“Allahuakbar! Allahuakbar!”
Terdengar Azan Zohor di masjid
berdekatan.
Perlahan sahaja pemanduan ku tengahari
tu, mata memandang, sambil kepala menoleh kiri dan kanan, sesekali mata melirik
side mirror, “takde kereta”, bisik ku sendiri. Aku mengikut bunyi Azan yang
kedengaran,
Aku : “Dekat betul Azan ni… Tapi kat
mana ni, Ya Allah…”
Sambil mencari, tiba-tiba ternampak
beberapa jejaka berkopiah melintas jalan. Aku cuba mengikut, tengahari tu jalan
tak sesak, jadi boleh la aku bertehegeh di tengah jalan.
Aku :” Hah! Tu dia, Alhamdulillah..”
“Allahuakbar! Allahuakbar!
Ash-hadu allā ilāha illallāh,
Ash-hadu allā ilāha illallāh”
Aku bagi signal ke kanan, memusing
stereng di tangan ke kanan, slowly aku masuk perkarangan Masjid Ismiah, Taman
Lindungan.
“Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh, Ash-hadu anna
Muhammadan rasūlullāh
Hayya 'alas-salāh, Hayya 'alas-salāh,
Hayya 'alal-falāh, Hayya 'alal-falāh
Allāhuakbar, Lā ilāha illallāh…”
Sebelum sempat selesai Azan, aku dah cantik parking Atoz
Biru ku, betul-betul berdepan petak parking untuk Imam. “Amik berkat”, kata ku
sambil tersenyum sendirian.
Langkah ku atur sebaik mungkin, sampai di tangga masjid,
kasut ku buka, letak di rak yang di
sediakan.
“Allahumma Aftahli Abwabarokmatik” (doa masuk masjid).
Melangkah dengan kaki kanan, aku masuk ke dalam masjid,
berbekalkan wudhu’ dan kain sembahyang,
aku terus ke ruang solat muslimah. Mata ku melirik juga. Hanya aku sorang di ruang solat muslimah.
Aku ambil tempat, kelihatanan beberapa jemaah lelaki menunaikan solat sunat,
aku cuba cepat, ambil kesempatan untuk menunaikan sunat Zohor.
“Adik, kena letak rehal, tindih sikit kain langsir ni,
nanti dia terbang!”
Tiba-tiba, seorang makcik muncul di sebelah ku. Sambil
memegang rehal dan meletakkan di atas kain langsir maroon, di hadapan kami.
Aku : “ o…ok, makcik.”
Jawab ku ringkas. Kemudian, makcik tadi ke belakang, mengambil
wudhu’. Dan aku cuba untuk sunat Zohor dulu.
Usai aku sunat Zohor, kelihatan makcik tadi disebelah aku,
ada kerusi di letakkan di belakangnya, Kami hanya saling membalas senyuman,
kemudian, dengar suara Bilal qamat. Usai Qamat, kami baca doa. Aku merapati
makcik disebelah ku. Kami sama-sama berjemaah, mengikut Imam.
Berbekalkan microphone, suara Imam jelas kami dengar, satu
persatu surah di baca.
“Assalamualaikum warohmatullah… Assalamualaikum
warohmatullah…“ Suara Imam memberi salam.
Alhamdulillah, selesai solat Zohor.
Kami berdua masih setia menunggu, untuk bacaan doa daripada
Imam. Ada beberapa Jemaah lelaki, yang mula bangun meninggalkan ruang solat.
Mereka berdoa sendiri. Alhamdulillah.
Sedang kami berdua di ruang solat muslimah, berzikir
mengikut rentak Imam…kyusyuk aku dan makcik mengikut bacaan zikir si Imam.
Kemudian Imam mula berdoa, aku hanya menundukkan muka, menadah tangan,
mengaminlan doa Imam.
“Amin.” Kata Imam, kami pun mengaminkan. Alhamdulillah.
Selesai doa. Aku bangun, makcik sudah menghulurkan tangan,
dia di kiri ku. Maka aku menyambut salamnya, Kami berpelukan. Sempat ku
lemparkan senyuman. Kami masing-masing menunaikan sunat sendirian.
Usai aku solat sunat, berdoa la, apa lagi.. Hidup ku memang
hanya di uji dengan kesusahan, kemiskinan, dan kesulitan, kerumitan, setakat
ni, ujian kesenangan belum pernah lagi. Maka doa ku, maklum sajalah, memohon
rezeki, memang suatu yang wajib dalam doa, dan di ikuti dengan yang selebihnya.
Aamiin.. Inshaa Allah.
Sedang aku melipat kain sembahyang, “Adik ni dari mana?”
tiba-tiba makcik tadi menyapa ku lagi. Dia sudah selesai melipat kain
sembahyangnya.
Aku : “Shah Alam makcik, Seksyen 13.” Jawab ku sambil
senyum memandangnya.
Makcik : “ Name siape. Orang mane?”
Aku : “ Nita, makcik. Saya asal Perak.”
Makcik : “Datang sini buat ape?”
Aku : “ Saya nak pergi klinik, nak buat medical check up,
baru ni dapat Polis, ambil surat offer kat IPK, Ibu Pejabat minta buat check up
kat Klinik Kesihatan Taman Medan.”
Jelas aku, agak panjang. Sambil memasukkan kain sembahyang
yang siap ku lipat ke dalam begnya.
Makcik : “ Polis?, Alhamdulillah. Bagus la dik, muda-muda lagi
dapat kerja kerajaan. Nanti, kerja elok-elok ok. Polis ye? Jadinya ni, baru nak
pergi training la kirenye ye? Bila tarikh training nye, kat mane?”
Aku : “Alhamdulillah, terima kasih makcik.Training bulan 10
ni, kat Maktab Polis Kuala Kubu Bharu.”
Makcik : “ Kecik makcik tengok adik ni, memang minat Polis
ye?
Sambil tangannya memegang bahu kiri dan kanan. Aku memang
selalu sangat dapat ayat ‘kecik’ tu, jadi tak hairan sangat la. Aku senyum je.
Sambil membalas pautan tangannya.
Aku : “Ye makcik! Kali ke 6, baru lepas! Asyik kene reject, sebab berat tak cukup je.”.
Sambil tergelak. Makcik pun tergelak mendengar penjelasan
ku. Tangannya menyapu-nyapu belakang ku.
Makcik : “Bagus! Inshaa Allah. Semangat kamu ni. Teruskan
ok.”
Aku : “ Terima kasih makcik. Makcik plak? tinggal kat mane,
nak saya hantarkan?”
Makcik : “Takpe-takpe, makcik tinggal depan ni je, tadi
dari klinik 1 Malaysia belakang ni, dah masuk waktu, makcik terus datang
masjid, nanti sampai rumah senang kan. Lagipun tak baik, kita lewatkan waktu
solat, orang beriman waktunya di tetapkan oleh Allah.”
Sambil mengeyitkan matanya.
“Benar”. Kata ku, sambil mengangggukkan kepala.
Aku : “Nita balik dulu ye makcik, Inshaa Allah jumpe lagi
nanti.”
Makcik : “Ok... Drive elok-elok, ye.”
Aku : “ Inshaa Allah makcik!” sambil menganggukkan kepala.
“Nita gerak dulu ye makcik.?”
Makcik : “Ok.. makcik doakan kamu nak. Nita kan?. makcik
doakan kamu.” sambil memang lengan ku, kiri dan kanan.
Aku memandang muka makcik yang baru ku kenal, terharu,
betul aku terharu! Lantas ku hulur tangan, kami bersalaman, aku mencium
tangannya. (Tahan airmata)
Aku : “ Terima Kasih makcik, terima kasih.. Nita balik dulu
ye. Assalamualaikum”.
Makcik : “Ye. Wa’alaikummussalam”.
Aku melangkah meninggalkan makcik, sambil menoleh kebelakang, melambaikan tangan. Makcik
membalas. Kemudian, dia mengambil dan menyimpan semula rehal yang tadi, kami
gunakan untuk menindih langsir. Aku meneruskan perjalan ke tempat simpanan
kasut ku sebentar tadi, air jernih mengalir di mata, ku biarkan sahaja. Siapa
sangka ada seorang yang sudi mendoakan. Tulus benar kata-katanya. “makcik doakan
kamu nak. Nita kan?. Makcik doakan kamu.” Jelas kedengaran kata-katanya.
Siap memakai kasut, aku terus ke Atoz Biru ku, segak betul!
Hidupkan enjin… Bersama deraian airmata, aku bertafakur sebentar.
Sendirian dalam kereta yang tidak ber air-cond, aku
menangis. Ya, aku memang mudah tersentuh bila ada yang sudi mendoakan aku
begitu. Dan aku benar-benar perlukan doa, sangat memerlukan doa, untuk
ketabahan hati yang di uji. “Hamba nak Taat, Ya Allah!” Aku tamatkan airmata ku,
memandang ke langit! (Bersemangat) .
Betulkan tempat duduk ku, ku terus memandu keluar daripada
perkarangan Masjid. Aamiin. Alhamdulillah.
Allahumma Inni Ash Alukaminfadhlik (Doa keluar masjid)
Dalam kepanasan tengahari tu, aku
teruskan perjalanan ke Taman Medan. Bersama satu semangat baru. Terima Kasih
Allah!
Kisah Benar.
Penulis : Norhasnita Hassan


No comments:
Post a Comment