Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad Wa'ala Ali Muhammad (◠‿◠✿).
Ingin saya kongsikan sebuah kisah, bukti kecantikkan akhlak Rasul
kita, Muhammad.
Di suatu suatu hari, "Aku
benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya
lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan
sampai ke telinga ku ini", keluh seorang wanita tua sambil membawa
beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari
negeri itu.
Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu
memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia 'buruk perangai'. Di mana sahaja
orang bercakap tentang diri si 'buruk perangai' itu. Itu membuatkan
dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah
kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya.
Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut,
larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar
tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke
gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci
membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut. Takut termakan hasutan
si 'buruk perangai' itu lantas dia bulat buat keputusan untuk
tinggalkan negeri itu.
Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak
hati seorang pemuda tampan untuk menghulurkan bantuan.
Tanya pemuda tersebut :
"wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya
makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh tolong bawakan untuk
makcik".
Wanita tua itupun berkata:
"makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w),
dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si
Muhammad (s.a.w). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".
"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung guni,
sehingga makcik sampai ke tempat tujuan".
Pemuda itu menawarkan bantuan.
Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai
berita "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad,
tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka.
Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan
mendengar dengan penuh tekun.
Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah
menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku
ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku
melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan
pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad
(s.a.w)".
"Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini
?" tanya pemuda tersebut.
"Tidak, belum pernah bertemu dengannya" jawab wanita tua
tersebut.
Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah
memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu dah menolongku tanpa
diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun
mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua
menyalah kan dirinya.
Kemudian si wanita itu bertanya dengan suara yang lembut:
"Wahai pemuda yang baik hati siapakah nama mu?"
Pemuda itu tersenyum, dengan senyuman itu beliau menjawab
"Nama ku Muhammad, Muhammad Bin Abdullah..
Terduduk wanita tua itu, dan Wanita tua itu terasa langit terbelah
dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku
padanya.
"Apakah benar kamu Muhammad ? tidak mungkin kamu
Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku
mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok
mengenainya.
Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh
berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang
perjalanan, bagaimana orang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu
sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?
Kalau benar kamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda
yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah.
Pada masa itu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada
Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..
"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang
baik"
"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka
tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan
rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.
:: orang yang kikir(bakhil, kudukut) adalah orang yang nama
Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad
(s.a.w).
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu
jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke
syurga."
(Sahih Muslim).
Semoga dapat manfaat untuk diri dan semua yang sudi membaca.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment