Tuesday, 16 February 2016

Sedia?

Kesediaan kita terhadap cinta bukan jatuh letaknya pada penilaian kita, tapi pada Allah. DIA Pencipta, usahlah mendahului...
Kamu sedia?
Aku Sudah.
Pasti ke..?

Jujurnya kesediaan itu hanya DIA yang Tahu, boleh usaha... Langsung tak salah ye, cuma yakin tu....

Tulis puisi sajak pantun macam saya pun, kalau belum 'masa' nya tak juga.
Bercintala bagai nak rak pun...
Jujurnya Allah uji hati. Dan ujian tu penghapus dosa, lantaran kekhilafan kita.
Bersyukur la.

Ye saya bersalah, berdosa.
Taubat lagi baik, cakap banyak pun tak guna. Gittew.

Allah sedia tunggu... kita ni bila lagi, sedia-sediakan lah diri mu.

Semoga anda berseri,
Ceria sepanjang hari.

Hanya hamba.


Hijrah (◠‿◡✿).!




Berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Dalam erti kata lain berusaha menjadi Hamba yang Taat.

Bermula dengan niat yang tepat, betul.
Disusul dengan usaha yang dan tekat agar hasil dapat di'rasa'.
Sulami dengan Doa yang berterusan.
Bersungguh dalam Taubat, mohon keampunan.
Berubah jangan tunggu nak kahwin bagi yang bujang, tukar mind set.
Allah sebaik-baik Teman..
Jodoh belum tentu, Mati itu pasti! Ingat tu.

Next step.
Ilmu.
Belajar Ilmu untuk perbaiki diri itu penting. Cara solat. Menutup aurat dengan baik. Cara penutupan yang mendapat Redha Allah. Amal yang diRedhai Allah.
Orang tak pandai baca Al-Quran cana nak berubah? Solat pun tak pandai! Takpe... Kamu dah cukup bagus, kerana ada ingin untuk berubah. Teruskan. Inshaa Allah...
Ada facebook kan cer like ustaz/ustazah, pages Hadith, Al-Quran. Rajin hadiri majlis Ilmu. Inshaa Allah. Allah ada Maha Memelihara Maha Memimpin...
Pada yang lain, teruskan dengan kebaikan. Teruskan dengan pembacaan buku-buku agama, ada banyakkan... Teruskan.
Saya suka membaca, sekarang ni antara blog favorite Tarbiah Sentap, saya saya tak bagi link. Takut naik notification kat dorang. Boleh like kat facebook dorang.
Boleh stalk saya, saya izinkan untuk tujuan kebaikan. Ngorat langsung tak dilayan! Nak tengok ape yang saya like. Saye share... Ye.. Silekan.

Ikutan kita satu je, Rasulullah.
Amalkan sunnah wahai bakal soleh dan solehah kiki emoticon

Berkorban.
Dalam penghijrahan untuk menjadi yang terbaik perlu disiplin dalam diri, perlu tegas dalam hati, maksud firm up dengan yakin pada Ilahi. Almaklum, luaran banyak kelonggaran, penolakan, penilaian, banyak hakim bertauliah, jadi hati perlu cekal!
Ikut majlis Ilmu. Baca Hadith. Baca Al-Quran (tafsir) agar tahu apa yang Allah bagitahu. Faham. Minta kefahaman daripada Allah. Minta Petunjuk daripada Allah.
Korban waktu tidur malam... Penting ni. Amalkan ilmu yang di pelajari. Tak perlu nilai yang lain. Fokus pada diri. Nak cari Redha Allah. Banyakkan khidmat, maksud tolong menolong, ringan tulang still, jaga Amal jaga Fardhu. Jangan sampai hadiri majlis lalai.
Korban masa. Korban harta, duit ringgit... Cuba bantu yang lain. Pergi mekah 100 kali pun tak salah, cuma lebih baik lebih pahala andai kamu support orang lain yang tidak mampu,(itulah gunanya ilmu, mengetahui perintah Allah dan cara untuk dapat lebih pahala kiki emoticon )

Perubahan.
Paling penting ni. Perubahan hanya di nilai Allah, teruskan. Perlu ada peningkatan, kalau dulu tak solat, sekarang dah solat, dah tahu sikit tentang solat sunat, dah cuba ingat surah dalam Al-Quran. Ilmu yang manfaat adalah ilmu yang di amal.
Kurang baran, turun ego.. lebih berhemah (ini ada dalam kelebihan Tahajjud, Istiqomah Tahajjud Inshaa Allah.) Niat dalam setiap amal untuk dapat Redha Allah, untuk ada peningkatan Iman.
Semoga ujian dapat di tempoh dengan cara yang diRedha Allah.
Inshaa Allah... Inshaa Allah...
Saya doa diri dan semua.

Panduan kita Al-Quran dan hadith kan. Rajinkan membaca, dan pupuk semangat membaca, nak Redha Allah kan... Nak berubah jadi baik? Go ahead.

Andai ada ganggu, menghitung nilai bagai, jauhkan diri ok, tak pun tarik je anak panah dan panah dari jarak dekat... eh?

Kita tak baikkan? pendosa besar, pendosa tegarkan.. tapi..tapi nak berubah. Tunggu apa lagi? Lepaskan hand break... Jalanlah! Biar yang lain tu, firm up! Keep it up.

Gambar ni cuma lambang, bahawa sesungguhnya anda bersedia untuk menjadi Hamba Yang Taat. dan tiada siapa boleh halang.
Itu je.
That just me.
ok, sampai sini aje...
Ilmu saya tak tinggi. Let's do it together.
Nak tolong bantu boleh, nak condem bagai sila terjun banggunan!

Jangan sampai kene panah!

Musafir Cinta
Norhasnita Hassan.

Poyo (✿◠‿◠)




Kalau poyo dapat jamin tempat anda di Syurga. Why not?
Teruskan kepoyoan itu.

Kalau poyo itu dapat jelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dalam hati. Why not?
Dari biar orang berteka teki... Kesian.
Kita semua manusia biasa, tak boleh baca fikiran dan tindakan. Apatah lagi niat seseorang.
Terus terang adalah yang terbaik.

Kalau poyo itu tanda ketetapan pendirian, dalam perjuangan kehidupan anda. Why not?

Kalau poyo itu boleh jelaskan niat disebalik sebarang tindakan. Why not?

Kalau poyo itu dapat selamatkan hubungan... Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Why not?
Itu saham akhirat. Kekalkan poyo itu.

Kalau poyo itu dapat selamat Iman anda dan Iman yang lain (prasangka). Why not?
Adalah lebih baik poyo itu.

Poyolah,
Kalau poyo itu dapat cas Imanmu dan Iman mereka yang lain.

Dan Poyo lah,

Kalau poyo itu....
Dah la kot... Tak tahu dah ni.


Originally Norhasnita Hassan

Saya yang Poyo.
Norhasnita Hassan.

Wahai Hati (✿◠‿◠)

Assalamualaikum,
Salam Asar, tulus dari hamba yang selalu khilaf dalam setiap perlakuannya bersama hati yang yang sangat lemah Iman.. Maka kerap tersilap menyusun bicara kata dan ayat-ayat cinta, terlupa pada ayat-ayat Cinta dalam Al-Karim, hamba yang selalu khilaf dalam mencari RedhaNya…

Sekadar luahan dari hati yang menangis.

Wahai Hati,
Tatapi mukjizad yang dibekal Ilahi,
Baca dan hayati,
Hadith peninggalan KekasihNYA, dan akhlak untuk dicontohi
Cubalah untuk mengerti dan memahami,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah susah hati apatah lagi sesali,
Segala yang samar sudah dijelas atas izin Ilahi,
Jangan masih terus keliru dan  mencari,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Sesungguhnya Allah ingin hanya menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati…

Wahai diri,
Perbaiki amal setiap hari,
Cubalah untuk terus memperbaiki,
Tiap lisan dan isi hati,
Biar nukilan katamu meraih Redha Ilahi,
Membantu dan asbab hidayah untuk mereka yang disini,
Moga semoga beroleh syurga dari Ilahi.

Wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Sungguh ‘musuh’mu itu sudah lama memerhati,
Jangan pernah biarkan dia menang dan bersuka hati,
Hanya kerana ujian-ujian Ilahi,
Sedar ini,
Sungguh DIA ingin darjatmu melonjak tinggi.

Wahai hati,
Kamu dalam perhatian Ilahi,
Adakah masih terus dengan mimpi yang tidak pasti,
Atau teruskan dengan agenda mencari redha illahi?

Renunglah wahai hati,
Sampaikan bait Cinta Ilahi,
Sesungguhnya agama adalah yang tertinggi,
Dan DIA tahu tiap keinginan dihati
Agar dapat menuju ke syurga diakhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi…
Menang Cinta, Kasih dan sayang yang Hakiki.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.
Assalamualaikum,
Salam Jumaat, tulus dari hamba yang selalu khilaf dalam setiap perlakuannya bersama hati yang yang sangat lemah Iman.. Maka kerap tersilap menyusun bicara kata dan ayat-ayat cinta, terlupa pada ayat-ayat Cinta dalam Al-Karim, hamba yang selalu khilaf dalam mencari RedhaNya…

Sekadar luahan dari hati yang menangis.

Wahai Hati,
Tatapi mukjizad yang dibekal Ilahi,
Baca dan hayati,
Hadith peninggalan KekasihNYA, dan akhlak untuk dicontohi
Cubalah untuk mengerti dan memahami,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah susah hati apatah lagi sesali,
Segala yang samar sudah dijelas atas izin Ilahi,
Jangan masih terus keliru dan  mencari,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Sesungguhnya Allah ingin hanya menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati…

Wahai diri,
Perbaiki amal setiap hari,
Cubalah untuk terus memperbaiki,
Tiap lisan dan isi hati,
Biar nukilan katamu meraih Redha Ilahi,
Membantu dan asbab hidayah untuk mereka yang disini,
Moga semoga beroleh syurga dari Ilahi.

Wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Sungguh ‘musuh’mu itu sudah lama memerhati,
Jangan pernah biarkan dia menang dan bersuka hati,
Hanya kerana ujian-ujian Ilahi,
Sedar ini,
Sungguh DIA ingin darjatmu melonjak tinggi.

Wahai hati,
Kamu dalam perhatian Ilahi,
Adakah masih terus dengan mimpi yang tidak pasti,
Atau teruskan dengan agenda mencari redha illahi?

Renunglah wahai hati,
Sampaikan bait Cinta Ilahi,
Sesungguhnya agama adalah yang tertinggi,
Dan DIA tahu tiap keinginan dihati
Agar dapat menuju ke syurga diakhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi…
Menang Cinta, Kasih dan sayang yang Hakiki.

Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.


Walaupun...

Walaupun setiap saat tanpa diri menzikirkan Allah pada lisan malah lidah apatah lagi hati, 
Tetap juga Allah memberi setiap nikmatNYA kepadaku.

Walaupun setiap hari tanpa sesaat diri melihat setiap ciptaanMU sebagai tanda keAgunganMU,
Tetap juga Allah memberikan setiap nikmatNYA kepadaku.

Walaupun setiap ‘waktu pilihan’ tanpa diri tunaikan sesempurna mungkin,
Tetap juga Allah memberi nikmatNYa kepadaku.

Walaupun setiap dosa tanpa berkurangan yang diri lakukan setiap genap hari,
Tetap juga Allah memberi setiap satu nikmat tanpa jemu.

Walaupun aurat diri tidak ditutup sesoleh-solehah mungkin,
Tetap juga nikmatMu menghujani hariku.

Walaupun tanpa kalimah ‘Alhamdulillah’ dilidah dan di bibirku,
Tetap juga nikmatMU, sempurna disekian hariku.

Walaupun tutur kataku langsung tidak menyebut namaMU,
Tetap juga nikmatMU membanjiriku. Tanda kasihMU padaku.

Walaupun telingaku mampu mendengar setiap kata, malah si bayu yang berbisik tapi masih tidak mahu mendengar ‘seruan azan’ dan menyahut dengan hadir sujud didepanMU,
Tetap juga nikmatMU melempah ruah! Allahuakbar!!

Walaupun mataku bisa memandang, masih juga tidak mampu untuk menangis untukMU,
Tetap juga nikmatMU mencukupi keperluanku.

Walaupun fikiran ku mampu melayang sejauh langitMU, malah menembusinya… Tidak juga diri bisa kembali untuk memikirkan siapa diri disisiMU,
Tetap juga nikmatMU tidak sedikitpun berkurangan.
Allah, derhakakah aku?
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ... لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ. ...
Allah,
Aku bertawasul padaMU dengan setiap serpihan nikmatMU padaku, agar ENGKAU sudi menerimaku.

Pilihlah, Pilihlah.. Pilihlah diri untuk kembali Taat, sesempurna taat kepadaMU, dan menghidupkan sunnah RasulMU dalam kehidupanku.
Aamiin.

Originally Norhasnita Hassan

Musafir Cinta

Kita Hanya Hamba

Sebagai hamba kita memerlukan Allah.
Kejayaan sebenar adalah mentaati perintahNYA cara kekasihNYA Baginda Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam.
Belajar sunnah dan Hidupkannya dalam kehidupan harian, mengikut atau arah lawan jam.
Amal itu keperluan,
Ikhtiar itu perbuatan,
Sujud itu ketaatan,
Doa itu kemestian,
Dan...
Rezeki itu kejutan.
Ilmu perlu diamalkan,
Amal perlu pada keikhlasan,
Keikhlasan itu tanda keimanan.
Sayyidina Sauban Radhiallahuanhu berkata saya telah mendengar Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda, " Berita gembira untuk orang orang-orang yang Ikhlas. Mereka adalah pelita dalam kegelapan dan dengan sebab merekalah fitnah yang besar akan terhapus".
-Hadith Riwayat Baihaqi-
(Muntakhab Ahadis)
Sayyidina Sa'ad Radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda, "Bantuan Allah Subhanahuwata'ala untuk ummat ini (tidak berdasarkan kebolehan dan kemampuan sebaliknya) kerana DOA, solat dan keIkhlasan orang-orang yang lemah daripada kalangan mereka".
-Hadith Riwayat Nasa'i-
(Muntakhab Ahadis)

Originally Norhasnita Hassan
Musafir Cinta.
Norhasnita Hassan.

Rezeki kita.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.
Sharing~~
‪originally Imam Muda Hilal
visit : www.hilal.my