Tuesday, 16 February 2016

Hijrah (◠‿◡✿).!




Berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Dalam erti kata lain berusaha menjadi Hamba yang Taat.

Bermula dengan niat yang tepat, betul.
Disusul dengan usaha yang dan tekat agar hasil dapat di'rasa'.
Sulami dengan Doa yang berterusan.
Bersungguh dalam Taubat, mohon keampunan.
Berubah jangan tunggu nak kahwin bagi yang bujang, tukar mind set.
Allah sebaik-baik Teman..
Jodoh belum tentu, Mati itu pasti! Ingat tu.

Next step.
Ilmu.
Belajar Ilmu untuk perbaiki diri itu penting. Cara solat. Menutup aurat dengan baik. Cara penutupan yang mendapat Redha Allah. Amal yang diRedhai Allah.
Orang tak pandai baca Al-Quran cana nak berubah? Solat pun tak pandai! Takpe... Kamu dah cukup bagus, kerana ada ingin untuk berubah. Teruskan. Inshaa Allah...
Ada facebook kan cer like ustaz/ustazah, pages Hadith, Al-Quran. Rajin hadiri majlis Ilmu. Inshaa Allah. Allah ada Maha Memelihara Maha Memimpin...
Pada yang lain, teruskan dengan kebaikan. Teruskan dengan pembacaan buku-buku agama, ada banyakkan... Teruskan.
Saya suka membaca, sekarang ni antara blog favorite Tarbiah Sentap, saya saya tak bagi link. Takut naik notification kat dorang. Boleh like kat facebook dorang.
Boleh stalk saya, saya izinkan untuk tujuan kebaikan. Ngorat langsung tak dilayan! Nak tengok ape yang saya like. Saye share... Ye.. Silekan.

Ikutan kita satu je, Rasulullah.
Amalkan sunnah wahai bakal soleh dan solehah kiki emoticon

Berkorban.
Dalam penghijrahan untuk menjadi yang terbaik perlu disiplin dalam diri, perlu tegas dalam hati, maksud firm up dengan yakin pada Ilahi. Almaklum, luaran banyak kelonggaran, penolakan, penilaian, banyak hakim bertauliah, jadi hati perlu cekal!
Ikut majlis Ilmu. Baca Hadith. Baca Al-Quran (tafsir) agar tahu apa yang Allah bagitahu. Faham. Minta kefahaman daripada Allah. Minta Petunjuk daripada Allah.
Korban waktu tidur malam... Penting ni. Amalkan ilmu yang di pelajari. Tak perlu nilai yang lain. Fokus pada diri. Nak cari Redha Allah. Banyakkan khidmat, maksud tolong menolong, ringan tulang still, jaga Amal jaga Fardhu. Jangan sampai hadiri majlis lalai.
Korban masa. Korban harta, duit ringgit... Cuba bantu yang lain. Pergi mekah 100 kali pun tak salah, cuma lebih baik lebih pahala andai kamu support orang lain yang tidak mampu,(itulah gunanya ilmu, mengetahui perintah Allah dan cara untuk dapat lebih pahala kiki emoticon )

Perubahan.
Paling penting ni. Perubahan hanya di nilai Allah, teruskan. Perlu ada peningkatan, kalau dulu tak solat, sekarang dah solat, dah tahu sikit tentang solat sunat, dah cuba ingat surah dalam Al-Quran. Ilmu yang manfaat adalah ilmu yang di amal.
Kurang baran, turun ego.. lebih berhemah (ini ada dalam kelebihan Tahajjud, Istiqomah Tahajjud Inshaa Allah.) Niat dalam setiap amal untuk dapat Redha Allah, untuk ada peningkatan Iman.
Semoga ujian dapat di tempoh dengan cara yang diRedha Allah.
Inshaa Allah... Inshaa Allah...
Saya doa diri dan semua.

Panduan kita Al-Quran dan hadith kan. Rajinkan membaca, dan pupuk semangat membaca, nak Redha Allah kan... Nak berubah jadi baik? Go ahead.

Andai ada ganggu, menghitung nilai bagai, jauhkan diri ok, tak pun tarik je anak panah dan panah dari jarak dekat... eh?

Kita tak baikkan? pendosa besar, pendosa tegarkan.. tapi..tapi nak berubah. Tunggu apa lagi? Lepaskan hand break... Jalanlah! Biar yang lain tu, firm up! Keep it up.

Gambar ni cuma lambang, bahawa sesungguhnya anda bersedia untuk menjadi Hamba Yang Taat. dan tiada siapa boleh halang.
Itu je.
That just me.
ok, sampai sini aje...
Ilmu saya tak tinggi. Let's do it together.
Nak tolong bantu boleh, nak condem bagai sila terjun banggunan!

Jangan sampai kene panah!

Musafir Cinta
Norhasnita Hassan.

1 comment: