Tuesday, 16 February 2016

Kita Hanya Hamba

Sebagai hamba kita memerlukan Allah.
Kejayaan sebenar adalah mentaati perintahNYA cara kekasihNYA Baginda Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam.
Belajar sunnah dan Hidupkannya dalam kehidupan harian, mengikut atau arah lawan jam.
Amal itu keperluan,
Ikhtiar itu perbuatan,
Sujud itu ketaatan,
Doa itu kemestian,
Dan...
Rezeki itu kejutan.
Ilmu perlu diamalkan,
Amal perlu pada keikhlasan,
Keikhlasan itu tanda keimanan.
Sayyidina Sauban Radhiallahuanhu berkata saya telah mendengar Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda, " Berita gembira untuk orang orang-orang yang Ikhlas. Mereka adalah pelita dalam kegelapan dan dengan sebab merekalah fitnah yang besar akan terhapus".
-Hadith Riwayat Baihaqi-
(Muntakhab Ahadis)
Sayyidina Sa'ad Radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda, "Bantuan Allah Subhanahuwata'ala untuk ummat ini (tidak berdasarkan kebolehan dan kemampuan sebaliknya) kerana DOA, solat dan keIkhlasan orang-orang yang lemah daripada kalangan mereka".
-Hadith Riwayat Nasa'i-
(Muntakhab Ahadis)

Originally Norhasnita Hassan
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

No comments:

Post a Comment