemudian Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang melaksanakan 10 ayat ini, ia masuk syurga." 

Kemudian Rasulullah menghadap kiblat dan berdoa:
"Ya Allah! Tambahkan kepada kami dan jangan kurangi kami, muliakan kami dan jangan hinakan kami, berilah kami dan jangan halangi kami, muliakan kami dan jangan hinakan kami. Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang redha dan redhailah kami."

Dalam permusafiran menjadi pemuda soleh dan pemudi solehah memerlukan koreksi demi koreksi diri dan hati, koreksi pemikiran dan amalan. Selagi masih bernyawa, belajarlah, perbaiki diri, pergilah ke majlis Ilmu dan bentuklah tautan hati cintakan Ilmu.

Dalam hidup ini,saban hari kita akan berdepan dengan orang-orang yang akan membenci kita atas sejarah kita, cuba mengingatkan kita akan memori hitam kita dan seboleh-bolehnya mahu kita jatuh tersembam menjunam ke dalam jurang silam.
Malah ada yang sibuk membandingkan kita dengan yang lainnya, hanya untuk membuktikan bahawa mereka itu betul.
Mungkin ada yang tak bagi anda meminang anaknya, sebab anda kekurangan! Lantak lah beb. Allah akan bagi pasangan yang lebih baik untuk anda, yakin lah. Ada. Buka mata tu.
Saya sendiri di reject, tak sepadan katanya. So? Ada sebab… Allah je yang tahu. Pada kita dia bagus, ada agama, anak orang kaya mungkin, anak orang beriman mungkin, sedara, sedari orang beriman tak menilai orang, mereka Yakin denngan ketentuan Allah, kemungkinan kita tak Nampak keadaan sebenar sebab Iman pun setaraf dengan mereka je. Perasan dah pandai menilai padahal! Hampeh! Lantaran itu Allah masuk campur, pisahkan….

Mereka ini harus diberi anugerah cemerlang.Perlu diberi penghormatan 'standing ovation' dengan tepukan gemuruh atas kejayaan gemilang.Mereka ini rasa mereka adalah dari golongan terbilang. Biarkan. Abaikan. Berikan senyuman,jauhkan diri daripada mereka dan rapatkan diri dengan Tuhan.Usaha bermati-matian dan 'bisu'kan mereka dengan kejayaan. Jangan dimanipulasi oleh manusia-manusia yang rasa kita dicipta untuk tidak melakukan kesilapan. Bangun dan 'diam'kan mereka dengan kebaikan.
La Tahzan InnAllaha Ma'ana ataupun dalam bahasa melayunya membawa maksud Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah.Kita tengoklah dunia ini apabila manusia dia hilang suatu benda daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.
“Ya Allah, kenapa aku? Kenapa ujian lagi? Pilu hati ku ini Ya Allah. Sedih bukan kepalang, sesungguhnya Engkau Maha Ya Allah, tidakkah Engkau tahu getar hati ku ini, tidak Engkau tahu sedihnya hati ku ini? Tidakkah Ya Allah…”
Macam-macam bunyi… Usia kita terus meningkat, apa yang kita buat untuk tingkat kan Iman, dan Amal? Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurnian kehidupan ini. Bersyukur tak, sedar taka pa yang Allah bagi dah cukup banyak, tambah lagi ujian untuk sedarkan kita, untuk hapuskan dosa! Berkat doa Mak dan Abah anda sebenarnya… Mohon pada Allah, untuk memastikan anda menjadi pemuda dan pemudi yang Taat. Makanya bersyukurlah.
Jujurnya, pengalaman seharusnya mematangkan kita.Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Mareka yang hidup dan bertawakal,dia akan mengetahui keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada YA RABB."Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah". Janganlah lupa yang kita masih punya kehidupan di akhirat.

Bersyukurlah wahai hati-hati yang di uji.Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
Atas sebab di atas hati kita bertaut, sehingga anda membaca blog ini. MasyaAllah. Hebat kan Allah (◠‿◡✿).? Salam perkenalan ye...hihi...

Pesanan Nabi buat Umatnya.Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia ketika dia salah seorang daripada dua,dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar.Ketika mereka berada di dalam gua(sewakktu peristiwa hijrah).Ketika dia berkata kepada sahabatnya "JANGAN BERSEDIH,SESUNGGUNHNYA ALLAH BERSAMA KITA!"

Dahlah bersedih. Jom buka lembaran baru. 


Semoga bermanfaat.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Nak share amik la... Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment